Terima kasih Dato' kerana respon pasal e book. Secara jujur, saya tidak membangkang teknologi yang sedang pesat berkembang, tetapi terus terang saya katakan bahawa secatra peribadi, saya kurang bersetuju dengan perkembangan pesat persekitaran teknologi sekarang ini kerana pada pendapat saya seiring dengan perkembangan ini, sebenarnya dunia terpaksa melakukan banyak pengorbanan secara disedar atau tidak disedari. Di samping itu juga, kadang-kadang berlakunya pembaziran apabila kita membayar untuk memiliki sesuatu teknologi yang kurang faedah dan kurang manafaat yang besar kepada kehidupan peribadi kita.
Memang benar penggunaan e book itu kelihatan lebih maju ke hadapan namun adakah kajian telah dibuat dengan teliti terlebih dahulu akan keberkesanannya. Adakah persekitaran kita sudah begitu bersedia untuk menerima teknologi ini. Saya bersetuju dengan Dato’ bahawa pilot projek hendaklah dilakukan terlebih dahulu sebelum perlaksanaan sepenuhnya. Sebagaimana saya kata, kadang-kadang kita menjadi penghambat teknologi sedangkan kadang-kadang adalah bukan golongan yang memerlukan teknologi tersebut tetapi sekadar ikut-ikutan dan untuk kepuasan diri.
Apa yang wajib difikirkan oleh para pemimpin di Hulu Terengganu bagaimanakah cara dan kaedah untuk memperbanyakkan lagi peluang-peluang pekerjaan berdaya saing kepada penduduk daerah. Lihatlah kepada sumber-sumber sedia ada dan perkembangkan lagi mana yang berdaya saing. Setiap kali saya pulang ke kampung, sedih bila melihat banyak tanah-tanah kosong terbiar begitu sahaja. Dahulunya tanah-tanah ini cukup meriah dengan pelbagai tanaman yang silih berganti seperti kacang tanah, jagung, padi, ubi dan sebagainya. Namun kini setelah generasi terdahulu iaitu kaum bapa telah tua dan ada yang meninggal dunia, tanah-tanah itu terbiar kosong begitu sahaja. Dalam hal ini, siapa yang harus dipersalahkan. Terengganu banyak duit, namun jika pemimpinnya tidak bijak untuk menguruskannya, maka kesian kepada rakyatnya.
No comments:
Post a Comment