Penggunaan tulisan jawi akan diperluaskan - Rais
17/10/2011 5:28pm
KOTA BHARU 17 Okt. – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mahu pengunaan tulisan jawi yang diamalkan di Kelantan, diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya juga mahu menjadikan tulisan jawi sebagai medium untuk mencatat budaya dan tradisi-tradisi lisan.
Beliau berkata, ia amat penting kerana generasi muda hari ini semakin melupakan adat budaya sendiri akibat terlalu leka dengan perkembangan teknologi.
"Selain daripada itu kami mencungkil bakat dan mencari mereka yang serba boleh dalam bidang dikir barat, penceritaan dan kisah hikayat lama, mereka yang mempunyai kebolehan berpantun tanpa menulis, syair, pantun dan balada.
"Bentuk-bentuk lisan yang lain dalam kesusasteraan Melayu harus dikemukakan kembali dan kementerian ini juga ingin melihat supaya pengunaan jawi seperti yang lumrah digunakan di Kelantan dapat digunakan semula di negeri-negeri lain di mana budaya itu sendiri dapat kita gembeleng dan tarikannya menerusi skrip jawi," katanya. - Utusan
Catatan Orang Kampung: Aku amat mengalu-alukan usaha untuk memertabatkan Tulisan Jawi di Malaysia ini. Walaupun aku percaya bahawa usaha ini bukannya suatu tugas yang mudah kerana penggunaan tulisan jawi amat jarang sekali digunakan oleh rakyat dewasa ini. Orang kampung boleh katakan hampir 70% bangsa melayu sekarang ini tidak boleh membaca dan menulis dalam tulisan jawi dengan lancar. Oleh itu, satu usaha yang berterusan yang bersistematik hendaklah dilakukan oleh kerajaan supaya penggunaan tulisan jawi ini diperluaskan supaya para pelajar yang boleh menguasai tulisan jawi dapat mengembangkan kemahiran mereka.
Para pelajar yang berkemahiran menulis dan membaca tulisan jawi sebenarnya ramai, tetapi apabila mereka memasuki sekolah menengah,kemahiran yang mereka perolehi semasa disekolah rendah itu akan hilang begitu sahaja kerana tidak ada bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka mempraktik kemahiran mereka itu. Kebanyakkan buku-buku atau majalah serta akhbar dicetak dalam tulisan rumi, manakala tulisan jawi boleh dikatakan langsung tiada kecuali Utusan Melayu yang menjadi akhbar sisipan di dalam Utusan Malaysia.
Sehubungan itu, aku menyambut baik langkah dan usaha yang diambil oleh DS Rais untuk mengembangkan lagi penggunaan tuisan jawi di kalamgan masyarakat kita. Semoga ada pihak yang berusaha secara bersungguh-sungguh dan diluar kotak politik untuk merealisasikan impian dan harapan DS Rais dan kebanyakkan Orang Kampung seperti aku.
INILAH SALAH SATU HASIL LEBIH 53 TAHUN MEMERINTAH MALAYSIA......
ReplyDeletekalau tak silap umno yang hapuskan tulisan jawi suatu masa dulu sebagai tulisan rasmi.
ReplyDeletememang tak silap lagi...memang depa yg dok ikut telunjuk "org asing". Contohnya masa kita sekolah rendah dulu-dulu, kat belakang buku tulis/nota hanya ada rukun negara...ok..tak salah. mana perginya rukun iman dan rukun islam...apa salahnya cetak bersama dengan rukun negara tu...tak payah font besar2...kecik pun jadi. sikit sebanyak dpat ingat rukun islam/iman tu... inilah dikatakan pemerintah yg masih dijajah oleh XXXXXXXXX.....
ReplyDeletesokong usaha ini.Subjek Jawi dah pun ada dlm sukatan di sekolah. Siap ngan buku teks lagi.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Medan dan ruang untuk pengamal jawi mengamalkan kemahiran mereka makin kurang. Kemahiran mereka semakin kurang dihargai.
ReplyDeleteRukun Islam dan Rukun Ima adalah rukun-rukun untuk orang Islam. Kalau dicetak pada buku tulis pelajar sekolah, ibu bapa pelajar bukan Islam pasti bantah.