CATATAN PERIBADI

11 September 2009

Apa jadi 52 tahun akan datang

Sekarang ini pihak parti ( PKR, PAS dan DAP) @ PR dah mempunyai azam dan impian yang kuat bahawa mereka akan memenangi PRU 13 nanti. Nampak keadaan sekarang ni berpihak kepada mereka kecuali jiak ada sesuatu yang berlaku kepada DSAI seperti meninggal dunia ataupun dipenjara.

Untuk menang PRU 13, undi dari semua kaum perlu diperolehi terutama di Pantai Barat Semenanjung. Oleh itu dari sekarang ( lama dah sebenarnya ) mereka tawan hati Cina dan India. Orang Melayu pulak dah kena pukau dek DSAI ( petah berbicara) dan TGNA ( doa yang mustajab ), maka tak payah jaga hati dan perasaan mereka kerana mereka telah dipukau. Orang yang kena pukau ni akan menurut apa sahaja yang diarahkan oleh pihak yang memukau. Namun bukan semua orang melayu dapat dipukau kerana masih ramai orang melayu yang kuat Imam mereka ( UMNO tulen). Hati yang kena jaga adalah bangsa India dan Cina kerana mereka sukar nak dipukau ( doa pun tak tembus).

Oleh itu, orang melayu dari mana-mana parti kena sedar kembali dan buat penilaian kembali mana parti yang boleh membawa kesejahteraan kepada anak cucu kita ( orang melayu Islam ) 52 tahun lagi supaya sekurang-kurangnya menyamai suasana apa yang kita nikmati sekarang ini. Mungkin UMNO tak mampu dan mungkin PAS yang mampu , kena fikir elok-elok. Ada pihak kata, biarlah mereka dikenali dengan bangsa apa atau langsung tak berbangsa asalkan Islam dapat ditegakkan. Soalnya mereka yang lupa pada bangsa mereka tetapi India dan Cina tak pernah lupa. Nak tegak Islam macamana jika berkawan dengan kafir harbi ( kafir yang menentang pembentukan negara Islam bioleh juga dikenali sebagai kafir harbi.

52 tahun dulu, para pemimpin melayu yang bersetuju untuk bekerjasama ( memberi hak mengundi kepada India dan Cina) dengan India dan Cina mungkin tak pernah jangkakan bahawa suatu masa nanti Cina dan India akan memerintah kerana mereka jangkakan bahawa Melayu sentiasa mampu untuk menjadi pemimpin no wahid, tetapi pulak dengan pemimpin Cina dan India, kerana mereka mungkin tahu bahawa suatu hari nanti keadan boleh jadi sebaliknya. Pada mereka bilamana semua kaum dah bercampur gaul dan sudah meresap jiwa Malaysia dalam diri mereka, sesiapa sahaja boleh diangkat menjadi pemimpin no wahid dan mereka juga mungkin jangka Perlembagaan pun boleh diubah. Namun demikian mereka mungkin sedikit terkejut kerana masanya tidaklah terlalu lama untuk melihat keadan itu berlaku kerana sekarang ini sudah ada tanda-tanda nya.Mungkin mereka dah kaji perangai orang Melayu ( tak payah buat kajian kerana sebelum merdeka pun dah berpecah kepada 3 kumpulan iaitu PAS, Parti Negara dan UMNO )

Orang kita je yang tak pernah kaji perangai orang bangsa lain tetapi asyik dok kaji perangai bangsa sendiri dan ceritakan keburukan bangsa sendiri kerana nakkan kuasa. Nasib baik ada yang sudi untuk mendedahkan perangai bangsa lain ( rujuk www.ridhuantee.blogspot.com) namun tidak diambil peduli oleh sesetengah orang Melayu yang rela hilang bangsa dan sudi untuk tidak berbangsa. Namun dikutuk pula Dr Ridhuan yang berniat baik tu.

Lu Fikirle sendiri....pinjammkata-kata Nabil Raja Lawak.

No comments:

Post a Comment