Sebahagian daripada ribuan peserta Hipunan Sejuta Umat ( HIMPUN)
Ada dua perkara yang ingin aku tulis kali ini. Pertamanya mengenai Perhimpunan Sejuta Umat Muhammad SAW yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 22.10.2011 yang lalu. Walaupun aku tidak hadir tetapi di dalam hati aku dan juga secara tulisan aku menyokong 100% perhimpunan sedemikian diadakan. Mungkin jumlah kehadiran tidaklah memuaskan dan mungkin tidak mencapai matlamat yang dikehendaki oleh penganjur namun demikian diharapkan perhimpunan berkenaan menjadi satu titik permulaan kepada tindakan yang lebih serius daripada pemimpin Islam untuk menangani gejala murtad dikalangan umat Muhammad SAW.
Dilaporkan oleh Utusan bahawa beberapa orang pemimpin NGO dan juga pemimpin Islam termasuk mufti telah hadir untuk menyatakan sokongan kepada perhimpunan berkenaan. Namun demikian, aku sedikit kesal kerana tiada pemimpin Politik Islam samada dari UMNO mahupun PAS yang hadir kecuali Dato,Hassan Ali. Walaupun tidak mahu dilihat seperti perhimpunan yang bermotif politik, apa salahnya jika pemimpin Politik Islam hadir untuk memberikan sokongan. Nampaknya para pemimpin Politik Islam kita di Malaysia ini lebih sayangkan kerjaya dan kelangsungan politik mereka daripada Islam itu sendiri. Kalau beginilah sikap para pemimpin politik, maka jelaslah bahawa selama ini mereka hanya menggunakan agama Islam itu untuk keuntungan politik mereka. Jika sekiranya perkara atau isu berkaitan Islam itu tidak memberi kelebihan ataupun boleh mengancam survival politik mereka, mereka tidak mahu masuk campur. Kalau macam ini, sungguh susah untuk Islam itu kembali tegak dan diperkukuhkan.
Akhbar Mingguan Malaysia telah berusaha untuk menunjukkan bahawa HIMPUN telah mencapai matlamatnya. Jika dilihat kepada gambar besar yang diletakkan dimuka hadapan akhbarMingguan Malaysia, boleh aku simpulkan bahawa Utusan adalah akhbar No .1 sebagai pembela Islam dan Melayu di Malaysia. Sebagai pembela No.1, mereka sedaya upaya akan berusaha untuk menonjolkan imej Islam. Usaha begini aku percaya akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah S.W.T. Malaysiakini juga dilihat telah melaporkan dengan adil dan gambar-gambar yang dilampirkan juga bermaruah.
Namun demikian aku sedih kerana ada juga pihak yang sengaja hendak merendah-rendahkan usaha murni yang dilakukan oleh Utusan dan Malaysiakini. Mereka ini sejak mula lagi telah memperlekeh usaha murni HIMPUN ini. Pelbagai tuduhan dilemparkan termasuklah dituduh sebagai alat kepada UMNO. Mereka inilah sebenarnya musuh Islam ataupun munafik di dalam Islam tak ubah seperti Abdullah Ubai di Zaman Easulullah dahulu.
Utusan telah berusaha untuk mengambarkan bahawa HIMPUN ini tidak gagal sepenuhnya supaya musuh-musuh Islam gerun kepada Islam, tetapi ramai benar simunafikyang merendah-rendahkan usaha Utusan ini. Apa yang dilaporkan oleh Utusan itu adalah strategi Umat Islam tetapi sayang ada juga dikalangan Umat Islam itu sendiri yang mengkianati dan sabotaj. Strategi sebegini bukan baru dilakasnakan tetapi telah lama dan di zaman kegemilangan Islam dahulu juga banyak diadakan strategi. Mereka yang mensabotaj itu adalah musuh besar Islam masa kini diMalaysia ini. Aku harapkan mereka insaf dan bertaubat.
Aku tidak mahu namakan siapa pihak yang khianat dan munafik itu, tetapi mereka boleh dikenali jika membaca blog-blog mereka.
Walau apapun,di bawah ini disertakan 10 resolusi HIMPUNyang diharapkan pemimpin Islam yang masih diberikuasa supaya mengambil serius. Jangan asyik bermain politik sahaja sehingga lupa untuk menyelamatkan Islam yang semakin goyah sekarang ini.
10 resolusi Perhimpunan Sejuta Umat
Berikut adalah 10 resolusi Perhimpunan Sejuta Umat
1) Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.
2) Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
3) Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebeagai kandungan utama.
4) Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segara menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.
5) Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.
6) Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.
7) Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.
8) Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.
9) Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
10) Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

No comments:
Post a Comment