Aku tak setuju jika disamakan Parlimen Malaysia macam Kanggaro Court. Pada aku lebih sesuai macam parlimen rimba. Kalau pembangkang kata macam Kanggaro Court, Yang memegang watak kanggaro adalah para ahli parlimen pembangkang. Terjerit sana, terjerit sini, macam dalam hutan. Kalau macam ni keadaan parlimen, macamana rakyat boleh mendapat faedah. Perbahasan menjadi kelam kabut. Para pemimpin pembangkang yang diharap menjadi audit kepada tindak tanduk kerajaan telah menjadi begitu kelam kabut dan haru biru. Usul-usul yang dikemukan,bukan mewakili rakyat, tetapi lebih kepada sebagai mewakili ketua mereka.
Malu betul dengan paparan TV malam ni keadaan parlimen kita. Ada ke patut, dewan yang mulia yang menjadi tempat pelbagai undang-undang diluluskan telah menjadi seperti pasar malam ataupun parlimen rimba, penuh dengan jeritan dan laungan. Syabas kepada Speaker. Tuan seperti seorang raja yang tidak boleh dibantah cakapnya. Tetapi, adakah keputusan mengantung 4 orang MP tu satu keputusan yang tepat? Kalau aku jadi speaker, biarkan sahaja mereka terjerit-jerit, lama-kelamaan pandailah dia berhenti sendiri. Menteri yang menjaga parlimen dan ketuanya patut letak jawatan. Pada masa yang sama, PM dan TPM bukan ada di dalam dewan. Para MP pembangkang pula memang sudah bersedia sedari awal untuk mengadakan tunjuk perasaan. Kalau tidak bila masa mereka menyediakan pelbagai sepanduk. Nasib baik tidak bertumbuk macam parlimen di negara luar.Kalau bertumbuk, agak-agak siapa yang menang?.
Semenjak DSAI bebas dari penjara dan pelbagai perkara berlaku. Sikap tidak menghormati dan respek kepada pemerintah menjadi punca kepada segala-galanya. Beliau beranggapan bahawa beliau lebih layak dan lebih hebat daripada PM yang ada sekarang ni. Kalau hebat, kenapa boleh "terperangkap". Kadang-kadang aku Kesian juga kepada DSAI, makin tua makin banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah peribadi. Lepas satu, satu masalah baru yang menimpa. Sekarang ni beliau bercadang nak ke seluruh pelusuk negara untuk menerangkan berkenaan perkara yang dibocorkan oleh Wikileaks berhubung kes liwat beliau. Kalau nak hebat lagi,sebenarnya beliau kena menjelajah keseluruh dunia kerana website wikileaks itu dibaca oleh seluruh dunia. Permintaan saya kepada teman-teman DSAI di dalam PAS, nasihatlah beliau supaya bertaubat. Makin lama makin kusut dan berserabut masalah dia. Usia pun makin lanjut.
masalahnya, umno makin takut kat dsai dan menyerang bertubi-tubi. sekiranya dsai dah tak power lagi..kenapa umno begitu takut nak berdepan dngnya. pasal wikileaks.. pendedahan beliau byk pasal malaysia...bukan takat dsai aja, malah pasal pm, menteri yg menyeleweng, lemah pentadbiran, kes altantuya, ...tapi tak penah pun tv3,tv1, rtm, utusan ..siarkan perkara ini. pendedahan wikileaks ni bukan hanya kpd dsai aje.
ReplyDelete