Dalam kes liwat paling sensasi alaf baru ini, aku harapkan pihak Hakim dapat membuat keputusan yang seadil-adilnya kepada pihak tertuduh dan juga pihak pengadu.
Liwat suka sama suka tak salah dari segi undang-undang tetapi amat salah sekali dari sudut agama Islam dan moral. Orangnya nampak macam alim, mempunyai sahabat dikalangan orang alim, tetapi mempunyai kisah hidup peribadi yang tidak terpuji. Aku percaya ramai lagi orang yang macam ini, tetapi tidaklah sampai mendapat aib sedemikina rupa kerana mereka mungkin tidak bercita-cita besar untuk menjadi pemimpin umat Islam di negara yang aman damai ini. Allah itu Maha berkuasa dan mungkin Allah jugalah yang telah mengerakkan sesuatu atau seseorang untuk membongkar segala perbuatan ini kerana tanpa kehendakNya, semua ini tidak mungkin berlaku.
Orang yang macam ini kalau berjaya dikesan atau diketahui hendaklah dihalang walau dengan apa cara sekalipun untuk dilantik menjadi pemimpin sebuah negara yang seperti Malaysia ini. Minta dijauh malaikat 44, kita bimbang berkat yang dicari, bala yang mengekori.
anda seorang yang bijak...mungkin anda seorang pelajar undang-undang suatu ketika dulu...anda juga telah menjatuhkan hukuman di dalam mahkamah diri anda sendiri...tetapi anda lupa bahawa bahawa bukan semudah itu perkiraan untuk menghakimi sesuatu kes.
ReplyDeleteBukan masalah kes...Tetapi kita sebagai seorang Islam dan bertanggungjawab kepada generasai seterusnya...hendaklah dipilih orang yang bukan sahaja bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Bukan kelihatan bersih tetapi tak bersih...
ReplyDeleteTerutamanya mereka yang menonjolkan diri meminta dijadikan pemimpin...Mesti ada sesuatu yang tak kena...
Tanpa Nama 12:17. Terima kasih kerana ziarah blog aku. Terus terang, aku bukan pelajar undang-undang civil, tetapi setakat undang-undang perniagaan sahaja.
ReplyDeleteLihat kembali artikel aku, aku memberikan hukuman dari sudut moral tertuduh. Untuk menghukum dari sudut moral, aku tidak memerlukan fakta kes yang sedang berlangsung. Aku bebas untuk mengambil apa juga fakta samada sedang semasa mahupun yang telah lepas.
Rakyat Malaysia hendaklah melihat kepada moral tertuduh sebelum menerima apa jua keputusan mahkamah. Mungkin mahkamah akan membebaskan tertuduh atas kesilapan teknikal seperti dalam kes liwat 1. Tetapi adakah pembebasan ini boleh membersihkan dan menyucikan tertuduh dari segala perbuatan yang beliau lakukan? Sebelum memberikan jawapan, rujuk kembali kepada kes Tan Sri Rahim Tamby Chik. Walaupun beliau telah dibebaskan oleh mahkamah, tetapi beliau masih menerima hukuman moral daripada para penyokong pembangkang.
Kes Liwat 1, para hakim telah menyatakan bahawa aktiviti homoseksual berlaku, kes liwat 2 mungkin liwat secara suka sama suka berlaku, kes Video seks masih belum selesai, tuduhan Umi Hafilda masih belum dijawab. begitu banyak masalah moral yang masih belum dijawab.
Adakah orang yang sebegini kita nak jadikan pemimpin kita? Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala para penyokong beliau untuk kepimpinan beliau.
Jo, terima kasih kerana singgah di blog aku. Aku setuju dengan pandangan kamu.
ReplyDelete