Kelmarin ( 22/03/2009 ), dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, aku mengambil peluang untuk menziarahi jiran aku yang berada dalam Wad di Hospital Hulu Terengganu. Aku difahamkan beliau telah berada dalam wad sejak seminggu yang lalu. Nama jiran aku itu ialah Siti binti Mahmud dan lebih mesra aku panggil Maksu Siti. Namun demikian oleh kerana waktu ku datang itu bukan waktu melawat, maka aku tidak berkesempatan untuk berada berhampiran dengan beliau. Walaupun begitu, aku cuba untuk berjumpa dengan beliau tetapi aku dapati dia sedang dirawat oleh pihak hospital. Aku Cuma boleh melihat dia dari jauh sahaja dan aku perhatikan keadaannya cukup uzur dan membangkitkan rasa kasihan aku padanya. Memandangkan perjalanan aku masih jauh, maka aku tidak dapat menunggu dengan lebih lama lagi. Aku kirimkan salam aku kepada Maksu Siti melalui anak beliau dengan harapan dilain kali aku akan dapat berjumpa semula dengan beliau.
Aku sampai ke Kuala Lumpur kira-kira jam 6.30 petang. Kira-kira jam 11.00 malam, aku menerima panggilan daripada adik aku yang menyatakan Maksu Siti telah meninggal dunia. Inalillahhiwahinailaihirajiun. Terkilan juga kerana aku tak sempat berjumpa dengan beliau ketika menziarahi beliau.
Maksu Siti merupakan mak kepada kawan-kawan sepermainan aku di kampung dulu. Kami tinggal berjiran selang 2 buah rumah sahaja. Sesuatu yang masih aku ingat tentang beliau bermula diusia umur aku 6 tahun. Aku masih ingat ketika mak aku nak melahirkan adik bongsu aku pada Februari 1975, mak aku suruh pergi turut Maksu Siti kerana mak aku cakap dia sakit pinggang kerana nak bersalin. Pada masa itu percakapan aku masih pelat, dialog yang masih kuingat yang ku lafazkan ialah ” Mak Pu-mak Pu, mak panggil kerumah, dia sakit pinggang”. Maksu Siti jawab “ Apa. Mak mung nak pinjam pinggan” .Selepas itu banyaklah kenangan-kenangan aku terhadap Maksu Siti. Selain mak kepada kawan sepermainan aku, Maksu Siti juga adalah jiran yang banyak menolong keluarga aku semasa kami susah dulu. Keluarga Maksu Siti menjadi tempat Mak aku meminjam wang bagi menyekolah aku dan adik-adik yang lain. Banyak betul jasa Maksu Siti terhadap kami.
Maksu Siti suka membela haiwan ternakan dan beliau amat kasih dengan haiwan-haiwan peliharaannya. Seingat aku, beliau pernah membela angsa yang selalu mengejar kami semasa kecil dahulu. Akhir-akhir ini aku dapat tahu bahawa Maksu Siti ada membela seekor lembu jantan yang cukup gemuk kerana dijaga dengan begitu baik sekali. Beliau tidak sanggup untuk menjualkannya walau ditawarkan harga yang tinggi.
Maksu Siti adalah orang Kuala Ping Hulu Terengganu. Suami beliau iaitu Hamzah Mohd atau lebih dikenali Cikgu Mezah. Mereka dikurniakan anak seramai 6 orang ( Razak, Zabedah, Shameri, Masri, Saiful Bahari dan Ridhuan ). Razak telah meninggal dunia sekitar 25 tahun yang lalu dan meninggalkan 3 orang cucu. Dua orang cucu lelakinya tinggal bersama Maksu Siti. Anak-anak Maksu Siti boleh dikatakan berjaya kesemuanya dalam kehidupan masing-masing.
Inilah serba sedikit berkenaan Maksu Siti, yang kuanggap sebagai penduduk dan jiran yang banyak membantu keluarga aku di masa kesusahan. Tanpa pertolongannya, mungkin cukup sukar Mak dan Ayah aku nak menyekolahkan kami sewaktu kecil dahulu.

Salam sahabat, dari tulisan ini saya agak tuan adalah orang Kg Dusun, anak cikgu mezah ni memang kaki bola:
ReplyDeleteShameri MDHT,Masri(john) bertugas dgn RME, saiful ni tak tahu tapi pandai main bola di SMTAI.
Kalau masa Muin jadi ketua di aspura, bersama syed kamal dan Buji Pueh...Rashid Sungai Ular.Saya pilu bila baca tulisan tuan.
http://penawarrinduku.blogspot.com