CATATAN PERIBADI

20 May 2010

Malaysia dalam Senarai Top Ten

Macam kelmarin, kelmarin dulu, dan sebelum-sebelumnya, setiap pagi sebelum memulakan tugas aku akan sambar akhbar Utusan Malaysia dulu. Hari ni aku rasa ada sedikit pelik apabila baca muka depan Utusan Malaysia. Aku jangkakan berita yang akan menjadi tajuk utama sudah tentu berita pasal kedudukan Malaysia dalam senarai Top Ten Negara paling berdaya saing dunia. Namun nampaknya aku silap jangkaan. Utusan dan NST hari ini memamparkan berita pasal Baju Merah dan Thailand sebagai berita utama. Manakala The Star dan Berita Harian memilih tajuk Top Ten sebagai tajuk utama. Terkial-kial aku membaca The Star untuk mengetahui lebih lanjut pasal berita ini.

Kenapa aku bangkitkan akan hal ini. Sebenarnya aku hairan kerana kebiasaannya jika ada berita-berita begini yang boleh menaikkan Imej PM, ianya akan dililih sebagai tajuk utama oleh akhbar Utusan Malaysia. Ini yang menjadi tanda soal kepada aku, kenapa mereka tidak memilih berita ini sebagai tajuk utama. Nampaknya persoalan aku tiada jawapan kerana aku hanya cuma pandai menyoal tetapi tak dapat memberikan jawapan.


Ini berita dalam Berita Harian Online.

KUALA LUMPUR: Malaysia kini tergolong dalam 10 negara paling berdaya saing dunia dengan menduduki tempat kesembilan, tahun ini berbanding tempat ke-18, tahun lalu.

Mengikut laporan World Competitiveness Yearbook 2010 yang diterbitkan Institute for Management Development (IMD), semalam, Malaysia mencapai nilai indeks 87.228 tahun ini, meningkat daripada 77.162 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment