CATATAN PERIBADI

20 March 2011

Amerika bakal menyerang Libya



Adakah Libya bakal menjadi seperti negara Iraq bilamana negara barat yang diketuai oleh Amerika telah mendapat kelulusan PBB untuk menyerang Libya. Objektif serangan adalah kononnya untuk membantu orang awam yang menjadi mangsa bedilan tentera kerajaan dalam usaha menghapuskan pemberontakan. 


Orang awam yang menyokong pembrontak sudah pasti gembira apabila menerima berita berkenaan. Mereka tidak sedar bahawa Amerika bukannya membantu saje-saje. Sudah pasti ada sesuatu yang menjadi minat dan juga keinginan pihak Amerika sejak sekian lama. Apa lagi kalau bukan minyak. Apabila Regim Ghaddafi ditewaskan maka sudah tentu puak pembrontak yang sudah mendapat pengiktirafan blok barat akan dilantik mengetuai Libya dengan PBB (Amerika) menjadi penaungnya. Apabila pemerintah telah terhutang budi kepada Amerika, sudah tentu mudah bagi Amerika untuk menentukan hala tuju  ekonomi Libya. 

Sebuah kerajaan yang diktiraf diperingkat dunia, sudah tentu pemimpinnya mempunyai hak dan kuasa untuk menghalang sebarang usaha yang dilihat sebagai menderhaka atau menentang kerajaan. Begitu juga dengan Ghaddafi. Namun sayangnya di dalam usaha menghapuskan pembrontakan tersebut, orang awam yang menjadi mangsa. 


Aku difahamkan, pihak Ghaddafi telah bersetuju untuk melakukan gecatan senjata dengan kumpulan pembrontak. Jika benar, maka tidak ada alasan lagi bagi pihak Amerika untuk menyerang Libya. 


PBB benar serang Libya



TRIPOLI/NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam meluluskan serangan yang diketuai oleh Barat terhadap tentera Muammar Gaddafi.

Keputusan itu dibuat selepas s pemimpin Libya itu berikrar untuk menyerang pemberontak tanpa ‘belas kasihan dan kumpulan penentng merayu bantuan ketenteraan. Sumber Perancis berkata, serangan boleh dilakukan dalam masa beberapa jam selepas ketetapan itu diluluskan dan melibatkan Perancis, Britain, Amerika Syarikat dan satu atau lebih negara Arab.

Bagaimanapun, seorang pegawai Amerika berkata, tidak ada tindakan serta-merta daripada negara itu dijangka diambil.

Sepuluh daripada 15 negara anggota Majlis Keselamatan PBB mengundi menyokong serangan itu sementara Russia, China dan Jerman adalah antara lima negara yang berkecuali.

Ketetapan itu ditaja bersama oleh Perancis, Britain, Lubnan dan Amerika Syarikat.

Qatar berkata, ia mungkin mengambil bahagian tetapi ia tidak jelas sama ada ia bermaksud bantuan ketenteraan sementara Denmark berkata, ia merancang menyumbang pesawat pejuang.


Penduduk di Misrata berkata, bandar yang dikuasai pemberontak itu dibom oleh tentera Gaddafi awal pagi semalam.

“Mereka mengebom apa saja, rumah dan pusat bandar,” kata pemberontak, Saadoun, kepada Reuters menerusi telefon.

“Kami percaya mereka mahu memasuki bandar raya ini dengan apa cara sekali pun sebelum masyarakat antarabangsa meluluskan ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Kami merayu masyarakat antarabangsa supaya bertindak sebelum terlambat. Mereka mesti bertindak sekarang,” katanya.

Seorang lagi penentang, Mohammed berkata, kereta kebal tentera Gaddafi sudahpun mula menghala ke pusat bandar Misrata.

“Seluruh penduduk Misrata berusaha mempertahankan bandar ini,” katanya.

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, empat orang terbunuh dan 70 cedera.

Jurucakap kerajaan pula berkata, operasi tentera perlu diselesaikan semalam.

Masa juga semakin suntuk bagi penduduk Benghazi, bandar raya di timur negara itu yang menjadi pusat revolusi Libya sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, tentera Gaddafi tidak memenuhi ancaman untuk menguasai pangkalan pemberontak itu kelmarin selepas berada kira-kira 100 kilometer di timur bandar itu.

“Kami akan datang. Rumah ke rumah, bilik ke bilik,” kata Gaddafi sebelum ini. Beliau memberi amaran kepada penduduk bandar itu bahawa mereka yang meletakkan senjata sebelum tenteranya mara saja tidak akan diserang.

“Ia sudah berakhir, Keputusan sudah diambil. Kami akan datang. Kami akan memburu anda hingga ke dalam almari,” katanya. - Reuters.


No comments:

Post a Comment