CATATAN PERIBADI

18 May 2010

ISLAM UNTUK SEMUA


Dalam blog Dr. Ridhuan (www.ridhuantee.blogspot.com) yang aku ikuti setiap hari, ada seorang pembaca yang mengelar dirinya sebagai Kluangman ( orang Kluang Johor kot.) telah memberikan yang aku fikir merendah-rendahkan martabat orang Melalu. Kluangman seolah-olah menyalahkan orang Melayu atas kelemahan Islam di Malaysia ni. Dia lupa ataupun pura-pura lupa bahawa tegaknya Islam kat Malaysia ni pasal orang Melayulah. Aku tak kata semua orang Melayu tu bagus-bagus. Orang Melayu pun macacm bangsa-bangsa lain juga, ada yang bagus dan ada yang tidak bagus, ada yang kuat dan ada yang lemah. Oleh itu apa kena mengenanya Islam dengan kekuatan dan kelemahan orang Melayu. Aku tak ambil semua komen-komennya cuma ambil sebahagian sahaja yang aku tidak bersetuju dan ingin membuat ulasan.

Ini komen asal dari Kluangman;
Di Malaysia, Islam itu dimajoriti oleh Melayu dan inilah yang kita bimbang dan kesalkan bila Melayu itu lemah, mundur dan terus merosot kerana ia turut menjejaskan Islam, sehingga persepsi Islam itu sendiri bobrok.

Dalam perkembangan semasa, adalah lebih baik Islam menjauhkan diri dari Melayu, dalam lain perkataan perjuangan harus berteraskan 'Orang Islam'dan pengakuan ke atas mereka orang Islam itu sendiri berdasarkan 'kebaikan'.

Jika seorang itu Melayu dan berugama Islam tetapi mempunyai perangai yang buruk, ia tidak harus dikategorikan sebagai seorang Islam atau Muslim, ia wajar dilabelkan sebgai Melayu Munafik atau Melayu fasik. Kalau dulunya dia seorang ulama tetapi selepas itu digelar ulamat sesat, maka yang wajar dilabel bukanlah ulama sesat tetapi Melayu Sesat.

Dalam Islam, ulama tidak sesat, mereka pewaris Nabi.

Islam tidak harus melekat semata mata kerana dia Melayu. Islam harus melekat hanya kepada yang meletakkan ugama sebagai cara hidupnya.

Marilah sama2 kita perjuangankan Islam, perbanyakkan orang Islam di Malaysia hingga satu hari Islam di Malaysia bukan atas dasar bangsa tetapi Islam di Malaysia atas dasar maju dan baik.
7:48 AM


Pendapat Kluangman

"Di Malaysia, Islam itu dimajoriti oleh Melayu dan inilah yang kita bimbang dan kesalkan bila Melayu itu lemah, mundur dan terus merosot kerana ia turut menjejaskan Islam, sehingga persepsi Islam itu sendiri bobrok.”


Ulasan saya:

Memang benar Melayu dianggap keseluruhannya beragama Islam, tetapi Islam itu bukannya milik orang Melayu sahaja. Saya fikir semua penduduk Malaysia faham perkara ini, tetapi jika masih ada yang tidak faham, saya fikir mereka sengaja pura-pura tidak faham. Jadi pada pendapat saya kekuatan atau kelemahan bangsa Melayu tidak boleh mempengaruhi Islam. Yang boleh mempengaruhinya adalah KeImanan dan Ketaqwaan penganutnya. Lagipun sejarah boleh membuktikan bahawa tegaknya syiar Islam di Malaysia disebabkan kekuatan dan ketaqwaan penganutnya yang kebetulan ramai yang berbangsa Melayu.

Pendapat Kluangman’

“Dalam perkembangan semasa, adalah lebih baik Islam menjauhkan diri dari Melayu, dalam lain perkataan perjuangan harus berteraskan 'Orang Islam'dan pengakuan ke atas mereka orang Islam itu sendiri berdasarkan 'kebaikan”.


Ulasan saya:

Islam menjauhi Melayu samalah juga kita menghalang syiar Islam itu daripada diajar dan disampaikan kepada orang Melayu. Pada pendapat saya, ini adalah kenyataan yang ZALIM terhadap orang Melayu kerana Agama Islam itu adalah agama UNTUK semua bangsa tak kira lemah atau kuat. Semua bangsa di Malaysia ini berhak untuk memperolehi ajaran dan syiar Islam.

No comments:

Post a Comment