CATATAN PERIBADI

19 May 2011

WAWASAN 2020 - MAJU IKUT ACUAN SENDIRI

Macam-macam isu hangat sedang berlaku sekarang ini. Isu Video Seks belum selesai, timbul pula Isu Pandikutty. Isu Pandi Kutty belum selesai, timbul pula Isu agama Kristian. Isu agama Kristian belum selesai, timbul pula Isu mnyak RON 95 akan naik. Belum lagi isu kes liwat di Mahkamah yang melibat ahli politik 'anugerah tuhan' iaitu DS Anwar Ibrahim. Semua isu-isu ini sebenarnya menjadi bahan-bahan kepada para bloger macam aku ni untuk menulis bahan berita. Kalau tak ada isu-isu macam ni, susah juga nak buat artikel. 

Isu Video Seks - Polis 'bersilang kata'

Pertamanya aku nak sentuh sikit pasal Isu Video Seks. Hari ini pihak polis tegaskan sekali lagi bahawa mereka sudah tahu siapa pelakon lelaki di dalam Video berkenaan tetapi pihak polis kata mereka tidak boleh dedahkan kerana tiada keperluan undang-undang untuk didedahkan. 

Aku cadangkan kepada pihak polis satu ayat mudah untuk menamatkan isu Video ini. Ayat di bawah ini dicadangkan dugunakan oleh pihak Polis:-

 "pihak polis tidak boleh mendedahkan siapa pelakon lelaki itu kerana tiada keperluan undang-undang untuk berbuat demikian, tetapi pihak polis ingin memberitahu bahawa pelakon lelaki itu bukan DS Anwar Ibrahim". 

Ayat ini hanya boleh digunakan jika sekiranya Pelakon itu bukan DS Anwar, tetapi jika pelakon itu DS Anwar, maka ayat dibawah boleh digunakan:-

"pihak polis tidak boleh mendedahkan siapa pelakon lelaki di dalam Video berkenaan kerana kes ini disiasat di bawah seksten 292 iaitu kesalahan mengedar bahan lucah dan tidsak ada keperluan undang-undang untuk mendedahkan siapa pelakon tersebut kepada umun. Pihak polis telah menyerahkan hasil siasatan ini kepada pihak peguam negara untuk tindakan selanjutnya"

Ayat di atas ni, rasanya sudah biasa digunapakai oleh pihak polis. Jadi adakah ini bermakna bahawa pelakon itu adalah betul-betul DS Anwar Ibrahim. Kalau betul, aku sarankan supaya gelaran Datuk Seri di tarik balik serta merta daripada Anwar Ibrahim. Buat malu Sultan yang mengurniakannya  sahaja.

Isu pandikutty atau anak babi dalam bahasa kebangsaan. Isu pandikuty ini heboh bila ada pihak mengatakan  bahawa DS Anwar Ibrahim mengelar DS Najib sebagai Pandikuty. Ekoran dari itulah perkatann Pandikuty ini menjadi begitu porpular. 

Baru-baru ini, aku ada menonton Video YB Zuraida dalam Blog Papa Gomo. YB Zuraida mezajhirkan emosinya selepas mahkamah memerintahkan DS Anwar Ibrahim membela diri dalam kes liwat beliau. Dalam Video berkenaan, YB Zuraida telah mempandikuttykan ataupun menganak babikan Mahkamah kita. PM Kita dan adalah beberapa orang lagi yang aku tak ingat. Aku harap Papa Gomo tak delete lagi Video berkenaan. Aku bukannya tahu sangat siapa YB Zuraida ni yang dipanggil Mak Lampir oleh Papa Gomo. Aku pun tak tahu kenapa dia digelar Mak Lampir. Aku tahu dia adalah pemimpin Islam PKR. Dalam PKR ni, ada pemimpin kapir dan ada pemimpin Islam.  Namun sebagai seorang Pemimpin Islam, apabila aku dengar dia menjerit "anak babi" (pandikutty) beberapa kali, dan beliau juga menyamakan Mahkamah kita sebagai Mahkamah Anak Babi dan Perdana Menteri Kita sebagai Anak Babi, aku ketawa dalam kesedihan. Aku pun tahu kenapa aku ketawa melihat gelagat beliau. Aku bukan ketawa kerana dia mengutuk mahkamah dan juga Perdana Menteri, tetapi ketawa apabila memikirkan nasib malang yang dihadapi oleh pihak PKR kerana mempunyai seorang pemimpin yang sedemikian rupa. Sepatutnya aku melahirkan emosi sedih, tetapi aku pun hairan kenapa aku ketawa melihat wajah beliau. Aku pun tak tahu adakah beliau faham dan sedar apa yang diucapkannya. Aduh...kesian sungguh. Harap-harap beliau insap. Kesian suami dia yang turut sama menanggung dosa.

RON 95 - Kenaikan mu tidak direstui

Isu minyak RON 95 yang heboh diperkatakan bahawa akan naik sedikit masa lagi. Aku hairannya, diketika kerajaan sedang menanggung subsidi yang semakin meningkat, boleh pulak kerajaan memansuhkan pendapatan mereka dengan menghapuskan Tol 50 sen atau orang Tranung cakap Tol samah. Dalam soal ini aku tak faham. Yang aku faham, apabila minyak RON95 dinaikkan, produktiviti negara akan turut terjejas. Sektor pelancongan bakal terjejas teruk kerana orang mengambil sikap mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang kurang berfaedah seperti melancong dan bercuti-cuti Malaysia (sebenarnya berfaedah, tetapi ada perkara lagi yang lebih berfaedah). Peniaga-peniaga restoran juga bakal mengalami kekurangan pelanggan apabila rakyat mengurangkan aktiviti makan diluar. Mereka akan lebih berjimat-cermat dengan masak dirumah. Aktiviti pulang ke kampung untuk menjenguk ibu bapa dan sanak saudara juga akan berkurangan kerana orang ramai akan mengelak untuk berjalan jauh untuk mengurangkan kos minyak kenderaan. 

Disamping aktiviti-aktiviti yang aku sebutkan diatas akan mengalami kejatuhan produktiviti, harga-harga barang juga bakal naik. Para pembekal seperti pembekal ayam, ikan, sayur dan lain-lain barang mentah akan menaikan harga. Kenaikan ini menyebabkan harga runcit barang-barang keperluan harian akan naik. Kenaikan harga barangan keperluan harian ini yang tiddak diimbangi dengan kenaikan didalam pendapatan isirumah akan menyebabkan kadar  inflasi meningkat. Kalau masuk bab ekonomi ni aku tak berapa nak ulas kerana kena selak buku, baru boleh menulis dengan baik.

Penasihat Asing - Berapa Kerajaan Bayor?

Hari ini, PM Najib telah ke luar negara untuk memujuk beberapa pakar asing supaya menjadi penasihat Inovasi negara. Ada lebih kurang 35 orang yang dilantik oleh beliau untuk membantu Malaysia mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Ini satu perkara yang secara peribadi aku tidak suka. Minta maaf le kerana aku memang tidak suka dan tidak faham. Kenapa nak agungkan sangat orang-orang barat ni. Tun melancarkan wawasan 2020 itu , katanya kita maju ikut acuan kita sendiri. Maknanya kemajuan yang kita nak kecapi pada tahun 2020 nanti berasas, berdasar dan berakarkan budaya dan adat resam kita. Kita yang merancang dan kita yang menentukan bentuk negara maju yang kita inginkan. Apakah negara kita ini tidak memiliki pakar-pakar yang boleh merancang dan membangunkan inovasi sendiri untuk memacu negara supaya menjadi negara maju di tahun 2020 nanti. Kita yang tentukan bagaimana yang kita nak maju. Walaupun negara kita tidak maju sebagaimana negara barat, tetapi kita yang tentukan adakah kita maju atau tidak. Yang penting kita maju sebagaimana acuan kita dan kehendak kita supaya kita tidak hilang jati diri kita. Adakah kita mahu maju seperti barat yang telah hilang dan rosak moral anak-anak mudanya. Adakah kita mahu menjadi negara maju yang memiliki anak-anak muda yang masih mengekalkan adat sopan dan nilai-nilai ketimuran. Aku merindui kepimpinan Domestik seperti Tun Dr. Mahathir dan bukanya kepimpinan Global seperti yang ada sekarang ini.  Lupa aku nak sentuh, sebelum ini kerajaan juga telah melantik APCO untuk membantu mencapai wawasan 2020 sehingga menjadi isu. Memang mengamalkan dasar pandang ke barat betullah kerajaan kita sekarang ni.

No comments:

Post a Comment