Dah dua tahun masih tak keluar-keluar juga. Dah berpuluh kali keluar masuk , tetapi masih belum keluar-keluar lagi. Ada ketikanya macam dah nak keluar, tetapi berjaya dimasukkan kembali. Susah sangat nak keluar. Kalau orang lain, dah lama ianya berjaya dikeluarkan. Tapi dia sorang ni, liat betul. Dah serata buana dijajahnya bagi menidakkan kehadirannya. Dah serata benua dijaja bahawa ianya tak perlu dikeluarkan. Ianya hanya satu konspirasi, satu tuduhan jahat.
Tak ada ke cara berkesan untuk supaya mudah keluar. Makin lama dia berada di dalam, makin mengeras jadinya. Bukan sengaja ditahan, tetapi memang tak mahu keluar. Bukan tak ada usaha nak dikeluarkan bahkan pihak yang hendak mengeluarkannya telah beberapa kali berusaha. pelbagai pihak telah dipanggil untuk membantu, tetapi dia seolah-olah sayang nak keluarkan.
Perkara ni tak boleh jadi dan tak boleh dibiarkan. walau apa cara sekalipun mesti dikeluarkan, mesti ditunjuk kepada orang ramai. Ramai yang menanti. Biar orang ramai boleh membuat penghakiman sendiri, macamana rupanya dan macamana bentuknya macamana baunya
Sekarang ni dah panggil orang paling berkuasa dengan harapan ianya bakal membantu. Bukan membantu untuk dikeluarkan, tetapi bantu supaya ianya makin terpendam. Habis semua orang hendak dipanggil, tetapi ada yang sudi dan rela hendak membantu, tak mahu dipanggilnya, tak mahu diajaknya, tak mahu dipandang pun. Kalau macam ni, alamatnya payahlah nak keluar. Sepatutnya pada hari ini usaha-usaha hendak mengeluarkannya dilakukan, tetapi terpaksa ditangguh lagi ke minggu depan.
Aku kesian kepada orang yang menanti, kesian kepada masyarakat yang menunggu. Telah dua tahun penantian penuh seksaan. Bagaimana rupa parasnya, adakah sebagaimana yang dianggap selama ini. Pengakuan bersumpah telah dilakukan. Kalau diambilkira pengakuan bersumpah tersebut, kita dah tahu bagaimana rupa parasnya. Imbasan dah pun dibuat. Kalau diambilkira keputusan imbasan tersebut, kita dah boleh teka bagaimana baunya.
Masalahnya, ada pihak yang seolah-olah sengaja hendak membiarkan ianya tak keluar dengan harapan apablia ianya tidak keluar maka mereka akan memperolehi keuntungan. Keuntungan wang ringgit dan keuntungan sokongan. Pihak-pihak ini sedaya upaya untuk mempastikan ianya tidak dikeluarkan.
Allah Maha Kuasa. Walaupun pihak mereka tidak mahu mengeluarkannya, dengan takdir Allah ianya akan keluar juga. Kita tunggu ianya keluar. Walaupun ianya telah keluar nanti, aku percaya ramai yang tidak percaya, ramai yang menolak kehadirannya, ramai yang histeria. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment