CATATAN PERIBADI

27 March 2011

KERAJAAN AKAN MENURUNKAN HARGA BARANG BESAR-BESARAN


"Kerajaan akan melancarkan kempen penurunan harga secara besar-besaran membabitkan 50 sektor termasuk perkhidmatan di seluruh negara mulai 15 Jun hingga 31 Ogos ini"-Ismail Sabri.

Malaysia mengamalkan pasaran bebas terkawal. Maksudnya ada barang yang dibebaskan kepada pasaran sepenuhnya seperti harga ayam, telur, ikan. Ada barang yang dikawal harga oleh kerajaan seperti minyak masak, beras, gula, tepung dan sebagainya. Bagi barangan bebas sepenuhnya, maka harganya bergantung kepada keadaan pasaran. Manakala bagi barangan yang dikawal harganya, kerajaan kena tanggung subsidi.

Jika dilihat kepada kenyataan Ismail Sabri di atas,maksudnya harga barang yang kita bayar selama ini sebenarnya masih boleh diturunkan lagi harganya. Dimanakah, para peniaga telah meletakkan harga berlipat kali ganda untuk meraih keuntungan berganda-ganda. Dimanakah harga menjadi berlipat kali ganda sehingga melebihi 100% keuntungan. Tentu sekali jawapannya di kedai-kedai makan dan restoran. 

Oleh itu kepada sesiapa yang selalu makan di luar, sudah tentu mereka berbelanja melebihi mereka yang suka makan di rumah dalam soal makan. Dalam hal-hal lain, tak payah ceritalah.

Mereka yang suka makan diluar berbanding makan di rumah kebiasaannya mereka yang tinggal dibandar besar dan suami isteri yang bekerja. Kawan aku beritahu, rumah dia satu tong gas masak 16 KG boleh tahan sehingga 7 bulan. hari cuti pun dia makan di luar.

Aku paling tidak suka makan di luar. Bukan  tidak sedap malahan ada antara masakannya lebih sedap daripada apa yang  isteri aku masak. Namun aku lebih suka makan dirumah kerana menjimatkan dan juga kerana aku tahu dan tengok bagaimana isteri aku masak. Kalau di kedai makan atau restoran, aku tidak nampak bagaimana mereka masak .Bagi yang jaga etika, alhamdulillah, tetapi bagi mereka yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata mereka tidak peduli. mereka pakai hetam je. Ayam yang jatuh ke dalam longkang pun diambil dan dimasak. Kadang-kadang pucuk paku yang "kerah kretong" pun dimasak juga.. Itu pasal kadang-kadang kita dapati makanan yang dimasak itu tidak bermutu dan berkualiti.

Apa-apa pun, harga barangan memang naik melambung sekarang ini. pelbagai isu dunia seperti Tsunami, Pergolakan di Negara Arab, Bencana Alam di India dan yang terbaru bencana gempa bumi di Myammar, semuanya dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang.


Kempen turun harga barang 15 Jun -31 Ogos 
BERA – Kerajaan akan melancarkan kempen penurunan harga secara besar-besaran membabitkan 50 sektor termasuk perkhidmatan di seluruh negara mulai 15 Jun hingga 31 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara sektor yang terlibat dalam kempen itu ialah sektor binaan, pengeluar makanan, pengilang, pengangkutan, pembekal, pemborong dan peruncit.

Menurutnya, sebelum ini, kempen penurunan harga barang hanya melibatkan peruncit, peniaga makanan dan pakaian.

“Langkah ini sebagai usaha menurunkan harga barangan dan perkhidmatan untuk tidak membebankan pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-35 dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak, semalam.

Ismail Sabri berkata, bagi mencapai hasrat itu, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang akan terbabit dalam kempen berkenaan.

Katanya, kerajaan belum berhasrat untuk mewujudkan stok penimbal barang makanan dalam tempoh terdekat ini berikutan kejadian bencana alam yang menimpa Jepun baru-baru ini.

“Negara kurang mengimport bahan makanan dari negara matahari terbit itu dan kita hanya mengimport sebahagian barangan elektrik.

“Kenaikan harga beberapa jenis barang seperti bawang dan kentang baru baru ini kerana negara pengeluar seperti China, Australia dan New Zealand menghadapi kekurangan bahan itu akibat dilanda banjir besar dan gempa bumi,” kata beliau. Dipetik dari Sinar harian.

2 comments:

  1. ataupun lebih dikenali sbg kempen pru13. apapun jgn separuh jalan jer... biarlah rakyat keseluhuran dapat menikmatinya. sebenarnya tak perlu tunggu tarikh tu pun. apa salahnya dibuat dari sekarang. persoalan yg akan timbul- harga yg akan diturunkan tu sehingga tarikh bila or untuk tempoh berapa lama.???

    ReplyDelete
  2. Bila sebut kempen sudah tentu ada tempohnya. Tapi kena hati-hati kerana biasanya orang kempen supaya para pembeli beli barang kita. Jadi aku fikir, barang yang bakal diturunkan harga nanti adalah barang yang tak ada peminat, yang tak ramai orang beli. Biasalah, peniaga mana yang nak untungkan pembeli. Pasti pembeli kena kelentong punya.

    ReplyDelete