CATATAN PERIBADI

16 January 2011

KERAJAAN BERBELANJA TAK IKUT PERANCANGAN?

Mingguan malaysia menjadi akhbar pilihan aku pada pagi Ahad yang redup dan mendung ini. cuaca pada sebelah pagi panas terik dan mengambil kesempatan cuaca panas terik itu, akupun 'diarahkan' oleh Timbalan aku untuk menjemur kain-kain baju yang masih belum kering diampaian yang sentiasa menjadi rebutan. Biasalah kalau tinggal di rumah pangsa atau apartment.

Lawatan Bukan Pemimpin ke luar negara

Cerita atau berita menarik di dalam akhbar Mingguan malaysia hari ini banyak termasuklah berita berkenaan lawatan Timbalan Perdana menteri ke Amerika syarikat yang digambarkan berjaya. Lawatan oleh pembesar negara ke negara luar banyak memberi manafaat kepada negara berbanding lawatan oleh mereka yang tidak ada jawatan di dalam kabinet. bukan sahaja tidak memberi manafaat kepada negara, tetapi membazir wang negara malah dilihat membelakangkan para pemimpin negara. Tidak objektif serta tidak konkrit. Maka jadilah lawatan itu seperti pergi melancong dan makan angin dengan menggunakan duit rakyat. Rakyat semakin meluat dengan mereka yang bertindak membelakangkan pemimpin negara sedangkan mereka sebenar tiada apa-apa jawatan di dalam kabinet. Siapakah yang akan bertanggungjawab kepada keputusan dan juga perbincangan yang dicapai hasil daripada lawatan itu.

Perbelanjaan yang tidak dirancang

Akhbar Mingguan malaysia juga turut mencatat berita berhubung lawatan PM kita ke Sarawak. banyak perkara diputuskan dan hadiah diberikan kepada penduduk sarawak sempena lawatan tersebut dan ada di antara perkara-perkara yang diberikan itu belum lagi diputuskan di peringkat kabinet. Persoalan aku, ada atau tidak peraturan atau peruntukkan yang diberikan kepada PM yang diberikan oleh kabinet dan berapa banyak peruntukkan tersebut untuk digunakan oleh PM dan menteri yang lain untuk meluluskan sesuatu projek atau perkara tanpa mendapat persetujuan kabinet terlebih dahulu. Seperti apa yang berlkau di sarawak, 99 juta diluluskan itu adakah dirancang dan telah mendapat persetujuan kabinet terlebih dahulu. kalau mengikut berita yang dilaporkan, PM berkata 41 juta yang dihadiahkan kepada penduduk sarawak itu seolah-olah hadiah sepontan PM kepada rakyat. Masalahnya, aku dapati sungguh banyak hadiah luar biasa yang diberikan oleh PM kita apabila melawat sesuatu kawasan. Bukan mempersoalkan kuasa dan 'power' yang dimiliki oleh PM, tetapi jika perkara ini berterusan, nampak sangat seolah-olah perbelanjaan wang negara tidak dilakukan secara terancang dan sempurna. Walaupun jumlah yang diluluskan secara luarbiasa itu mungkin sedikit, tetapi hakikatnya ianya masih menggunakan wang rakyat. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, mereka sepatutnya menguruskan wang-wang kerajaan dengan teratur dan terancang kerana tanpa perbelanjaan yang sedemikian seolah-olah mereka mengabaikan amanah rakyat kepada mereka.

Laungan Azan

Cerita pasal memorendum seorang peguam yang mempertikaikan bunyi kuat azan subuh sebenarnya telah berkumandang sejak beberapa hari yang lalu. Aku lupa samada aku sudah ulas atau belum, tetapi ulasan aku pada kali ini mungkin yang terbaru. laungan azan ni sebenarnya sebuah laungan yang telah berkumandang semenjak lebih 400 tahun yang lalu apabila Sultan melaka menerima Islam, maka laungan azan telah berkumandang syahdu dilangit setiap 5 kali sehari. Seenjak tiada teknologi cannggih sehinggalah kepada teknologi canggih sekarang ini. Jika dahulu semasa tiada lagi teknologi microfon, para bilal akan melaungkan azan dari tempat tinggi supaya laungan mereka dapat didengar oleh pelusuk kampung. maka jelaslah laungan azan ini bertujuan untuk memanggil orang ramai supaya datang ke masjid untuk bersembahyang berjemaah.

Laungan azan ini telah sebati dan sejiwa dengan umat majoriti di negara ini, dan tidak sepatutnya ada pihak-pihak yang cuba untuk mempertikaikannya dengan apa jua alasan sekalipun. Tindakan mempertikai laungan azan dari segi bunyinya memang tidak boleh diterima oleh masyarakat islam. laungan azan ini sebenarnya satu laungan keramat yang sukar untuk dipisahkan dari umat Islam. Ramai orang Islam yang ternanti-nanti laungan azan setiap subuh dan tengelam di dalam kesyahduan.

Aku percaya bukan peguam cina itu sahaja penduduk bukan islam yang mendiami kawasan tersebut, sudha tentu ramai lagi mereka yang mendiami kawasan itu, tetapi kenapa beliau sahaja yang bersuara. Kalau di Indonesia, ada undang-undang yang membenarkan sesiapa sahaja yang menghina Islam dihukum penjara, sepatutnya di Malaysia inipun undang-undang sedemikian diadakan dan bukan hanya mengharapkan kepada akta hasutan semata-mata. kena ada akta khusus yang jelas menyatakan kesalahan dan hukuman kepada sesiapa sahaja yang diketahui berniat dan melakukan perbuatan menghina Islam.

Sekian untuk hari ini. Bau masakan isteri aku sudah menusuk hidung. Aku minta dia masak lemak jantung pisang, tak tahu dimasakkannya atau tidak.

Link yang berkaitan:-

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0114&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0116&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

2 comments:

  1. as salam,
    bro- senang cerita...tulis jer nama ds rosmah yg boros tu... tido kat hotel diistanbul rm100k semalam. apa criter. duit dia sendiri ker....

    ReplyDelete
  2. Giler, maklumat darimana yang kamu dapat ni. Ada ke hotel sampai macam tu sekali mahalnya. Kalau ada dan memang betul dia menginap di situ, memang tak patut. Kalau kerajaan yang bayar, pasti Audit negara akan buka cerita. Soalnya berani ke Audit nak buka cerita?

    Aku dengar berita, Dia tak pernah claim elaun-elaun yang dia patut dapat kerana dia memang layak. Tapi kalau mengharapkan elaun, berapa sen sangat. lebih baik dia menggunakan duit sendiri ataupun mencari penaja. Ada ke yang sudi taja?

    ReplyDelete