CATATAN PERIBADI

22 May 2011

Pendirian dan Pendekatan PAS dan PKR dalam isu Anwar - Rahmat atau Bala

Hari ini akhbar-akhbar utama tanahair termasuk akhbar berbahasa asing telah menyiarkan berita berkenaan kejadian malang yang menimpa rumah anak-anak yatim di Hulu Langat Selangor. Sehingga kini, seramai 12 orang telah syahid terkorban ekoran kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah mereka dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam. Sebagai peristiwa penting yang sudah pasti akan menjadi catatan sejarah tanah air, aku muatkan berita dan juga video berkenaan kejadian tanah runtuh ini di ruangan khas. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak pembaca blog ini supaya sama-sama sedekahkan alfatihah untuk mangsa-mangsa yang telah syahid terkorban. Al Fatihah.

Baiklah, kita simpan cerita-cerita berkenaan nasib malang yang menimpa anak-anak yatim tersebut di dalam sudut khas dalam lipatan memori kita. Kita alihkan senjata minda kita dan kita tajamkan ia untuk dihunuskan kepada musuh-musuh Islam yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lelap walau seketika dalam usaha mereka mencari ruang dan peluang untuk mencabar dan melemahkan pengaruh Islam di bumi Malaysia ini. 

Islam makin tercabar

Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa Islam di negara kita ini semakin hari semakin tercabar. Ingatan kita masih lagi segar dengan isu penggunaan kalimah Allah, kemudian disua pula dengan isu kitab Injil berbahasa melayu dan yang terakhir isu kesepakatan para paderi yang dikatakan telah bertekad untuk mengangkat seorang kristian menjadi perdana menteri Malaysia. Jika selama ini, Islam dapat dikembangkan dan disyiarkan tanpa ada kebimbangan, tetapi sekarang ini kena berhati-hati kerana bimbang ianya akan disalah tafsirkan oleh pihak-pihak yang jahat. Mereka ini bijak dan pandai untuk mengaburi pemikiran umat Islam itu sendiri untuk menyokong pemikiran jahat mereka, sehinggakan apabila ada pemimpin Islam yang menyebut perkataan jihad telah dicerca dan dan dikeji oleh orang Islam sendiri.  Sekarang ini perjuangan untuk menegakkan Islam telah dipolitikkan. Ada pemimpin  yang telah sanggup menjual prinsip dan kesucian Islam itu demi kepentingan politik mereka ataupun lebih khusus lagi untuk menumbangkan pemimpin Islam sedia ada. Tanpa mereka sedari bahawa mereka semua sebenarnya telah diperkudakan oleh musuh-musuh Islam. Perkudaan ini yang dilakukan secara licik dan halus semakin hari semakin menghimpit Islam di Malaysia. Perkudaan ini jugamenjadi sebab utama Islam di Malaysia ini semakin berpecah dan tidak bersatu. 

Pendirian PAS dan PKR yang membimbangkan

Apabila aku menulis berkenaan perkudaan yang dilakukan oleh musuh Islam terhadap umat Islam, aku tidak dapat lagi daripada mengaitkannya dengan kisah dan  isu Anwar Ibrahim. Aku sebenarnya hairan dan keliru dengan pendirian dan ketetapan yang diambil oleh para pemimpin pembangkang terhadap kerajaan sekarang ini berhubung isu Anwar Ibrahim. Aku keliru dan kadang-kadang bingung memikirkan, adakah pendirian dan ketetapan yang diambil oleh PAS dan PKR di dalam hal ini boleh mendatangkan rahmat ataupun ianya menjadi punca kepada kemusnahan Islam di malaysia ini. Pihak PKR dan PAS dilihat seolah-olah telah membuat ketetapan bahawa segala perkara yang berlaku  yang dilihat menentang Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi yang dilakukan oleh kerajaan BN dan UMNO. Kelihatan seolah para pemimpin pembangkang telah mengambil ketetapan bahawa BN dan UMNO adaah musuh no. 1 mereka.

Aku beranggapan sedemikian berasaskan kepada beberapa pendekatan dan juga pendirian yang diambil oleh mereka kebelakang ini berhubung kehidupan peribadi Anwar.   Walaupun begitu terang dan begitu jelas bukti-bukti dan juga pengakuan sahabat-sahabat baik Anwar Ibrahim berkenaan cara hidup songsang beliau, tetapi beliau masih lagi disanjung dan diberikan tempat di pentas-pentas politik mereka. Pentas-pentas yang suatu ketika digunakan  oleh para ulamak mereka untuk mengerakkan Islam telah dikongsi bersama Anwar Ibrahim untuk menafi dan menjaja teori konspirasi beliau.  Aku semakin keliru apakah tujuan utama mereka mempertahankan Anwar sedemikian. Ada dikalangan para pemimpin Islam berstatus isteri orang sanggup menghina mahkamah, sanggup menghina Perdana Menteri dan aku percaya beliau tidak segan silu untuk menghina sesiapa sahaja yang dilihat menentang pemimpin pujaannya iaitu Anwar Ibrahim termasuk para penegak hukum-hukum Allah. 

Pemimpin luar negara lebih bertanggungjawab

Apakah ketetapan yang telah diambil oleh para pemimpin PAS dan PKR ini boleh membawa keuntungan kepada rakyat ataupun ianya bakal membawa rakyat kelubang biawak. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan juga masa yang bakal menjadi saksi. Kalau kita bandingkan dengan pemimpin luar negara samada pemimpin politik ataupun pemimpin organisasi berpengaruh, aku dapati mereka lebih bertanggungjawab dan lebih berani untuk menghadapi segala kesukaran yang mereka hadapi. Bukan bermakna pemimpin luar negara itu tidak mempunyai penyokong dan pengikut, tetapi mereka tidak sekali-kali menggunakan pengikut dan para penyokong mereka untuk kepentingan mereka. Mereka tidak sanggup untuk memperbodohkan para penyokong mereka. Perkara ini jauh berbeza berbanding Anwar Ibrahim, walaupun beliau menghadapi tuduhan moral yang teruk, beliau masih mampu untuk mengatakan bahwa ianya satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau. Beliau sanggup untuk menuduh kerajaan sengaja menjalankan konspirasi untuk membunuh karier politik beliau. Aku paling hairan  berkenaan pendirian yang diambil oleh para penyokong beliau dan juga pemimpin sekutu beliau yang ada diantaranya begitu tinggi pengetahuan Islam mereka. 

Para pemimpin dan penyokong ini sanggup untuk membela Anwar dan sanggup untuk menuduh kerajaan sengaja mengadakan fitnah untuk menjatuhkan Anwar. Walaupun bukti telah dihidangkan di hadapan mata mereka, mereka seolah-olah tidak nampak. Pendirian dan ketetapan inilah yang aku fikir terlalu sukar untuk dicarikan sebab disebaliknya. Apa yang boleh dibuat tekaan ialah, para pemimpin pembangkang melihat bahawa hanya Anwar Ibrahim sahaja yang boleh dijadikan alat untuk mencapai cita-cita mereka untuk menumbangkan UMNO. Oleh yang demikian, walaupun Anwar ini terbukti mempunyai nafsu yang menyeleweng, tetapi selagi beliau berguna untuk dijadikan alat dan senjatanya masih lagi tajam, selagi itu beliau akan dipertahankan habis-habisan kerana ada pemimpin  mereka pernah berkata bahawa mereka sanggup untuk berkawan dengan Syaitan untuk menumbangkan UMNO. Mana ada beriman yang sanggup berkawan dengan Syaitan, tetapi tidak mustahil mereka berkawan dengan manusia yang berperangai seperti Syaitan.

Rujukan


No comments:

Post a Comment