Masih lagi hal ehwal berkenaan himpunan Bersih 2.0 yang dikatakan akan diadakan pada 09 Julai 2011 di kawasan berhampiran Dataran Merdeka. Sehingga kini sebanyak 418 laporan polis telah dibuat untuk menghalang perhimpunan tersebut diadakan.
Aku percaya stesen TV luar negara yang sentiasa mencari berita-berita panas di Malaysia telah pun mengatur dan membahagi tugas-tugas wartawan penyiaran mereka untuk hadir membuat liputan. Liputan keseluruh dunia memang menjadi idaman pihak PAS.
Mereka mengimpikan liputan yang meluas sepertimana yang mereka perolehi semasa Bersih 2007 yang lalu berulang kembali. Mereka merasa bangga jika dunia tahu bahawa di Malaysia sekarang ini ada berjuta-juta rakyat yang berhimpun untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan.
Mereka mahu supaya pihak yang menjadi rakan dagang terbesar negara seperti Amerika bertindak menarik balik pelaburan mereka di Malaysia kerana bimbang keadaan menjadi tidak selamat. Mereka mahu supaya negara-negara yang sedang merancang untuk membuat pelaburan di malaysia akan membatalkan niat mereka apabila melihat adanya bantahan besar-besaran rakyat kepada kerajaan.
Mereka mahu supaya pasukan keselamatan mengambil tindakan keras untuk menyuraikan perhimpunan berkenaan supaya masyarakat antarabangsa akan membuat andaian bahawa kekacauan sedang berlaku di malaysia. Para pelancong yang sedang merancang hendak melancong ke malaysia akan membatalkan hasrat mereka untuk berbuat demikian apabila mereka membuat andaian bahawa keadaan yang tidak selamat di malaysia untuk melancong. Negara-negara seperti Australia, Amerika, China dan lain-lain akan mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya menangguhkan sementara hasrat mereka untuk melancong ke Malaysia.
Ini semua adalah menjadi hasrat PAS dan sekutunya untuk melihat keadaan negara menjadi huru hara dan ekonomi negara jatuh. Segala perancangan yang dilakukan oleh Najib bersama jemaah menteri seperti NKRA, ETP akan terganggu. Apabila ekonomi negara terganggu dan sektor perlancongan terjejas teruk , maka pengaliran wang asing ke dalam negara jatuh.
Lihatlah tuan-tuan bertapa buruknya kesan yang bakal ditanggung oleh negara akibat liputan meluas di seluruh dunia dibuat terhadap kekacauan himpunan bersih 2.0 pada 09 Julai 2011.
Belum lagi kesengsaraan yang bakal dihadapi oleh penghuni kota apabila pihak berkuasa bertindak mengawal lalu lintas pada 08 Julai 2011. Aku percaya jalan akan jem giler kerana sekatan ada dimana-mana untuk menghalang penduduk masuk ke dalam ibu kota. Belum lagi kesengsaraan yang bakal dihadapi oleh pemilik kereta sewa kerana sudah tentu mereka tidak dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa kerana jalan-jalan laluan mereka akan ditutup disamping penduduk kota tidak keluar rumah pada 09 Julai 2011.
Belum lagi kesensaraan yang bakal dihadapi oleh peniaga sekitar Dataran Merdeka kerana mereka sudah pasti menutup perniagaan mereka kerana bimbang jika berlaku kekacauan sudah pasti permis perniagaan mereka akan menjadi sasaran para penunjuk perasaan untuk bersembunyi dari pasukan keselamatan.
Apa yang positif jika himpunan bersih ini diadakan. Sudah menjadi hukum alam, ada baik, ada buruknya, ada negatif ada positifnya. Apabila himpunan bersih ini berjaya diadakan dan disertai oleh penduduk dari seluruh pelusuk tanahair yang datang untuk menunjukkan tanda sokongan kepada himpunan ini, maka ianya memberi kesan positif yang besar kepada pakatan rakyat. momentum sokongan ini sedaya upaya akan dikekalkan oleh pihak Pakatan rakyat melalui pelbagai road show dan juga perhimpunan kecil-kecilan lainnya.
Namun demikian jika sekiranya perhimpunan ini tidak berjaya menarik sokongan rakyat, maka ianya memberikan kesan positif kepada barisan nasional dimana mereka sudah boleh mencongak untuk mengadakan pilihanraya dalam masa terdekat ini kerana inilah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya.
Apa-apa pun, sebagai rakyat malaysia yang ingin melihat negara terus aman makmur, himpunan bersih ini hendaklah dibatalkan ataupun diadakan di Stadium Shah Alam ataupun dibiarkan sahaja ianya berlangsung dengan aman untuk mengelakkan penggunaan kekerasan oleh pasukan keselamatan yang mana jika kekerasan dilaksanakan, maka kekacauan akan tercetus dan ianya memberikan gambaran yang tidak elok kepada dunia luar terhadap keadaan di malaysia.
bagus kupasan ini, puak ni memang guna ayat quran untuk untungkan mereka sahaja, biarpun dengan memusingkan kebenaran
ReplyDeletekenapa x buat kat Bukit bintang.. kalo dah gempak sangat buat huru hara tempat tokey2 cina tu.. ni buat kat area org melayu yg ramai berniaga.. mmg haram jadah bersih 2.0..
ReplyDelete