CATATAN PERIBADI

27 October 2011

'Golongan yang gembira Gaddafi mati akan menyesal'

'Golongan yang gembira Gaddafi mati akan menyesal'

CHICAGO 26 Okt. - Ketua pergerakan Nation of Islam, Louis Farrakhan (gambar) menempelak sikap sesetengah pihak yang 'bergembira' dengan kematian Muammar Gaddafi dan memberi amaran mereka akan menyesal dengan apa yang dilakukan itu.

Katanya, kematian bekas pemimpin Libya itu adalah satu pembunuhan yang dirancang Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis.

Beliau yang merupakan rakan baik Gaddafi berkata, negara-negara berkenaan bertanggungjawab dalam membantu rakyat Libya menghancurkan pemerintahan Gaddafi, di samping mahu memperoleh 'jalan mudah' untuk mengaut kekayaan sumber minyak Libya.

''Mereka mencipta satu pembunuhan yang berjaya terhadap Gaddafi.
''Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga tidak boleh dipercayai kerana badan dunia hanyalah alat Barat,'' katanya ketika ditemu bual stesen radio Chicago, WVON-AM.

Farrakhan berkata, dia mula mengenali Gaddafi sekitar 70-an dan bekas pemimpin Libya yang dibunuh minggu lalu itu pernah memberikan pinjaman sebanyak AS$5 juta (RM15.5) kepada pertubuhannya.
Malah jelasnya, pemimpin Nation of Islam sebelum ini, Elijah Muhammad pernah diberikan pinjaman sebanyak AS$3 juta (RM9.3 juta) oleh Gaddafi bagi menukar sebuah gereja di Chicago menjadi masjid.
''Ia bukan sekadar wang tetapi prinsip hidupnya yang membuatkan kami seperti saudara,'' ujarnya.

Katanya, ketika pemerintahan Gaddafi, hasil minyak Libya digunakan untuk membina sekolah serta universiti bagi meningkatkan kadar celik ilmu dan Gaddafi juga telah berjaya memperbaiki perkhidmatan kesihatan yang dilihat terbaik di kalangan negara ketiga. - AP

Ulasan Orang Kampung:  Di Malaysia ni pun ramai yang bergembira dan mengucapkan syukur dengan kematian Gaddafi. Aku tak tahulah kenapa mereka gembira?

Adakah disebabkan Gaddafi itu kerajaan manakala para penentangnya pula adalah pembangkang. Maka apabila pembangkang dapat menumbangkan kerajaan maka mereka merasa gembira.

Mereka tidak peduli siapa kerajaan dan bagaimana kerajaan tersebut dan mereka juga tidak peduli siapa pembangkang dan siapa yang menyokong pembangkang tersebut.

Disebabkan ghairah untuk menumbangkan kerajaan sedia ada, para pembangkang yang ( disebut sebagai pemberontak di Libya kerana mereka mengangkat senjata)  sanggup untuk menerima bantuan Barat yang memang tidak pernah merasa senang dengan Libya sejak dahulu lagi. Bagi pihak barat pula, bagai dicita ulam mendatang, mereka memang dah lama mahukan sumber kekayaan minyak Libya. Mereka benci kepada Gaddafi kerana Gaddafi kedekut untuk kongsi sumber minyak Libya dengan pihak Barat. Gaddafi lebih suka untuk gunakan sumber kekayaan minyak untuk membuat kebajikan kepada rakyat Libya.

Persoalan aku, adakah sentimen dan senario sebegini berlaku di negara kita?

2 comments:

  1. welcome Elton John to Malaysia, Visit to Malaysia....Islamic Country. -from pencacai.

    ReplyDelete