Yayasan Perkahwinan Negara (YPN) merupakan sebuah yayasan yang membantu pasangan-pasangan yang kekurangan wang dan modal untuk melangsungkan perkahwinan. yayasan ini bertindak sebagai badan peminjam kepada pasangan-pasangan dengan kadar faedah yang jauh lebih rendah berbanding apa yang ditawarkan oleh institusi kewangan dan secara islamik.
Disamping itu juga YPN juga menyediakan pakej-pakej perkahwinan beramai-ramai secara tahunan untuk pasangan yang tidak berkemampuan meyediakan wang perbelanjaan perkahwinan dan sebagainya. Setiap pasangan hanya dikenakan bayaran minima RM500. Pihak YPN akan menyediakan segala kelengkapan perkahwinan termasuk jurunikah, tempat persandingan, baju pengantin dan juga wang wang hantaran kepada pihak pengantin perempuan tidak melebihi RM5,000 setiap seorang. Majlis perkahwinan secara tahunan ini akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan tahunan dan dijangka akan menarik ribuan pelancong dalam dan luar negara.
Adalah diharapkan dengan adanya YPN ini, ramai dikalangan anak-anak muda Islam yang tidak berkemampuan untuk menyediakan wang perbelanjaan perkahwinan boleh membuat pinjaman dengan kadar faedah yang jauh lebih rendah. Di samping itu juga anak-anak muda Islam boleh merebut peluang untuk menyertai acara perkahwinan beramai-ramai yang dianjurkan oleh YPN kerana disamping mereka boleh jimat belanja ( kahwin free ), pengantin perempuan juga menerima hantaran berbentuk wang tunai sebanyak RM5,000.00 ( sape nak bagi ). Jangan pula yang ambil kesempatan, hari ni kahwin bulan depan berpisah. Mereka yang begini akan dikenakan hukuman.
Moga-moga dengan adanya YPN ini, gejala penzinaan dan pembuangan anak dapat dikurangkan.
Ini semuanya adalah makluman yang direka-reka sahaja kerana sehingga kini saya tidak pernah dengar ada yayasan sebegini di Malaysia ini.
salam nak tanya ada no contact x yayasan pendaftaran negara beserta alamat?
ReplyDeletesila sms saya 0132003769
Sedare Nik, Yayasan ni cuma caadngan saya je. Manalah tahu kot-kot ianya menjadi kenyataan suatu hari nanti. Kalau nak hubungi saya, emailkan kepada putrarahman@gmail.com
ReplyDelete