CATATAN PERIBADI

19 June 2011

Malaysia dan Kazahkstan bakal berpeluk erat.


"Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor - Nooryana Najwa secara rasmi bertunang dengan seorang pembesar kerajaan , Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam. 

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevHanya media rasmi kerajaan dibenarkan membuat liputan. Menurut Bernama majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.Antaranya, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah; Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya."

Berita diatas aku petik dari laman web malaysiakini. Tahniah kepada Nooryana Najwa dan tunang beliau iaitu Daniyar Nazarbayev. Ingat tu, Daniyar Nazarbayev. Kalau sesiapa lupa atau susah nak ingat nama bakal menantu PM kita, ingat kepada kereta naza sudah memadai. 

Bagus juga apabila adanya perkahwinan (Insyaallah) antara anak pembesar sesebuah negara dengan pembesar negara lain. Zaman dahulu apabila sesebuah kerajaan hendak mengeratkan hubungan kebiasaannya mereka akan mengahwinkan anak pemerintah dengan anak pemerintah. Daniyar Nazarbayev adalah anak Presiden Nazabayev. Diharapkan perkahwinan antara anak najib dengan anak Presiden Kazahkstan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Kazakhstan dengan Malaysia. Kazahkstan yang terletak di tengah Asia ini adalah negara sekutu Rusia sebelum memperolehi kemerdekaan pada tahun 1991. Sebelum itu, Kazahkstan ini adalah terletak di dalam empayar Uthmaniyah. 

Pembangkang biasa le, ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Setiap yang Najib atau Rosmah buat, semuanya tak elok dimata mereka. Kalau kerajaan bercadang hendak menutup mulut pembangkang, jawabnya tak boleh ditutup. Jadi mana yang difikrkan baik untuk rakyat dan negara, buat saja.  


Lawatan Najib ke Kazahkstan yang aku tahu sebagai memenuhi jemputan Presiden Nazarbayev iaitu Presiden Kazahkstan. Namun pihak pembangkang kata Najib Rosmah pergi kerana hendak merisik bakal tunang anak perempuan beliau. Masalahnya, pembangkang ni tak pernah dengar ke orang tua-tua cakap, sambil menyelam sambil minum air. Menyelam sambil minum air ini adalah satu perbuatan yang elok apa. Tak payah lagi kita buat kerja dua kali. Maknanya, disamping Najib Rosmah pergi membuat lawatan negara, mereka boleh juga menggunakan kesempatan tersebut untuk merisik bakal tunang anak beliau. 

Zaman Tun Mahathir dahulu, beliau juga sering melakukan sambil menyelam sambil minum air ataupun sekarang ini dikatakan  2 +1. Tun sering mengambil kesempatan semasa melawat sesebuah negara untuk meninjau teknologi dan juga sesuatu yang bagus untuk dibawa pulang ke dalam negara. Buku catatan kecik tak pernah lekang dalam poket Tun semasa melawat. Kebiasaannya Tun Mahathir melakukan perkara ini semasa beliau pergi bercuti. menggunakan duit sendiri. 


Kalau nak dibandingkan antara tindakan Tun Mahathir dengan najib,  Tun mahathir  menggunakan duit sendiri untuk kebaikan negara, manakala Najib Rosmah pula menggunakan duit negara untuk urusan sendiri. Kedua-dua mereka tidak melakukan kesalahan kerana semuanya  untuk kebaikan negara tetapi berbeza cara dan pendekatan.  Kalau nak dikatakan, perbuatan Najib Rosmah itu salah, rasanya tidak jugak kerana Najib Rosmah pun pergi untuk kebaikan negara. Mereka menggunakan dana negara untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Selepas ini aku percaya lebih ramai rakyat Kazahkstan yang akan datang ke malaysia samada untuk melabur ataupun untuk melancong. 


Secara peribadi, jika dinilai antara tindakan Tun dan Tindakan Najib Rosmah, aku lebih suka tindakan Tun kerana ianya dilihat lebih berhemah dan lebih sopan dan lebih bermaruah. Namun aku tidak bersetuju dengan pembangkang yang menyalahkan Najib Rosmah pergi Kazahkstan menggunakan duit negara kerana mereka bukan pergi semata-mata atas urusan peribadi.




No comments:

Post a Comment