Penjajahan kebiasaannya berlaku secara terancang dan mempunyai objektif dan matlamat. Namun demikian penjajahan secara semulajadi kebiasaannya berlaku secara tanpa disangka. Ianya berlaku tanpa dirancang dan tanpa mempunyai matlamat dan obejktif dan tanpa agenda.
Penjajahan secara semula jadi ini cukup berbahaya kepada sesebuah koloni atau bangsa kerana tanpa mereka sedari bahawa mereka sedang dijajah. Garis pemisahan antara penjajahan secara semulajadi ini dengan penguasaan di dalam sesuatu perkara amat halus sehinggakan tidak dapat dikesan. Pernahkah kita terfikir bahawa pohon ara pada sebatang pokok besar itu akhirnya akan menjadi penjajah dan seterusnya menguasai pokok tersebut. Ianya berlaku secara semulajadi tanpa disedari oleh pokok besar tersebut. Pada asalnya pokok ara itu hanyalah penumpang tetapi lama kelamaan mereka semakin selesa dan semakin mencengkam pokok besar sehingga tidak dapat bernafas dan akhirnya mati kekeringan.
Kesan dan akibat penjajahan secara semulajadi ini sama sahaja dengan penjajahan nyata dan terancang sepertimana berlaku suatu ketika dahulu. Penjajah-penjajah akan menguasai segala genap bidang dan akhirnya apabila mereka sudah menguasai semua perkara dari segi ekonomi, perundangan, jaringan perhubungan dan ekonomi maka mereka dengan mudah boleh menukar peraturan-peraturan dan juga mereka mampu untuk menukar perlembagaan yang sedia ada supaya selari dengan aspirasi dan kehendak mereka.
Penjajahan nyata mungkin sudah tiada, tetapi penjajahan secara semulajadi ini cukup sukar dikesan kerana ianya pada asalnya bukannya penjajahan tetapi lebih kepada penguasaan. Namun demikian, diakhir cerita, penguasaan ini bertukar menjadi satu bentuk penjajahan.
Di Negara kita yang tercinta ini, mungkinkah penjajahan secara semulajadi sedang berlaku tanpa kita sedari? Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Bahasa Melayu, semakin hari ianya semakin tidak digunakan. Saya tidak kata bahawa ianya sedang dijajah, tetapi mungkinkah ianya sedang dijajah secara semulajadi.
Oleh yang demikian, saya seru kepada semua bangsa Melayu dari semua lapisan masyarakat terutama para pemimpin politik supaya waspada kepada ciri-ciri penjajahan secara semulajadi ini. Antara cirri-ciri penjajahan secara semulajadi ini:-
i. Perkara yang selama ini dianggap luar biasa sudah jadi biasa di dalam
masyarakat. Contohnya perempuan Islam yang memakai baju lengan pendek sedangkan rambut bertudung rapi ataupun Muda-Mudi Islam yang tanpa segan silu bermesra-mesraan dikhalayak ramai.
ii. Pemilikan asset kaum bumiputera semakin berkurangan.
iii. Perniagaan kaum bumiputera semakin rugi.
iv. Orang melayu semakin kurang menjadi pemborong-pemborong besar. Akibatnya para peniaga runcit melayu terpaksa memborong daripada pemborong bukan Melayu.
v. Para pemimpin bumiputera yang selama ini dilihat begitu kontra dengan pemimpin bukan bumiputera telah membuat pusingan U. Contohnya kerjasama antara PAS dengan DAP.
vi. Keistimewaan kaum bumiputera semakin dipersoalkan.
Banyak lagi ciri-ciri penjajahan secara semulajadi ini yang boleh ditulis ataupun dicatatkan. Oleh kerana sifatnya adalah secara semulajadi dan tanpa disedari, maka kebanyakkan daripada ciri-ciri ataupun tanda-tanda penjajahan semulajadi ini dianggap sesuatu bentuk perubahan dan pendemokrasian minda.
No comments:
Post a Comment