CATATAN PERIBADI

26 January 2011

HARAMKAN SAMBUTAN TAHUN BARU.

" Katanya, pejabat JPN Kuala Terengganu mencatatkan jumlah anak tidak sah taraf tertinggi dengan 188 kelahiran diikuti Besut (102), Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Al-Muktafi Billah Shah (28) dan Kerteh (23)"

Fenomena kelahiran anak tidak sah taraf atau anak luar nikah atau anak haram semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Statistik gelaja ini disumbangkan oleh sebahagian besar para remaja Islam. Jika perkara ini tidak ditangani dengan segera oleh kerajaan, tidak mustahil suatu hari nanti musibah bakal melanda negara. Mungkinkah suatu masa yang akan datang negara kita yang tercinta ini bakal diketuai dan dipimpin oleh seorang anak luar nikah atau anak haram? Kerajaan seperti membiarkan sahaja perkara ini berlaku dan seolah-olah mengharapkan kepada para ibu bapa supaya menjaga dan mendidik tingkah laku anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat yang sedang berleluasa termasuklah melakukan persetubuhan sebelum kahwin.

Persekitaran serba canggih dan serba moden sekarang ini telah menjadi satu masalah dan dilema kepada para ibu bapa untuk memantau kegiatan anak-anak mereka sepanjang masa. Setiap hari anak-anak kita disua atau didedahkan dengan suasana yang menyumbang ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Walau setinggi manapun ilmu agama yang diberikan oleh para ibu bapa kepada anak-anak mereka, masih belum boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk mereka bebas menjalani kehidupan di luar sana yang penuh dengan gajet-gajet yang menjurus kepada lperkara-perkara mungkar. Setiap hari, berita kejadian jenayah rogol, buang anak, minum arak, dadah dan sebagainya telah menjadi sarapan pagi kepada para pembaca akhbar. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah setakat menggeleng kepala.

Kenapa perkara ini boleh berlaku dan bagaimanakah cara dan kaedah untuk mengatasinya. Bagi menjawab persoalan ini, saya fikir pihak kerajaan hendaklah terlebih dahulu memandang serius perkara ini. Apabila kerajaan memandang serius dan bukannya dengan pandangan sebelah mata, barulah garis-garis penyelesaian bakal muncul di dahi para pemimpin kita. Bagi membantu para menteri kita mencari jalan penyelesaian untuk membendung gejala kelahiran anak luar nikah atau anak haram ini, saya sediakan beberapa cadangan.

Antara cadangan yang boleh saya kemukakan:-

1. Tubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang terletak di bawah Yang Dipertuan Agong yang berperanan mencari punca dan jalan penyelesaian kepada masalah anak haram ini.

2. Majlis Fatwa kebangsaan hendaklah megeluarkan fatwa bahawa sambutan hari kemerdekaan pada sebelah malam seperti nyanyian dan hiburan lainnya adalah haram. Sesiapa yang terlibat termasuk penganjur, artis dan penonton adalah dihukum berdosa. Kerajaan tidak dibenarkan mengeluarkan lesen untuk mengadakan majlis yang ada kaitannya dengan sambutan kemerdekaan pada sebelah malamnya. Sambutan hendaklah dilakukan pada sebelah siang sahaja. Sambutan malam akan membawa kemudaratan kepada ummah dan kehancuran kepada ummah. Banyak gejala tidak sihat bakal berlaku.

3. Mengharamkan segala bentuk majlis sambutan tahun baru kerana ianya tidak menyumbang kepada sesuatu yang berfaedah tetapi lebih kepada pembaziran dan kemudaratan ummah. Tahun baru pasti akan muncul dan tahun baru tidak pernah berkecil hati jika tidak disambut dan dialu-alukan kehadirannya.

4. Pemilik-pemilik hotel, pusat perlancongan dan rumah-rumah tumpangan disyaratkan supaya menyewakan permis atau bilik kepunyaan mereka kepada pasangan remaja yang menunjukkan sijil perkahwinan sahaja. Satu peraturan hendaklah dikuatkuasa supaya perkara ini dilaksanakan.

5. Menubuhkan squad ataupun pasukan khas yang diberi tanggungjawab memantau dan mencegah segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Berikan kuasa kepada mereka untuk memeriksa hotel-hotel, rumah tumpangan dan pusat perlancongan untuk mencari pasangan remaja yang bersekedudukan. Cuma nasihat saya kepada pasukan ini, kalau nak cegah, datanglah awal-awal dan bukannya datang selepas tengah malam atau sebelum subuh. Kalau datang waktu itu, bukan mencegah namanya.

6. Kurangkan rancangan berbentuk hiburan yang melalaikan seperti program nyanyian dan lakonan yang mengasyikkan. Sajikan bentuk hiburan yang berhemah dan tidak melalaikan. Jika hendak dikurangkan, hentikan rancangan hiburan yang mencungkil bakat-bakat anak-anak kecil kita dibidang hiburan kerana program sedemikian secara tidak langsung mendorong anak-anak kecil untuk bercita-cita menjadi penghibur dan sebagainya.

7. Wujudkan peraturan yang mana pemilikan telefon yang canggih-canggih tidak dibenarkan di kalangan para remaja. Biarkanlah para remaja mempunyai telefon yang hanya boleh bersms dan call in and call out only. No Camera, No Video, No Bluetooth, No internet.

Walaupun cadangan yang dikemukakan d sini agak sukar untuk dilaksanakan dan ada yang mengarut, sekurang-kurangnya saya mempunyai niat dan usaha untuk membantu mencegah kemungkaran yang berlaku. Saya tidak mahu menjadi seperti para pemimpin parti pembangkang, mereka cuma pandai bersungut dan komplen tetapi sangat kedekut untuk melahirkan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak kerajaan.Jika ada jalan penyelesaian atau cadangan sekalipun, mereka akan simpan idea-idea bernas mereka bagi tujuan dijadikan modal kempen politik mereka.

Sambungan petikan berita di atas boleh di baca di dalam berita di bawah ini. Setelah habis baca, pakat-pakat cari Mat Said dan Khazan atau Ramli Nuh.


KELAHIRAN BAYI TIDAK SAH TARAF PADA TAHAP KRONIK

KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.


Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.


“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.


“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.


Rujukan Berita:

http://www.hmetro.com.my/articles/Kelahiranbayitidaksahtarafpadatahapkronik/Article

2 comments:

  1. (GAMBAR KT GANUKITE) - APA DAH JADI DGN UMNO???

    LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini.
    Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.

    Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).

    Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya.
    "Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.

    Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.

    Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebab sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ.

    Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

    "Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.

    "Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan2 tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal.

    (GAMBAR: HAPUS...Pada 24 Januari, kesan-kesan tapak kedai ini ditimbus dengan batu dan pasir untuk memberi ruang kepada bilik gerakan Umno.)

    Menurut Norehan, pendapatan bersih hasil jualan di kedai makan tersebut mampu mencecah RM80 hingga RM100 sehari.

    Apabila ditanya beliau lagi, adakah isu perobohan kedai makan ini ada kaitannya dengan Pilihanraya Kecil yang sedang berjalan di DUN Tenang, beliau menjawab;

    "Saya tak mahu komen lebih-lebih. Tetapi semua orang di Felda Tenang ini pun sudah sedia maklum bahawa kedudukan kedai saya terletak berhadapan dengan Bilik Gerakan Umno Cawangan Kolam Air. Ada khabar angin menyatakan, petugas-petugas Umno di sini berasa tidak senang apabila Bilik Gerakan mereka terlindung oleh kedai saya ini," beritahu Norehan

    ReplyDelete
  2. Saya berpendapat mungkin kedai makan itu dimiliki oleh penyokong PAS tegar dan setiap masa dipenuhi oleh para penyokong PAS dan mungkin menjadi pusat gosip-gosip liar dan mungkin juga tempat penyebaran fitnah. Ini andaian semata-mata.

    Akibat daripada itu, pemilik tanah yang menyewa tempat berniaga itu mungkin tidak mahu bersubahat dan saya fikir tentu sudah ada perbincangan di antara mereka sehingga membawa kepada perobohan itu.

    Ini cuma pandangan saya sahaja kerana setahu saya UMNO tidak akan bertindak sekejam itu kepada rakyat.

    ReplyDelete