CATATAN PERIBADI

14 August 2009

Selsema Babi H1N1

Influenza H1N1 ataupun disebut sebagai selsema babi sekarang ini sudah tidak terkawal lagi. Penularannya dikalangan masyarakat telah tidak dapat dijangkakan lagi. Semua orang berisiko dijangkiti penyakit berkenaan. Sehingga rencana ini ditulis, H1N1 telah meragut seramai 51 orang rakyat Malaysia. Tak kira usia bahkan dari janin lagi ( kematian ibu mengandung) sehinggalah warga emas yang berumur 92 tahun. Kebanyakan mereka yang meninggal terdiri daripada golongan berisiko tinggi, namun terdapat juga mangsa yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik. Doktor pun sudah tidak dapat membezakan mana satu selsema H1N1 dan mana satu selsema yang biasa dialami. Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pun sudah arahkan agar tak usah lagi dikira berapa yang sakit ataupun dijangkiti selsema H1N1 kerana sudah terlalu ramai yang dijangkiti, namun WHO hanya mengarahkan agar pihak kerajaan merekod jumlah mereka yang meninggal, diwadkan.

Semakin hari, rakyat semakin panik. Katil-katil hospital telah penuh dengan mereka yang sakit sehinggakan ada pihak yang mengatakan ada hospital yang terpaksa mendirikan khemah untuk menampung jumlah pesakit yang memerlukan rawatan. Kalau pergi hospital kerajaan, pesakit terpaksa menunggu hampir 4 – 5 jam sebelum dirawat. Pihak ibu bapa pun sudah ramai yang memberi cuti kepada anak mereka supaya tidak hadir ke sekolah. Banyka kelas yang kosong disebabkan ramai murid yang cuti. Pihak sekolah dah pening kepala dan mula telefon pihak keluarga untuk mendapatkan kepastian kenapa ketidakhadiran yang begitu ramai pelajar. Keadaan sudah menjadi semakin panik.

H1Ni ini pada asalnya dilaporkan di Mexico. Pihak WHO telah membuat jangkaan bahawa H1N1 ini boleh menjadi satu pandemic ataupun ancaman yang besar kepada dunia. Selepas dilaporkan di Mexico, H1N1 ini mula merebak ke seluruh dunia disebabkan globalisasi ( maskudnya penularan melalui pelancongan ). Pada asalnya Malaysia hanya mencatat mereka yang pernah melawat Negara luar sahaja yang dijangkiti H1N1. Namun demikian ianya semakin teruk dan menular kepada jangkitan tempatan. Jadi H1N1 ini adalah satu penyakit yang diimport dari Negara luar dan bukannya penyakit tempatan. Kalau SARS atau selsema burung, ianya mungkin dibawa oleh burung ataupun unggas, tetapi kerajaan mampu untuk mengawalnya, ini dibawa oleh manusia.

Semua orang dah tak tahu bagaiman nak mengelak kerana semua orang mempunyai jadual harian masing-masing. Sekadar mengambil langkah pencegahan seperti pemakaian topeng belum cukup berkesan kerana budaya pemakaian topeng ini adalah sesuatu yang baru dan asing kepada penduduk. Ramai yang mempunyai pelbagai perasaan bila memakainya. Kebanyakkan pusat rawatan dan hospital belum menguatkuasakan pemakaian topeng muka, sedangkan sepatutnya mereka menguatkuasa pemakaiannya. Pihak kerajaan pun nampaknya masih lagi belum mengambil langkah drastik untuk mencegah penularan H1N1, Cuma mengedarkan risalah ataupun pemberitahuan mengenai langkah-langkah pencegahan sahaja. Semua pihak sedang menantikan apakah tindakan drastik daripada pihak kerajaan.

Kalau kita buka dunia maya (Malaysia), kebanyakan para penduduknya masih lagi leka dan belum lagi membincangkan pasal H1n1 ini secara serius. Mereka masih leka dan seronok membincangkan isu-isu yang tidak relevan dengan H1N1. Masih lagi membicarakan pasal Pembunuhan Teoh, KJ, DSAI, Nik Aziz, DAP, penghinaan Islam, Kristian dan sebagainya. Inilah antara isu-isu yang dibincangkan oleh bloger-bloger popular seperti parpukari, unspinner, penghuni gua, dan ramai lagi. Tidak boleh salahkan mereka jugak kerana mereka sendiri pun masih menunggu-nunggu langkah drastic yang bakal diambil oleh kerajaan seperti mengistiharkan perintah berkurung selama tempoh tertentu, ataupun menguatkuasakan perintah pemakaian topeng muka kepada semua apabila keluar dari rumah dan kenderaan amsing-masing. Difahamkan, virus H1N1 ini hanya boleh hidup paling lama 8 jam diluar rumahnya (badan manusia dan babi). Ini bermakna jika dalam tempoh 8 jam itu, virus ini tidak menjumpai atau hinggap pada perumah baru, maka ianya akan mati. Sekarang ini tidak ada sesiapa yang boleh mengesahkan dimanakah virus ini sedang berada. Mungkin dikawasan tempat kerja kita, di kawasan perumahan kita, atau dimana-mana jua. Virus-virus ini sedang mencari perumah baru.

Sekarang ini kerajaan hendaklah memikirkan beberapa perkara yang mungkin sukar. Langkah kerajaan menutup pusat pengajian tinggi, sekolah-sekolah dan arahkan para pelajarnya pulang kerumah masing-masing mungkin menjadi satu langkah yang silap. Saya mengatakan bahawa langkah penutupan ini adalah satu langkah silap kerana kita dapat lihat semenjak penutupan ini , penularan virus semakin merebak. Sekarang ini sudah tidak kedengaran pusat pengajian tinggi dan sekolah ditutup.

Pelepasan virus di udara telah tidak terkira dan ada dimana-mana. Jika 8 jam kawasan itu tidak dilawati, maka virus yang berada dalam kawasan itu akan mati. Untuk mengenalpasti kawasan mana adalah suatu yang sukar. Oleh itu, kerajaan hendaklah memerintahkan rakyatnya berkurung bagi tempoh 8 – 12 jam. Jangan dibenarkan sebarang aktiviti diluar rumah dan kenderaan kecuali dengan memakai penutup muka. Jika ada yang engkar, hendaklah dikenakan tindakan.

Bagi mereka yang telah ada penyakit berkenaan, hendaklah dirawat segera menggunakan antiviral tanpa perlu dikenalpasti terlebih dahulu apa jenis penyakit mereka. Pastikan mereka yang demam memakai topeng sentiasa walaupun sedang dirawat dan begitu juga dengan doctor yang merawat.

Semua orangramai nampaknya kena pasrah. Masih belum ada tanda-tanda bahawa penularan ini akan berakhir. Makin hari virus-virus yang dilepaskan ke udara makin banyak dan boleh berada dimana-mana tempat sahaja. Ubat antidote masih belum dijumpai, Dijangkakan ubat akan diperolehi sekitar Oktober 2009. Sekarang ini pihak saintis sedang menguji sukarelawan dengan antivirus H1N1. Ujian kepada haiwan nampaknya telah memperolehi kejayaan. Namun ujian kepada manusia masih belum menampaknya hasil. Sekarang ini para pengusaha perubatan tradisional seperti pengusaha kopi pra-campuran mungkin sedang membuat ujian penyakit ini ataupun mungkin sedang memcetak broucer baru.

Musim haji semakin tiba. Jika antivirus masih belum didijumpai sehingga tina musim haji, maka satu bencana besar mungkin boleh dilihat melanda umat Islam. Dikhuatiri pihak barat sengaja melewat-lewatkan pengeluaran ubat antivirus H1N1 sehingga ke musim haji bagi . Jika inilah yang berlaku, maka satu bencana besar kepada umat Islam dan inilah kesan kemunduran umat Islam. Allah memberikan kelebihan terhadap hambanya dalam bidang yang berlainan. Bukan semua orang cerdik dan bukan semuanya bodoh. Kepada yang dikurniakan kecerdikan, hendaklah mereka manafaat kelebihan yang Allah kurniakan itu dan hendaklah menggunakan kecerdikan mereka itu untuk faedah sejagat. Para mereka ( Umat Islam) yang dikurniakan kepintaran, hendadklah mereka bersyukur dan hendadklah berusaha untuk membantu Umat Islam yang lain sebagai fardhu kifayah.

No comments:

Post a Comment