Sebagaimana kita semua ketahui bahawa DAP adalah sebuah parti berbilang kaum. Maknanya sesiapa sahaja rakyat Malaysia tanpa mengira kaum boleh menjadi ahli DAP. Sehubungan itu, tidak mustahil suatu hari nanti DAP itu akan menjadi sebuah parti yang dikuasai oleh orang Melayu. Dalam kita tidak boleh meruntuhkan atau memusnahkan musuh kita dari luar, kita boleh juga menumbangkan mereka dengan cara menyertai mereka dan menguasai mereka dari dalam.
Kajian ada mengatakan bahawa suatu masa yang akan datang, pertambahan populasi orang Cina akan semakin berkurang dan populasi orang bumiputera akan meningkat atau bertambah. Kesedaran dan keterbukaan politi orang melayu semakin terserlah sekarang ini dimana kita lihat sudah ramai orang melayu yang tidak lagi hanya memilih UMNO sebagai wadah perjuangan poliktik mereka. Sekarang ini, parti orang melayu telah berpecah kepada 4 buah parti utama. UMNO pun aku fkir sudah mempunyai begitu banyak masalah dan begitu banyak musuh dari kalangan orang melayu sendiri. Kenapa tidak orang-orang melayu yang bukan menjadi ahli UMNO tetapi menyokong agenda perjuangan Melayu bertindak untuk menguasai parti-parti yang membuka keahlian kepada semua kaum seperti DAP, GERAKAN.
Apabila orang melayu sudah berjaya menguasai parti-parti ini, bermakna sudah tidak ada ancaman lagi kepada kuasa politik orang melayu di Tanah Melayu ini. Walaupun wadah perjuangan DAP itu berbeza dan dilihat bakal merugikan orang melayu, tetapi kita kena lihat bahawa dimasa yang akan datang, berkemungkinan besar itu yang menjadi pilihan orang melayu berbanding wadah perjuangan UMNO yang lebih kepada perjuangan bangsa. Aku percaya, orang melayu ini walau dimana dan dalam aliran mana perjuangan mereka ikuti, jiwa dan semangat kemelayuan mereka tidak akan luntur kerana inilah asas atau dasar perjuangan tersembunyi mana-mana parti di Malaysia ini. DAP sendiri pun sekarang ini, walaupun ianya sebuah parti yang tidak mengutamakan soal kaum dan bangsa, tetapi meeka sebenarnya tidak boleh lari dari memperjuangkan bangsa Cina.
Namun demikian, untuk mencapai perkara ini adalah sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil. Sukar kerana walaupun DAP itu adalah parti berbilang kaum tetapi ianya dilhat sebagai parti milik orang Cina. Sehingga artikel ini ditulis, tidak ada walau seorang pun pemimpin Melayu yang menjadi pemimpin utama DAP. Tidak mustahil bagi orang melayu untuk menguasai DAP kerana jika ianya disusun dengan teratur dan tersusun, orang melayu masih boleh mengatur strategi untuk menguasainya. Contohnya, orang melayu boleh beramai-ramai menjadi ahli DAP di kawasan Lim Guang Eng. Apabila tiba waktu pemilihan parti, calonkan sahaja pemimpin melayu dan semua orang melayu berpakat untuk undi beliau menjadi ketua.
Menjadi ahli parti tidak semestinya mengundi parti itu apabila tia waktu pengundian. Maknanya, sesiapa sahaja orang melayu yang menyertai DAP, mereka bebas untuk memilih wakil rakyat mana yang mereka hendak pilih. Kebiasaannya syarikat-syarikat berkaitan teknologi akan mengambil pekerja berbakat untuk bekerja dengan mereka bukan untuk menggunakan bakat dan kemahiran mereka itu, tetapi bagi memastikan bakat-bakat itu tidak digunakan oleh musuh-musuh mereka. Maknanya jika di dalam politik, DAP itu akan berkubur bilamana calon-calon yang dicalonkan tidak menerima undi dari ahli parti sendiri, maka kerjaya mereka akan berkubur.
No comments:
Post a Comment