CATATAN PERIBADI

19 February 2011

Bila Keputusan Tidak Berpihak kepada Mereka....MAHKAMAH TIDAK ADIL


Dalam kes ADUN Pelabuhan Kelang iaitu Badrul Hisham Abdullah melawan Speaker Selangor, pihak mahkamah telah mengambil langkah yang betul dan telah berlaku adil kepada kedua-dua belah pihak. Walaupun keputusan ini telah dibantah oleh pihak yang kalah, mereka boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi dan bukannya mengeluarkan pelbagai kenyataan yang dilihat sebagai menghina mahkamah dan mempertikaikan keputusan hakim.  


Sistem kehakiman negara rosak dirosak dan tercemar dicemarkan oleh mereka yang tidak dapat menerima keputusan mahkamah dan mensensasikan keputusan mahkamah tersebut. Tidak salah jika tidak mahu menerima keputusan mahkamah kerana ianya dibenarkan oleh perundangan negara. Namun demikian, apabila mensensasikan penolakan dan pertikaian mereka itu di dalam dada-dada media ianya satu perbuatan  kurang ajar dan mereka inilah yang mencemar dan merosakkan sistem kehakiman negara. Jika tidak puas hati dan tidak dapat menerima keputusan mahkamah yang tidak berpihak kepada mereka, mereka dibenarkan membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi dan bukannya mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh hakim. Hakim sudah tentu mereka yang terpelajar dan mempunyai ketepatan yang jitu untuk membuta penghakiman. Hakim juga manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, namun apa yang dihukumkan oleh mereka adalah berdasarkan kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. 

Speaker Teng: " Keadilan telah dikuburkan"

 Selangor Datuk Teng Chang Khim terkilan kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam terus mendengar permohonan Badrul Hisham Abdullah berhubung status kerusi Pelabuhan Klang, sekali gus mencapai keputusan hari ini tanpa kehadiran peguam beliau.


“Bagaimanapun, pada 16 Februari, penolong peguam saya hadir pada pengurusan kes di hadapan pendaftar kes dan walaupun dimaklumkan bahawa Tommy akan berada di Johor Baru, timbalan pendaftar berkeras menetapkan perkara itu untuk pendengaran hari ini.

“Oleh itu, peguam saya menghantar penolongnya untuk memohon penangguhan hari ini tetapi tidak dibenarkan. Keputusan mahkamah menolak permohonan peguam saya bagi penangguhan pendengaran saman yang difailkan terhadap saya oleh Badrul Hisham tidak adil dan tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya dipetik Bernama.


“Saya masih menegaskan bahawa deklarasi (saya) masih kekal,” kata beliau.

Teng berkata Badrul Hisham masih boleh dihalang daripada menghadiri sidang DUN akan datang jika permohonannya untuk mengetepikan keputusan hari ini berjaya kelak.

Sidang DUN akan bersidang pada 28 Mac ini.
Sambil menyifatkannya sebagai keputusan tertinggi yang paling tidak munasabah, Teng
berkata:
“dalam kes ini, keadilan telah dikuburkan.”




No comments:

Post a Comment