Kerajaan bercadang nak guna biometrik untuk menjadi salah satu daripada sistem pengundian di negara ini. Difahamkan oleh PM, penggunaan biometrik ini tidak pernah diadakan dimana-mana negara di dunia termasuk negara maju. Persoalannya kenapa negara maju seperti negara-negara barat tidak menggunakan sistem ini sedangkan jika hendak dibandingkan dari segi kepergunaan teknologi, mereka lebih terkehadapan berbanding negara kita. Kita ini selalunya memainkan peranan sebagai pengikut sahaja. Persoalan juga, apa yang tidak kenanya kepada sistem pengundian yang diamalkan di negara kita ini kerana jka hendak dibandingkan dengan sistem pengundian di beberpa negara membangun yang lain, sistem dan amalan pengundian kita lebih berkesan dan tersusun.
Bagi menjawab persoalan pertama dan kedua, hanya ada satu jawapan sahaja yang boleh aku simpulkan, iaitu kerajaan terlalu terikut-ikut dengan karenah pihak pembangkang. Pembangkang dinegara kita ini bukan sepertimana pembangkang di negara-negara lain. Pembangkang dinegara kita lebih "maju dan terkehadapan" berbanding pembangkang negara lain. Pembangkang di negara lain, apabila tamat sahaja pilihanraya, mereka akan akur dengan pilihan rakyat dan mereka memainkan peranan mereka sebagai pembangkang. Mereka akan bersama-sama dengan kerajaan untuk membangunkan negara dalam konteks peranan masing-masing. Apabila tiba musim pengundian atau pilihanraya yang berikutnya, barulah mereka akan berperanan sebagai parti pembangkang. Di Malaysia, pembangkang terlalu menjiwai dengan sepenuh hati peranan mereka sebagai pembangkang samada di dalam jaga dan di luar jaga. Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dibangkang. Dimana juga ruang dan peluang yang mereka ada, mereka akan menggunakannya untuk membangkang dan menghentam kerajaan.
Ekoran daripada itu, boleh dikatakan hampir separuh daripada masa berkualiti kerajaan dihabiskan untuk menjawab thomahan dan melayan karenah pembangkang. Banyak program dan rancangan kerajaan tidak dapat dibahaskan dengan berkesan di dewan rakyat dan dewan parlimen disebabkan wakil rakyat pembangkang sentiasa sahaja melihat sesuatu perkara itu dari sudut negatif.
Penggunaan biometrik ini juga merupakan satu daripada program kerajaan untuk memuaskan hati pembangkang. Melalui penggunaan biometrik ini, kerajaan mengharapkan tidak ada pengundi yang akan mengundi dua kali. Selama ini pembangkang sentiasa sahaja menuduh bahawa terdapat segelintir para pengundi yang mengundi dua kali. Walaupun SPR sentiasa sahaja menafikan perkara ini, tetapi SPR sendiri tidak yakin dengan jawapan mereka. Oleh sebab itulah, kerajaan mencadangkan penggunaan biometrik. Pihak pembangkang pula mencadangkan supaya digunakan dakwat kekal. Tujuannya supaya mereka yang telah mengundi tidak boleh mengundi lagi buat kali kedua. Persoalanya, adakah perkara ini berlaku di dalam pengundian yan lepas-lepas. Kalau ada, kenapa tidak pernah ada pihak yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah? Maknanya, pihak pembangkang telah menuduh tanpa bukti dan kerajaan pula mengesahkan segala tuduhan dan tomahan pihak pembangkang itu. Ini suatu perkara yang tidak baik. Sepatutnya kerajaan hendaklah yakin dan percaya kepada kenyataan dan juga post mortem yang dilakukan oleh SPR. Jika pihak SPR ada menyatakan terdapat pengundi yang mengundi 2 kali, maka langkah terbaik adalah menyiasat kenapa perkara itu boleh berlaku dan mencari jalan penyelesaian. Jika kes pengundian 2 kali ini berleluasa, barulah penyelesaian besar diperlukan termasuk penggunaan biometrik ini.
Aku bukan tidak bersetuju dengan penggunaan biometrik ini, tetapi banyak perkara yang tidak boleh diterima dan juga banyak perkara yang perlu diselesaikan. Penggunaan teknologi biometrik bukan perkara baru dalam banyak perkara. Banyak bank-bank d Malaysia telah menggunakan sistem biometrik untuk mengenalpasi kesahihan para pelanggan mereka. Kalau rajin,cuba tanya kepada bank-bank berkenaan, berapa ramai diantara pelanggan mereka yang terpaksa ditolak pengesahan mereka kerana kegagalam sistem biometrik atau card reader mereka untuk membaca mycard para pelanggan mereka. Kegagalan card reader untuk membaca maklumat para pelanggan menyebabkan permohonan pelanggan ditolak ataupun pengesahan secara manual terpaksa dilakukan. Aku yakin dan percaya, perkara ini juga bakal berlaku kepada sistem biometrik yang bakal diperkealkan di dalam sistem pilihanraya kita nanti. Pengesahan secara manual masi diperlukan untuk mengesahkan kesahihan seseorang pengundi. Ini belum lagi kehadiran pengundi yan membawa slip kad pengenalan sementara disebabkan kehilangan atau penggantian mykad. Semuanya ini memerlukan pengesahan secara manual. Persoalannya, adakah penggunaan biometrik ini nanti menjadi pengesahan mandatori multak ataupun sistem pengesahan secara manual diperlukan juga sebagai back up.
Jika biometrik itu menjadi satu kaedah mutlak atau mandatori untuk mempastikan kesahan maklumat seseorang pengundi, maka aku yakin ramai yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka disebabkan kegagalan card reader untuk membaca mykad mereka. Bukan kita tidak tahu, ramai pemilik mykad yang ada sekarang ini telah bertahun memegang mykad mereka. Cip yang ada pun banyak yang telah berkarat dan ada yang sudah haus, terkena air masin dan sebagainya sebagai faktor kerosakan cip. Jika kerajaan hendak memastikan semua mykad boleh dibaca oleh card reader semasa pengundian kelak, maka satu gerakan pembersihan atau pengemaskinian mykad penduduk/pengundi diperlukan. Kerajaan juga perlu memastikan semua pengundi memiliki mykad termasuk tentera. Sebagaimana kita maklum, tentera sekarang ini tidak menggunakan mykad.
Kesimpulannya, sistem pengundian yang sedia ada sekarang ini sudah tersusun dan teratur. Ianya tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana=mana pihak. Pilihanraya di Malaysia ini adalah bebas dan aman serta teratur jika hendak dibandingkan dengan sistem pilihanraya dikebanyakkan negara membangun. Namun demikian, penambahbaikan perlu dilakukan supaya sistem yang telah berjasa ini terus kekal relevan. Kenapa masih ada manusia yang tidak jujur yang hendak mengekspoiltasi sistem yang telah tersusun dan teratur ini? Manusia-manusia tidak jujur ini akan sentiasa sahaja hendak melakukan kerosakan walau secanggih mana sistem dan teknologi yang digunakan. Oleh itu, kepada pihak kerajaan, jangan cepat sangat melatah dengan karenah pihak pembangkang negara kita kerana secara ilmiahnya dan diketahui umum, pembangkang Malaysia ini telah 'maju kehadpan' berbanding pembangkang dinegara lain.
No comments:
Post a Comment