CATATAN PERIBADI

23 April 2011

Baik Buruk 'Awang Import'

Hari ini kita cerita pasal sukan. Tidak bolehlah kita asyik bercerita pasal politik sahaja sehingga terabai untuk melihat penjuru dan sudut lain negara kita ini. Sukan ni banyak cabang dan banyak ceritanya. Aku tertarik untuk bercerita pasal Liga bolasepak kita yang hanya rancak ditengah padang tetapi malap diluar padang. 

Baru-baru ni dengar ceritanya pihak FAM bercadang hendak membuka kembali pintu liga kepada pemain import atau dalam bahasa penulisannya disebut 'awang import'. Sebagai sebuah liga bertaraf profesional, jangal pula rasanyan bila tiada pemain import dalam padang kita. Namun kena ingat, tanpa pemain import ini, pasukan kita telah naik darjatnya. Kita telah menang sukan sea, kita telah menang piala tiger dalam tempoh satahun dua ini. Ini pencapaian membanggakan kepada pasukan bolasepak kita kebelakanghan ini. 

Pemain import ni ada baik dan ada buruknya. Liga kita ni walaupun liga profesional, tetapi penontonnya tidak ramai yang hadir ke stadium. Peminat fanatik pun berapa kerat sahaja, itupun bernaung di bawah kelab penyokong. Diharapkan kehadiran 'awang import' boleh membantu supaya stadium kembali bermaya setiap kali perlawanan diadakan. 

Secara peribadi aku menyokong jika sekiranya pemain import kembali ke dalam liga kita. Posisi yang paling kritikal sekali ialah posisi penjaga gol. Aku lihat posisi inilah paling lemah sekali. Jadi kalau pasukan bercadang nak ambil pemain import, jangan lupa untuk melihat kepada posisi penjaga gol. Seingat aku, hanya seorang sahaja penjaga gol luar yang bermain di negara kita iaitu Karel Stromsik bermain untuk selangor. 

Aku juga berpandangan supaya FAM melihat bakat-bakat daripada Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina, Chili. Disamping mereka mempunyai ramai pemain berbakat yang bagus-bagus, kos pun rasanya masih rendah lagi. Kalau nak rendah lagi, pemain dari negara Afrika, tetapi orang Afrika dah ramai dah kat negara kita ni. Buat menyemak je. 

Kita boleh gabungkan gaya permainan Malaysia dengan gaya Amerika Selatan. Maknanya, pada pendapat aku, elok kita tumpukan kepada satu gaya pemainan sahaja untuk digabung atau dicampurkan dengan gaya kita. Tak payahlah bawak masuk pemain dari pelbagai negara kerana akhirnya jadi caca marba. Ataupun lebih fokus lagi, elok kita hanya khususkan untuk ambil pemain import dari Brazil dan Argentina untuk dibawa masuk ke dalam liga kita. Kalau nak lebih menarik, kita jangan hadkan jumlah pemain import di dalam satu-satu pasukan dan ianya bergantung kepada kemampuan pasukan masing-masing. walaupun tiada had, aku fikir pemain kita yang bagus-bagus akan ada tempat di dalam pasukan masing-masing. 

Aku juga berpandangan supaya lihat premier sahaja yang dibenarkan mempunyai pemain import. Liga perdana dan liga FAM, semuanya pemain tempatan. Maknanya, bakat-bakat tempatan yang tidak dapat tempat di dalam Liga Premier boleh pamer bakat mereka dalam Liga Perdana. 

Kesimpulannya:

1. Setuju langkah FAM buka kembali Liga tempata kepada pemain Import
2. Posisi penjaga Gol paling kritikal dan perlu diberi perhatian
3. Import pemain dari Brazil dan Argentina sahaja
4. Jangan hadkan pemain import brmain pada satu-satu masa, terpulang kepada kemampuan pasukan
5. Hanya Liga Premier sahaja boleh import pemain. Liga perdana kekal pemain tempatan
6. Elak ambil pemain Afrika kerana dah ramai rakyat Afrika di sini.

No comments:

Post a Comment