Secara peribadi, aku berkenan betul jika sekiranya Yang Dipertuan Agong menitahkan supaya rakyat hendaklah saling bekerjasama dan jangan menimbulkan huru hara serta menghormati dan taat setia kepada kerajaan yang dipilih secara majoriti oleh rakyat.
Individu atau pemimpin yang langgar tintah perintah Tuanku ini boleh dikira sebagai mendurhaka kepada Yang Dipertuan Agong dan boleh dicaj seperti Al Maunah.
Aku bimbang jika sekiranya tiada tintah perintah sedemikian tidak dibuat, keadaan negara akan semakin kucar kacir bilamana terdapat golongan atau puak-puak yang tidak menghormati kerajaan yang dipilih dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menghasut rakyat supaya membenci pemimpin kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Kalau berterusan begini, demokrasi itu tidak ada nilainya atau tidak berguna. Dalam hal ini, aku fikir Yang Dipertuan Agong boleh memainkan peranan baginda sebagai pemerintah tertinggi dalam Negara ini.
Begitu juga di dalam kes budak yang menghina gambar Yang Dipertuan Agong baru-baru ini. Hukuman berat hendaklah diberikan kepada mereka jika didapati bersalah kerana perbuatan menghina pemimpin negara terutama yang Dipertuan Agong ini adalah perbuatan yang serius.
Serah diri: Bekas pelajar ditahan hina gambar Agong
22/06/2011 5:18pm
KUALA TERENGGANU 22 Jun - Polis menahan seorang bekas pelajar PTPL Kota Baharu ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes menghina gambar Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan dalam laman sosial baru-baru ini.
Lelaki berusia 24 tahun yang merupakan seorang penganggur, telah menyerah diri di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 8 malam dua hari lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, polis turut merampas sebuah komputer riba yang dibawa oleh lelaki itu yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.
"Siasatan awal polis mendapati dua individu yang disyaki terlibat dan kita masih mencari seorang lagi untuk membantu siasatan kes ini,” katanya.
Pada 13 Jun lepas Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu FC membuat laporan polis berhubung kes penghinaan terhadap gambar Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah laman sosial dengan mengubahsuai muka Seri Paduka Baginda. - Bernama
No comments:
Post a Comment