CATATAN PERIBADI

19 May 2010

Takziah untuk Keluarga Allahyarham Ramli Mohd

Pengawal keselamatan Istana Kelantan meninggal dunia
19/05/2010 10:19am

KOTA BHARU 19 Mei – Pengawal keselamatan Istana Kelantan, Ramli Mohd., 50, yang ditembak ketika dalam perjalanan balik kerumahnya pada 1 Mei lalu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira pukul 3.25 pagi ini.
Keadaan beliau dilaporkan kritikal sejak dua hari lalu selepas organ pentingnya dijangkiti kuman. - Utusan

Ulasan saya:

Terlebih dahulu, aku ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ramli Mohd semoga mereka tabah menghadapi ujian dari Allah ini. Al Fatihah untuk Allahyarham Ramli Mohd.

Aku hairanlah sehingga kini, polis masih belum mengenalpasti motif pembunuhan ini. Sepanjang yang aku baca akhbar, tak jumpa satu pun berita berkenaan motif pembunuhan ini samada dendam ke, cemburu ke, salah tembak ke atau silap mangsa atau sebagainya. Aku harap polis teruskan siasatan dengan lebih giat agar pembunuhnya dapat ditangkap supaya kita dapat tahu apa motif sebenar pembunuhan ini. Kebetulan pula tu, pembunuhan ini berlaku diketika krisis Kesultanan sedang hangat. Harap-harap krisis kesultanan ini tidak ada kaitannya dengan kes pembunuhan ini.

Kesimpulannya, dalam setiap orang yang kita jumpa setiap hari terutama di kawasan-kawasan tumpuan ramai seperti pasar, perhentian bas, perhimpunan, menonton perlawanan bolasepak atau dimana-mana jua, pasti ada di antaranya yang membawa senjata api. Pada bila-bila masa kita terdedah kepada bahaya samada tersalah mangsa, peluru sesat atau sebagainya. Oleh itu lebih baik kurangkan aktiviti luar yang kurang berfaedah, lebihkan masa berada bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment