Sekolah dah pun dibuka kembali beberapa hari yang lalu. Aku pun tidak ketinggalan menghantar anak aku yang sulong darjah 4 dan yang Angah ( kedua ) darjah 2. Anak yang no 3, baru umur 4 tahun. Dia sibuk nak sekolah juga, tetapi aku tak beri kerana kesian juga kat dia, 3 tahun dalam sekolah sebelum darjah 1. Rugi bayar je kerana memang banyak hari tak sekolah dari yang sekolah. Maklumlah budak-budak, nak bangun pagi pun liat. Aku masih ingat si Angah, aku dah sekolahkan dia masa umur 4 tahun. Kesian dia aku tengok, terpaksa bangun pagi-pagi dan adakalanya aku terpaksa usung ke dalam bilik air untuk mandikan kerana bas sekolah dah siap menunggu. Kadang-kadang dah siap pakai pakaian sekolah, di boleh batalkan niat dia saat-saat akhir.
Kedua-dua anak aku bersekolah di Sekolah Agama Rakyat JAWI selain Sekolah Kebangsaan. Banyak juga belanjanya, tetapi jika nak dibandingkan dengan sekolah swasta lain, masih rendah lagi. SAR JAWI cuma ambil yuran RM15.00 sebulan ataupun secara keseluruhannya aku kena bayar RM250.00 seorang, dua orang bermakna RM500.00. Pakaian sekolah campur beg dan alatulis lain lebih kurang RM150.00 sorang. Puratanya aku kena belanja RM800.00 untuk dua orang anak ke SAR JAWI. Kira mampulah tuh.
Along naik kelas di Sekolah Kebangsaan dari kelas 3D ke 4B. Aku pun hairan dan anak dia pun hairan bagaimana dia boleh jadi cerdik dan naik kelas. Biasanya dia dapat nombor corot dalam peperiksaan sebelum-sebelumnya. Angah pulak turun kelas, dari 1B ke 2C. Namun demikian dia asyik pertahankan bahawa 2 C itu bermakna 2 cerdik dan cemerlang. Biarlah dia, memang dia pandai berhujah. Kadang-kadang kalah aku bila berhujah dengan angah.
Acik ataupun anak aku yang no 3 balik kampung bersama nenek @ tok wan dia. Dia tak suka dipanggil acik, tetapi minta dipanggil kakak. Bukan main seronok dia bila dapat naik bas. Tak athulah dengan siapa dia berkawan kat kampung kerana kawan-kawan dia semuanya dah bersekolah. Si Husnina anak aku yang no 4 dah masuk 45 hari usia dia. Satu masalah dia ni, ialah suka berjaga tengah-tengah malam.
No comments:
Post a Comment