Artikel dibawah adalah sebahagian daripada artikel yang diambil dari blog Dr. ridhuantee.blogspot.com. Kesimpulannya, janganlah sekali-kali orang-orang Islam menghantar anak-anak mereka untuk tuisyen dim rumah-rumah orang Kristian. Ramai lagi guru-guru tuisyen yang dikendalikan oleh orang Islam. Sebagaimana kita ketahui bahawa mubaligh Kristian begitu aktif untuk mengkristiankan seberapa ramai rakyat malaysia ini . Aku percaya bahawa para mubaligh ini sudah tentu diberikan ganjaran duniawi jika sekiranya mereka berjaya menarik individu untuk menganut agama mereka.Semasa saya di Sabah dahulu, setiap hari aku akan terjupa dengan para pendakwah kristian ini. Mereka ini bukannya rakyat tempatan tetapi rupa paras mereka seperti 'mat salleh'. Aku pun pada mulanya tidak kenal, tetapi apabila diperkenalkan oleh kawan-kawan, barulah aku dapat mengecami ciri-ciri mereka terutama cara mereka berpakaian.
Alhamdulillah perlembagaan kita mempunyai fasa yang tidak membenarkan agama lain berdakwah kepada orang Islam. Maknanya jika ada bukti dan tanda bahawa ada kegiatan-kegiatan yang dilihat ada usaha-usaha untuk berdakwah kepada orang Islam, maka ianya boleh diambil tindakan oleh para penguatkuasa. Inilah yang berlaku di Selangor sehari dua ini. DR Hassan mendakwa terdapat bukti bahawa pihak gereja ada usaha untuk berdakwah kepada orang Islam. Sebenarnya jika ditakdirkan PR berkuasa, umat Islam dinegara ini dalam bahaya besar. Bila-bila masa dan dimana-mana sahaja para mubaligh kristian akan bebas berdakwah kepada orang Islam tanpa halangan. Dalam kes JAIS ini pun, dua Khalid di Selangor yang dikenali ramai amat mesra gereja dan amat rapat kristian telah membantah tindakan JAIS tersebut. Terus terang aku katakan, pilihlah UMNO dan BN dengan syarat UMNO selagi tidak berubah niat asal mereka iaitu untuk menegakkan Agama Islam, bangsa Melayu dan Negara. Insyaallah, anak cucu cicit kita akan terus terpelihara akidah mereka dari dakyah-dakyah kristian. Kalau pilih PR, maka bersedialah untuk menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan. Jangan percaya kepada fatamorgana. Kawan aku cakap fatamunganu.
"Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.
Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?"
No comments:
Post a Comment