Salam semua. Esok jika tiada aral melintang aku akan bertolak ke luar Negara untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada aku. Ini merupakan kali ke dua aku bertugas di luar Negara yang mana kali pertamanya pada tahun 1997. Tahun 1997, aku belum berkeluarga lagi. Sekarang ini dah berkeluarga dan telah mempunyai 4 orang anak-anak yang masih kecil. Sudah semestinya banyak perbezaannya. Namun aku berdoa semoga pemergian aku pada kali ini selamat pergi daln selamat kembali dan dirahmati oleh Allah S.W.T. dan begitu juga isteri dan anak-anak serta keluarga yang aku tinggalkan, moga-moga mereka semua dilindungi oleh Allah S.W.T.
Sebelum pergi bertugas, aku ingin menyentuh sedikit beberapa perkara yang terkini yang heboh diperkatakan. Kemenangan TSIS di Bagan Pinang memang sesuatu yang dijangkakan, namun demikian, majority yang diperolehi oleh beliau itu yang menjadi bualan ramai terutama di kalangan pemerhati parti politik. Tun Mahathir sendiri merasakan perlu adanya suatu siasatan dalaman bagi mencari punca kenapa majority yang diperolehi oleh TSIS begitu tinggi jika hendak dibandingkan dengan pilihanraya umum yang lalu. Jika dilihat kepada senario semasa, aku juga terkejut dengan majority tersebut. Namun demikian, beberapa gambaran suasana kempen yang digambarkan dan diberikan ulasan oleh beberapa bloger yang menyertakan gambar sekitar ceramah pembangkang,tidaklah aku terkejut sangat Apa-apa pun tahniah kepada TSIS kerana majority yang diperolehi dan ini membuktikan bahawa beliau adalah seorang ahli politik yang disukai ramai pihak samada kawan ataupun lawan.
Kesimpulannya kemenangan yang diperolehi oleh BN di Bagan Pinang itu sedikit sebanyak tellah mengubat luka kekalahan di Kuala Terengganu. Jika hendak dibuat perbandingan, faktor calon sebenarnya merupakan faktor utama bagi kemenangan dan kekalahan BN di Kuala Terengganu dan di Bagan Pinang. Aku percaya ini sedikit sebanyak menjadi salah satu sebab kenapa pencapaian BN merudum dalam PRU 12 baru-baru ini.
Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung. Perkara utama dalam perhimpunan pada kali ini adalah Perhimpunan Khas yang akan membincangkan beberapa perkara berhubung pindaan perlembagaan UMNO. Beberapa pindaan kepada perlembagaan UMNO telah diusulkan dalam Persidangan Agung Khas yang bermula pada 15hb iaitu esok. Daripada apa yang aku faham, pindaan ini bertujuan supaya amalan memberi rasuah untuk satu-satu jawatan dapat dihapuskan. Pindaan ini memberi gambaran bahawa UMNO sedang berusaha untuk mencari jalan supaya para pemimpin yang mereka pilih adalah pemimpin yang betul-betul bersih dan diterima disegenap lapisan masyarakat. Langkah ini nampaknya satu lagi usaha UMNO untuk menampung kekurangan-kekurangan yang mereka ada selama ini. Adalah diharapkan pindaan ini dapat mengembalikan imej UMNO di mata anak muda kita.
Sehubungan dengan tekad dan keazaman UMNO untuk menghapuskan amalan rasuah ini, selepas ini UMNO kenalah buktikan bahawa amalan rasuah di dalam pentadbiran kerajaan disebabkan campurtangan orang UMNO juga hendaklah dihapuskan.
Apabila menyentuh campurtangan orang politik di dalam pentadbiran kerajaan samada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri,rama pihak mungkin bersetuju dengan kau bahawa inilah antara salah satu punca kenapa UMNO ini makin lama makin dibenci oleh rakyat. oleh yang demikian, jika UMNO inginkan agar imej mereka kembali pulih, maka perkara campurtangan ini hendaklah diselesaikan terlebuih dahulu.
Sebenarnya aku tidak pasti adakah amalan campur tangan pemimpin parti dalam pentadbiran kerajaan itu adalah sesuatu yang sepatutnya berlaku dan seharusnya diterima oleh masyarakat Jika inilah sepatutnya, maka rakyat terutama dikalangan pemimpin dan juga ahli parti pembangkang hendaklah diberi faham supaya mereka dapat memberi kefahaman kepada para penyokong mereka kerana jika ditakdirkan mereka yang berkuasa, inilah juga yang akan mereka lakukan.
Namun demikian, adakah perkara ini yang sepatutnya, sedangkan sebagai pemimpin yang mentadbir Negara, mereka hanya diberi kuasa untuk memerintah disebabkan majority rakyat yang memilih mereka setiap 4 atau 5 tahun sekali. Seharusnya mereka sedar bahawa mereka mentadbir Negara yang mempunyai pelbagai latarbelakang warganegaranya. Oleh yang demikian layanan sama rata hendaklah diberikan kepada semua peringkat tanpa ada sikap pilih kasih
Inilah dua isu yang dapat aku ketengahkan pada kali ini. Matapun dah mengantuk kerana esok kena bangun awal pagi untuk ketempat melapor diri. Jika lewat, nanti ketinggalan pula.
No comments:
Post a Comment