CATATAN PERIBADI

27 May 2010

Minyak Naik Lagi??


Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini
May 27, 10 12:00pm
Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.

Harga petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi.

Cadangan itu dibuat pada pembentangan awam dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun.



Ulasan Saya:




Apa ni??? Baru lagi kerajaan kata ekonomi telah naik 10% dan Negara sedang selesa berada dalam senarai Top Ten Negara berdaya saing, dalam dunia you, bukan dalam Asia. Tiba-tiba rakyat dikejutkan pula dengan berita kenaikan harga minyak. Badan mana pula yang pandai-pandai menasihatkan kerajaan untuk naikkan harga minyak. Dia tak tahu ke, cadangan yang dia buat ni kalau kerajaan itu boleh mengakibatkan rakyat berpaling tadah kepada kerajaan. Tak percaya, tengoklah dalam PRU13 nanti.
Tol pun dengar ceritanya akan dikurangkan ataupun langsung tidak ada subsidi. Kalau macam ni, aku fikir rakyat diletakkan dalam situasi sukatr untuk beri sokongan kepada kerajaan. Kalau rakyat tidak memberikan sokongan, aku fikir PRU 13 nanti kita bakal menyaksikan sebuah kerajaan campuran akan dibentuk, dimana tidak ada satu partipun yang akan memenangi majority mudah. Jika sedemikian, rakyat yang akan berada di dalam keadaan yang teramat sukar, iklim politik menjadi haru biru, banyak keputusan-keputusan yang kebaikan rakyat tidak dapat diteruskan, rakyat yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh (siapa?) mungkin dapat meneruskan kehidupan mereka dengan selamat, tetapi rakyat yang miskin (siapa?) akan terus tertindas dan tidak terbela. Jangankan nak merelisasikan wawasan 2020, nak mengembangkan ekonomi pun payah.


Aku sebenarnya terkilan dengan beberapa keputusan kerajaan sejak akhir-akhir ini. Namun apakan daya, inilah kerajaan yang dipilih oleh rakyat majoriti. Jadi aku pun kena ikut suara majoriti. Aku bukannya spesis yang tidak memperakui suara majoriti.Namun akuhairan kerana aku lihat rakyat masih terkapai-kapai macam tak ada perubahan dalam taraf hidup, sedangkan diketika yang sama diberitakan kerajaan telah mencapai kenaikan ekonomi sehingga 10 %. Ekonomi yang bagaimana yang naik tu aku tak tahulah. Aku lihat macam biasa je. Kakitangan awam minta bonus pun dipandang sepi, tetapi ada pihak yang walaupun tidak minta diberinya peruntukkan sana sini. Tak faham aku dengan kerajaan sekarang ni. PRU 12, ramai dikalangan pengundi hanya berniat untuk mengurangkan majority kerajaan BN di dalam Parlimen dan niat mereka makbul, tetapi PRU 13 nanti aku fikir rakyat mungkin berniat untuk langasung menukar kerajaan. Sebab utama kerana kurang keyakinan dan kurang faham dengan rentak kerajaan sekarang ni.

Ini adalah pandangan peribadi aku sahaja. Apa-apa pun, pada pandangan aku, kerajaan sekarang kena berhati-hati dalam membuat keputusan kerana rakyat sudah semakin bijak dan semakin lincah. Apabila sahaja kerajaan tersilap langkah, maka rakyat terus memberikan mereka hukuman. Pandanagn aku, jangan diikut sangat penasihat-penasihat yang tak ikhlas, mereka semua nak duit je. Penasihat utama adalah rakyat terbanyak. Dengar cakap rakyat, insyaallah kerajaan selamat kerana pemimpin yang ada hanyalah melaksanakan amanah rakyat sebagai majikan mereka.

No comments:

Post a Comment