Aku dan keluarga balik kampung sempena cuti tahun baru cina baru-baru ni. Aku balik hari Jumaat 12/02/2010, maka taklah teRperangkap dalam kesesakan jalanraya. Aku dengar cerita dari adik lelaki aku, pada hari Sabtu 13/02/2010, kesesakan yang amat teruk di LPT. Antara Tol Gombak ke Tol Karak sebelum masuk LPT, Jem sampai 3 jam. Ramai juga orang menggunakan cuti Tahun Baru Cina yang bersambung untuk bercuti dan pulang kampung. Sekolah-sekolah pun turut menyambut atau meraikan Tahun Baru Cina. Ada sekolah cuti seminggu, lebih hebat dari cuti hari Raya Puasa. Kalau Hari Raya Haji, satu hari sahaja, langsung tak disambung. Dari segi cuti, nampaknya Sambutan Tahun Baru Cina seolah-olah telah mengatasi sambutan perayaan hari kebesaran orang Islam. Di Sekolah-sekolah, yang sibuk nak cuti berlebih-lebih ni aku fikir kebanyakkannya guru-guru Melayu. Guru-guru Cina pula hanya cuti 2 hari je, mereka bukannya meraikan sangat budaya kunjung mengunjung macam orang Melayu. Pekedai Cina di tempat aku, petang Tahun Baru dah ada yang buka kedai.
Balik Cuti Raya Cina kali ini, penat betul. Masa tak cukup. Biasanya , kalau balik kampung kebiasaannya aku boleh berehat kerana anak-anak aku diuruskan oleh Isteri dan mak mertua aku. Kalau tidak, ada saje kerja yang disuruh oleh bini aku. Kalau mandikan anak, buat susu, basuh berak, tukar lampin, mencuci pinggan, menjemur kain dan sebagainya, pendek kata semua perkara dalam hal menjaga bayi dan rumahtangga aku boleh buat. Bukan bermakna bini aku tak buat apa-apa, banyak kerja hal ehwal rumah tangga lainnya yang beliau buat. Aku dikira sebagai penolong beliau saje. Anak-anak masih kecil lagi, kalau tidak anak-anaklah yang menjadi penolong. Oleh yang demikian, apabila pulang ke kampung, isteri aku pula yang menjadi penolong kepada mak dia dan aku bolehlah rilek-rilek sikit. Ini yang aku seronok sesangat nak pulang kampung.
Balik kampung kali ni, aku pergi menziarah bapa saudara aku yang dah uzur. Bapa saudara aku ialah adik mak aku yang no 3. Dah uzur benar beliau aku lihat akibat penyakit kencing manis. Ibu jari kaki kirinya dah kena potong manakala jari-jari yang lain pun masih belum sembuh. Kesian aku tengok, tetapi aku lihat kehidupan bapa saudara aku dah banyak berubah semenjak anak-anaknya dah besar. Anaknya ramai lelaki, aku pula jarang jumpa mereka. Kalau jumpa di tengah Jalan, belum pasti aku kenal kerana jarang sangat kami berjumpa. Nama mereka pun aku tak berapa hafal.
Cuti ini juga aku ambil kesempatan membawa anak-anak aku pergi bermain-main di pantai Batu Burok. Seronok mereka bermain-main di gigi laut. Ombak besar-besar pulak tu. Cuaca pula okey, maka dapatlah kami menghabiskan masa hampir 2 jam di pantai. Di Pantai Batu Buruk, telah banyak perubahan infrastruktur yang aku nampak. Geraigerai menjual makanan tidak lagi berselerak tetapi telah disusun dengan rapi. Harga makanan masih berpatutan. Tetapi sayang, Pantai batu Buruk bukannya tempat untuk mandi manda kerana struktur pantainya yang bertebing. Kalau nak mandi aku cadangkan sila pergi mencari pantai-pantai di sebelah Setiu atau Besut. pantainya landai hingga ke tengah laut.
Setiap tahun, bila sambutan Tahun Baru Cina, orang di daerah aku akan membuat kenduri kahwin. Boleh dikatakan semuanya berebut-rebut nak buat jamuan kahwin, hinggakan ada satu kampung tu, sampai 4 kenduri serentak. Tok Saudara dan pak saudara sebelah isteri aku kahwinkan anak mereka. Itu pasal aku cakap, Tahun Baru Cina adalah kesempatan untuk menyambut menantu baru. Lagi satu, aku tengok budaya kenduri kahwin sekarang ni nampaknya dah berubah. Mereka lebih utamakan perkara yang kurang utama tetapi mengabaikan perkara yang utama. Kalau dulu, apabila kenduri kahwin, tuan rumah sibuk melayan tetamu dan akan memastikan para tetamu mendapat layanan samada dari segi makanan, minuman dan sebagainya. Sekarang ni, aku dapati ada yang telah mengabaikan perkara ini. Mereka lebih utamakan majlis meraikan pengantin. Banyak duit digunakan untuk menghias pelamin, jurugambar, dan sebagainya yang aku fikir tidak berapa penting bahkan menggalakkan satu pembaziran. Aku fikir duit pelamin dan juruhias pengantin mungkin beribu-ribu kosnya. Kalau tak ada pun tak menjadi soal. Ada pula kenduri yang menggunakan juruhebah pula. Semuanya dah jadi bercelaru dan telah semakin lari jauh dari konsep perkahwinan yang dituntut oleh Islam.
No comments:
Post a Comment