CATATAN PERIBADI

13 August 2011

Tangani Murtad Mengikut Ajaran Islam

Sekarang ni dunia bloger banyak memperkatakan pasal penganjuran majlis berbuka puasa di sebuah gereja. Dalam majlis berkenaan hanya 12 orang sahaja orang yang berpuasa manakala yang selebihnya adalah orang yang tidak berpuasa. Majlis berbuka puasa apa macam ni?. Adakah semua pihak dalam Malaysia ini sengaja ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan untuk anjurkan majlis berbuka puasa. Kalau dalam bisness, ianya adalah satu faktor pemasaran untuk mencari keuntungan tak kisahlah keuntungan dalam bentuk apa sekalipun samada keuntungan perniagaan, keuntungan untuk menamba rangkaian ataupun keuntungan untuk menambah pengikut dan penganut. Satu ibadah orang Islam telah digunakan oleh pelbagai pihak untuk kepentingan mereka.

Dalam kes gereja ni, kenapa penganjur menggunakan gereja ataupun dewan gereja. Bukankah banyak lagi dewan-dewan yang sesuai ataupunn restoran-restoran yang hebat-hebat untuk anjurkan majlis berbuka puasa. Majlis berbuka puasa tuh, bukan majlis membuka hadiah hari jadi ataupun majlis cabutan bertuah. Agak-agaklah kalau nak buat pun. Sesuai ke kalau nak anjurkan majlis berbuka puasa di kasino.Memang berbuka puasa itu boleh dimana-mana tetapi kalau dah namanya majlis berbuka pusasa, eloklah kena sesuai dengan tempatnya.

Itu pasal majlis berbuka puasa. Ini lagi satu pasal ada usaha untuk memurtadkan orang Islam secara halus dalam majlis berkenaan. Tahupun takut bila JAIS serbu. Pandai pulak susup bukti. Memang sekarang ni ramai Melayu Islam yang telah menjadi kurang ajar terhadap agama sendiri. Sikap kurang ajar dan mengenang budi mereka disebabkan kelemahan iman dan juga kurangnya rasa bersyukur di dalam diri mereka. Ramai dikalangan mereka yang telah menjalani kehidupan diluar kemampuan sebenar. Bukan itu sahaja, ramai dikalangan umat Islam sekarang ini terutama muda mudi telah bersikap kurang ajar terhadap ajaran Islam apabila mereka melakukan maksiat dan juga perkara-perkara mungkar. Bagaimanakah Islam hendak membela mereka sekiranya mereka tidak pernah ada niat hendak membela Islam malahan bersikap kurang ajar kepada Islam.

Islam itu adalah agama yang diredhai oleh Allah S.W.T. Seluruh alam ini tunduk kepada kekuasaan Allah yang Esa, tetapi kenapa semakin ramai anak muda yang meganut agam Islam tetapi telah besikap kurang ajar dan mendurhakai ajaran Islam. Itu pasallah apabila mereka begitu mudah dikuasai oleh pelbagai nafsu kerana Islam telah bertindak tidak menyelamatkan mereka. Islam sudah tidak menjaga mereka. Apabila Islam sudah menjauhi mereka, maka mereka mudah terdedah kepada perkara-perkara mungkar termasuk pujukan-pujukan untuk murtad. Untuk mengatasi keadaan seumpama ini, Islam hendak menjalankan apa yang telah disyariatkan supaya perkara ini tidak berterusan dan berlanjutan sehingga ianya menjadi satu kutan kepada generasi-generasi Islam yang baru tumbuh.

Kemaksiatan dan kemungkaran yang berleluasa hendaklah ditangani sedari awal sebelum ianya menjadi lebih parah sehingga ke tahap menghina Islam dan murtad. Apabila sudah sampai ketahap murtad, Islam sudah mengariskan dan juga memberi panduan bagaimana hendak menanganinya. Saidina Abu Bakar pernah mengistiharkan perang kepada mereka yang murtad di zaman beliau menjadi khalifah. Maka dengan tu, itulah juga yang sepatutnya diambil oleh para pemimpin Islam sekarang ini. Pihak-pihak yang membela mereka yang murtad ini tidak boleh dibiarkan. Perang hendaklah diistiharkan juga kepada mereka yang menjadi pembela kepada Islam yang murtad ini.

Jika dibiarkan mereka yang murtad dan juga pembela orang mutad ini, kita bimbang pengaruh mereka akan semakin luas. Sekarang ini kita sedia maklum anak-anak muda Islam ramai yang telah rosak akhlak mereka dan terlalu mengejar kehidupan mewah. Kita bimbang anank cucu cicit kita di masa yang akan datang akan terpengaruh dan "Nauzubillah hiiminzalik" jangan sampai ada yang murtad.

No comments:

Post a Comment