CATATAN PERIBADI

16 July 2011

Revolusi amat sukar tetapi tidak mustahil

Baru-baru ini aku ada terbaca berita yang ditulis oleh akhbar Arus Perdana yang mendedahkan berkenaan imian revolusi Anwar. Revolusi yang aku faham bermakna menukar sesuatu perkara itu secara cepat dengan mengamalkan noma-norma keluarbiasaan bagi mencapai tujuan dan maksud  yang ingin dikehendaki. Dalam konteks pemerintahan di Malaysia ini, revolusi bermaksud menukar sistem pemerintahan raja berperlembagaan kepada satu bentuk sistem yang baru. Sistem pemerintahan yang baru itu boleh jadi sistem pemerintahan Raja Mutlak, Sistem pemerntahan republik, sosialis, autokratik dan sebagainya.

Di Malaysia matlamat utama revolusi di Malaysia jika benar sebagaimana dihajati oleh Anwar Ibrahim adalah untuk menghapuskan sistem pemerintahan  beraja menggantikan dengan sistem pemerintahan republik. Menghapuskan sistem beraja bermakna memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi presiden dan perdana menteri. Sekarang ini, walaupun perlembagaan tidak menyatakan apa bangsa dan agama Perdana Menteri malaysia, tetapi Raja-Raja melayu masih ada dan merekalah yang menentukan apa agama dan bangsa Perdana Menteri Malaysia. Sebagai seorang Raja melayu beragama islam, aku fikir amat mustahil bagi raja-raja melayu untuk melantik seorang yang bukan melayu beragama Islam sebagai Perdana Menteri.

Untuk mewujudkan revolusi bagi menentang Raja-Raja di Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah orang melayu beragama Islam terlalu sukar. Namun demikian walaupun kelihatan sukar tetapi jika kita kenangkan dan sorot kembali kepada sejarah kejatuhan Melaka, perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Beberapa strategi dan perancangan yang licik boleh diatur bagi maksud tersebut. Seluruh dunia tahu bahawa, kekuatan Raja disebabkan sokongan padu rakyatnya. Jika sokongan tersebut berjaya diuraikan, maka kedudukan raja pun turut tergugat.

Di Malaysia, selama ini, walaupun ramai orang melayunya berbeza fahaman politik, tetapi mereka mempunyai sokongan dan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Raja melayu. Oleh yang demikian, amat sukar bagi mana-mana pihak untuk memecah belahkan sokongan dan ketaatan tersebut. Namun demikian, keadaan semakin berubah. Pelbagai usaha dan ikhtiar sedang diusahakan oleh pihak-pihak yang ingin merebut kekuasaan politik orang melayu. Antara usaha dan ikhtiar mereka adalah menghasut orang-orang melayu supaya mezahirkan penentangan terbuka kepada raja-raja mereka. Mereka menghasut orang melayu supaya ingkar dan durkaha kepada tintah perintah Raja melayu. Krisis di Perak boleh megambarkan keadaan ini.  Yang terakhir, BERSIH 2.0. Dalam Krisis Perak, Raja Melayu telah secara jelas menentukan sapa yang baginda pilih untuk menjadi Menteri Besar. Baginda membuat pilihan bukan secara mutlak, tetapi berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan Perak. Namun demikian,  tindah perintah baginda telah disanggah oleh pihak ini walaupun mereka tahu bahawa perlantikan itu adalah sah. Mereka telah menggunakan orang Melayu. Apa maknanya ini? Maknanya, pihak ini ingin menunjukkan kepada rakyat Melayu yang lain bahawa Raja Melayu boleh disanggah secara terbuka.

Apa yang ingin aku jelaskan di sini bahawa revolusi yang dimaksudkan oleh pihak yang menyebutnya adalah revolusi untuk menghapuskan sistem beraja di Malaysia. Oleh yang demikian aku harapkan semua pihak termasuk pemimpin melayu dari semua parti dan pertubuhan supaya memperhalusi niat jahat mereka ini dan mengambil langkah pro aktif untuk menghalang niat jahat mereka semoga ianya dapat menjaga kemuliaan sistem Raja Berperlembagaan yang sedia ada. Pandangan ini adalah pandangan peribadi aku bagi mengulas maksud revolusi Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment