Tony Pua putar belit fakta
Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kononnya susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana mengandungi lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan adalah tidak benar dan hanya bertujuan memutarbelitkan fakta semata-mata.
Hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan terhadap susu tersebut mendapati, kandungan produk itu tidak berbahaya kepada kesihatan dan kandungan vitamin A dalam produk susu itu adalah sebanyak 3240 I.U bagi setiap 100 gram. Ia tidak melebihi daripada had sebenar iaitu sebanyak 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008
“Mengikut peraturan kandungan susu rumusan bayi, had maksimum vitamin A yang dibenarkan ialah sebanyak 500 I.U,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.
Baru-baru ini, Tony mendakwa, kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 I.U bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan.
Jelas Tiong Lai, tindakan Setiausaha Publisiti DAP itu mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan ‘tumbesaran’ (growing formula) itu dengan peraturan susu rumusan bayi (infant formula).
Sementara itu, tambahnya, pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes minuman buah-buahan blackcurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Beliau bagaimanapun berkata, pemeriksaan terhadap produk sos tiram mendapati kandungan protein dalam produk tersebut tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Menurut beliau, keputusan analisis dua produk sos tiram itu menunjukkan produk itu masing-masing mengandungi sebanyak 0.8 dan 1.0 peratus protein berbanding standard iaitu tidak kurang daripada 2.5 peratus protein.
Justeru, beliau telah memaklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya mengambil tindakan kepada pengeluar produk itu dan mengarahkan ia ditarik daripada pasaran serta-merta.
“Kementerian Kesihatan tidak sekali-kali akan bertolak ansur terhadap pihak yang mengeluarkan produk makanan yang boleh membahayakan kesihatan rakyat,” kata beliau.
Catatan Orang Kampung: Aku dah cakap dah, pembangkang ni jahat. Mereka sengaja mencari isu untuk mematikan usaha-usaha baik kerajaan. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan untuk meraih sokongan rakyat. dalam kes KR1M ni, mereka bertindak lebih jahat lagi apabila mendakwa kerajaan telah membekalkan barangan berbahaya kepada rakyat. Kedai 1Malaysia adalah kedai kerajaan yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah dari pasaran. Disebabkan harga yang rendah ini, maka ianya telah menraik minat golongan berpendapatan rendah untuk berbelanja. Semain banyak KR1M dibuka disegenap pelusuk tanahair, maka semakin parah peniaga-peniaga runcit ataupun pemborong runcit yang kebanyakkannya terdiri daripada para peniaga Cina.
Oleh yang demikian, sebelum KR1M ini menjadi satu fenomena dan berkembang pesat, maka ianya perlu dihentikan. Jika tidak boleh melalui sentimen rakyat, aku percaya mereka akan usahakan melalui saluran undang-undang pula. jahat memang jahat.
nasihat aku kepada kerajaan, jangan hentikan usaha baik ini. Cuma kalau boleh, ubah cara dan kaedah pembungkusan supaya barangan di KR1M tidak dilihat seperti barangan subsidi. pembungkusan memainkan peranan pemting di dalam salah satu strategi pemasaran. Kalau pembungkusan menarik, sudah pasti ianya boleh menarik pelbagai golongan untuk bertandang ke KR1M. Namun kalau pembungkusannya seperti kain kapan, aku pun kurang berselera untuk berkunjung.
awal yang baik
ReplyDeleteKalau ckap tentang fitnah ni...utusan lebih banyak...faktanya utusan telah banyak kali kalah saman fitnah dimahkamah...berharap merujuk pelbagai sumber untuk pencerahan minda...
ReplyDeleteBanyak sumber tidak sahih dan fitnah sedang merebak di sana sini. Semua orang hendak bercerita. Rakyat menjadi semakin keliru dan semakin terdedah dengan pelbagai fitnah di sana sini.
ReplyDeleteKalau tidak bijak untuk membuat penilaian, akibatnya semakin ramai rakyat yang mempunyai kecelaruan fikiran dan akibatnya punah ranah masyarakat dan negara jadinya.
Jadi aku nasihatkan kepada saudara mohamadazhan supaya berpegang kepada satu sumber yang diyakini bertanggungjawab dan boleh dipercayai sebagai sumber rujukan.
saudara boleh rujuk [erkara di sini...adakah ia fitnah atau realiti?
ReplyDeletehttp://ijoks2009.blogspot.com/2011/11/menteri-kesihatan-cakap-sos-tiram-1.html
celaru berpunca oleh media yang tidak mendidik pemikiran rakyat..terlalu by propaganda dan polemik sampah yang dimainkan.
saya tidak menyebelahi mana2, tapi saya berpegang kepada sumber yang sahih dan fakta...biar sokong atas fakta yang jelas bukan ketaksuban yang jahil.
http://www.malaysiakini.com/news/182219
ReplyDeletejika salah berita ni boleh saman, bowa ke mahkamah...
Kr1M ni bukan untung melayu...tapi mamak jutawan Mydin tu... melayu yang bungkus. diulangi Mydin ni dpt tender gomen utk bekalkan barangan KR1M. bukan peniaga melayu. Peniaga melayu runcit akan bungkussss..... peniaga cina depa dah teror psl meniaga ni..
ReplyDeleteutusan memang penakut pasal saman menyaman ni. kalau berani...saman jer lah. org nak saman utusan....pihak utusan pulak nak mohon saman dari org tu... penakut lah tu...dan memang rasa utusan takkan menang kes... sbb utusan memang kaki putar alam...
ReplyDeleteutusan memang penakut pasal saman menyaman ni. kalau berani...saman jer lah. org nak saman utusan....pihak utusan pulak nak mohon saman dari org tu... penakut lah tu...dan memang rasa utusan takkan menang kes... sbb utusan memang kaki putar alam...
ReplyDelete