Malu...memang malu, Sedih..memang sedih.
Malu dan sedih tengok muka Nurul Izzah. Memang patutpun beliau malu dan sedih kerana lepas satu-satu musibah yang melanda keluarga beliau angkara fitnah ataupun angkara papa beliau. Ada orang kata ujian dari Allah S.W.T. Setahu aku, orang yang menerima ujian akan lebih bertaqwa dan banyak berdoa supaya ditunjukkan jalan keluar oleh Allah.
Cuba renungi petikan kata-kata Saiful Bukhari setelah pulang dari menunaikan fardhu haji.
“Antara doa yang dipohon; agar terus diberi kekuatan untuk Istiqamah dalam menegakkan kebenaran, diampuni dosa-dosa, kesejahteraan dan keselamatan keluarga, Agama, umat, bangsa dan tanah air tercinta. Juga, mohon Rakyat dibukakan Hijjab agar diperlihatkan yang HAQ dan dilenyapkan segala yang batil!”
“Sudah dua tahun setengah saya menanti agar Kebenaran dan Keadilan dapat ditegakkan. Walaupun ia belum lagi selesai, namun saya redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan. Banyak hikmah disebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan. Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah disebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui”, klik Sini.
Adakah doa Saiful telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.? Waallahuaklam.
mudah sja. tak payah ler..jadi ejen fitnah...selagi berita itu tak disahkan benar...
ReplyDeleteAku pun tak pasti samada berita ni fitnah atau betul.
ReplyDeleteYang aku hairan, ramai juga yang terus ambil sikap nafikan berita ini.
Biarlah Polis siasat dulu, baru boleh nafi atau terima. Jangan kita menjadi pembela orang yang berbuat dosa kerana kejahilan kita.
bukan jadi pembela... tapi hanya jgn dok panjangkan cerita yg status kesahihannya belum terbukti. Jgn jadi spt sorang bloger tu... pagi, ptg siang dan malam asyik dok hentam dan fitnah pas ajer.. alih-alih baru tau mamat tu adalah seorang "peminum". ini bukan gambar rekaan lagi. jenis org mcm ni lah yg membuat cerita supaya mengajak org mempercayainya...
ReplyDeleteSetiap kata-kata adalah lahir dari hati. Jika hati bersih dan suci, maka kata-kata yang dilahirkan manis dan enak didengar.
ReplyDeleteJadi.....kita boleh nilai hati budi seseorang itu berdasarkan kata-kata atau tulisannya.