CATATAN PERIBADI

09 June 2010

A R J U N A


Sinopsis Arjuna:
Drama bersiri Arjuna mengisahkan alam mistik Samudera yang dikuasai oleh kuasa jahat bernama Gempita Merah. Telah termaktub bahawa seorang pahlawan terbilang bernama Arjuna seorang saja yang mampu menewaskan Gempita Merah. Pertembungan Arjuna dan Gempita Merah adalah sesuatu yang paling hebat pernah disaksikan.
Lakonan Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata, Komeng. Arjuna akan mula disiarkan pada 31 Mei 2010 setiap Isnin jam 9.00 malam.

CeritaAku:
Malam Isnin yang lalu kira-kira jam 9.00 malam, aku tercongok di depan TV Plasma Samsung 32 inci yang dibeli oleh isteri aku di Sen Heng. Aku turut sama mengajak anak lelaki aku untuk melakukan perbuatan yang tidak menyalahi undang-undang ini semata-mata hendak menonton drama ARJUNA iaitu sebuah drama persilatan. Telah lama aku menunggu drama-drama sebegini digarap oleh pembikin drama kerana drama-drama sebegini memang menjadi minat aku sejak dulu lagi. Lagi pun aku mempunyai asas-asas persilatan (perguruan Pancasila). Aku tidak hairan siapa yang berlakon samada heronya hensem dan heroinnya cantiknya atau sebagainya, itu semua aku tidak kisah. Apa yang penting aksi-aksi persilatan dan perjalanan cerita menarik minat aku.

Kisahnya bermula apabila Arjuna menyelamatkan seorang pemuda yang kena tikam dengan kuasa sakti yang dimiliki oleh Arjuna, pemuda itu sembuh. Arjuna sebenarnya tidak tahu bahawa dia mempunyai kuasa sakti. Perkara tersebut telah ditonton oleh penduduk kampung dan juga Garkus iaitu penjahat utama dalam drama ini. Muka Garkus berselubung jadi tak tahu siapa yang melakunkan watak Garkus. Diketiak yang sama juga seorang Guru Persilatan ( namanya aku lupa, dilakunkan oleh Kuswadinata). Mereka berdua ini telah melihat secara bathin dan bukanya hadir pada tempat kejadian. Hebat betul, entah ilmu apa yang digunakan oleh mereka tidak pula diceritakan oleh tukang bikin drama. Kalau diberitahu jurus apa yang digunakan best juga. Peristiwa penggunaan kuasa sakti tanpa sengaja itu sebenarnya telah menjadi titik utama kepada drama Arjuna.

Semenjak peristiwa Arjuna dapat menyembuhkan luka dengan kuasa sakti yang dimiliki olehnya, rumah beliau sentiasa sahaja dikunjungi oleh penduduk kampung yang datang hendak meminta pertolongan. Namun demikian permintaan penduduk kampung tidak dilayan oleh Pak Saha dan isteri iaitu ibu dan bapa angkat Arjuna hinggalah pada suatu hari ketika Pak Saha dan Arjuna sedang berada di Pengkalan, ibu angkat Arjuna di datang oleh Pak Dali dengan dua orang pemuda yang konon-kononnya datang hendak meminta pertolongan.

Rupa-rupanya ke dua-dua orang pemuda itu adalah pengikut Garkus yang menggunakan Pak Dali. Mereka telah menceroboh rumah Arjuna untuk mencari sebiji permata berharga. Ibu angkat Arjuna dibunuh. Pak Saha dan Arjuna tergesa-gesa pulang ke rumah setelah diberitahu oleh penduduk kampung bahawa rumah mereka telah diPECAH MASUK ( macam biasa ku dengar je perkataan ini, di mana ye). Apabila sampai sahaja di rumah, kedua-dua pengikut Garkus sedang menganas dan kelihatan disatu sudut Pak Dali sedang memangku ibu Arjuna yang seddang nazak.

Pak Dali menafikan bahawa beliau terlibat ( tetapi aku tengok raut wajah dan juga air muka Pak Dali itu seperti orang jahat je) mengatakan bahawa dua orang yang bertutup muka itu melakukannya. Aku fikir kedua-dau pendekar hitam itu bengang dengan tuduhan Pak Dali, maka Pak Dali dibunuh. Mak matilah Pak Dali ( satu episode je berlakun berapa RM agaknya beliau dapat. Tetapi aku percaya Pak Dali akan hidup lagi sebagai watak tambahan bagi meramaikan pelakun tambahan).

Arjuna sempat memangku ibunya setelah terlepasa dari pangkuan Pak Dali. Belum sempat ibu angkat Arjuna hendak memberitahu sesuatu, ia telah kembali ke ramatullah. Kesian ), diketika yang sama Pak Saha terus mengamuk dan berlakukan pergelutan permainan senjata antara Pak saha dengan kedua penjahat tersebut. Rupa-rupanya ilmu persilatan Pak Saha masih belum dapat menandingi kehebatan kedua-dua penjahat tersebut dan beliau akhirnya kecundang kesian. Dalam episode pertama sahaja telah 3 orang mati, maka jimatlah bajet prodesur.

Setelah melihat ayah angkatnya kecundang, Arjuna dengan begitu berani mencapai pedang dan terus melawan kedua-dua penjahat tersebut walaupun menyedari dirinya belum mempunyai ilmu persilatan sepertimana ayahnya. Dengan Ilmu persilatan baru peringkat asas maka Arjuna dengan mudah ditewaskan oleh kedua-dua pengikut Garkus. Di ketika yang sama Adyuka Satria dan Sutera iaitu dua orang pendekar yang baik hati telah sampai ke rumah Arjuna. Berlakulah pergelutan antara kedua-dua pendekar putih itu dengan kedua-dua penjahat tersebut. Jelas kelihatan bahawa ilmu persilatan Aduka Satria begitu ampuh dan dengan mudah sahaja beliau menewaskan ke dua-dua pendekar hitam tersebut. Inilah sebahagian daripada cerita Arjuna dalam episode pertama. Nak tahu lebih lanjut, sila tonton sendiri setiap malam Isnin jam 9 malam hingga 10 malam.


Walaupun Jalan ceritanya aku fikir menarik, tetapi kualiti gambarnya aku fikir begitu teruk. Latar belakang cerita seperti warna-warna begitu kabur dan berkaca, tidak semulajadi. Mungkin juga penggunaan teknik CGI ataupun Skrin Hijau tidak begitu teliti. Namun demikian, aku hairan kenapa pengarah drama ini memilih untuk menggunakan teknik CGI sedangkan kualitinya tidak begitu memuaskan. Bukankah di Negara kita ini begitu banyak lokasi-lokasi menarik yang boleh digunakan untuk pengambaran drama atau filem. Kalau inginkan suasana perkampungan di zaman dahulu, bukankah perumahan-perumahan orang asli boleh digunakan. Sekurang-kurangnya ajaklah sekali orang asli itu berlakun sekali. Kalau ajak aku menjadi pelakon tambahan ataupun mangsa pedang pun tak kisah. Apa-apa pun aku akan terus menyokong cerita-cerita sebegini dan kalau boleh hendaklah digarap dengan lebih kemas lagi. Dan lagi satu, perkenalkan beberapa jurus-jurus yang menjadikan hero dan juga penjahat begitu hebat dan digeruni. Kalau tak tahu bagaimana nak mereka nama-nama jurus, boleh merujuk kepada saudara Zoy dan Si Takluk Jagat. Aku harap suatu hari nanti ada prodesur yang akan mengangkat Si takluk Jagat ke Layar perak atau Layar TV.

No comments:

Post a Comment