CATATAN PERIBADI

02 January 2009

sAMBUTAN tAHUN BARU 2009

Tahun 2009, akhirnya menjengukkan dirinya pada jam 12.00 malam 31 Disember 2008. Seluruh dunia menyambutnya kecuali aku. Ku tidur je. Walaupun terniat juga untuk pergi ke Dataran Merdeka menyertai sambutan, tetapi malas pulak rasanya. Tak ada faedah besar kecuali risiko.

Keesokan harinya, seluruh dunia menyambut kedatangan tahun baru dengan pelbagai rasa dan azam baru. Bagi Negara Malaysia, keadaan aman damai dan tidak ada pergaduhan dan sesuatu yang mengugat keharmonian kaum yang terjalin. Namun demikian terdapat juga berita-berita yang tidak menyenangkan kedengara samada dicorong-corong radio, tv ataupun dari mulut mereka yang menyertai sambutan berkenaan dimana kemalangan-kemalangan, pestan seks, dadah, alcohol dan lain-lain aktiviti tidak bermoral yang melibatkan remaja melayu. Yang sedihnya, ada remaja yang maut akibat kemalangan dikatakan telah mengunjungi pusat hiburan. Jumlah yang didedahkan adalah angka yang berjaya dikesan tetapi berapakah angka sebenarnya remaja Islam yang melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti terlibat dengan minuman alcohol, seks bebas, dadah dan sebagainya. Aku percaya jumlahnya tentu lebih ramai lagi.

Jika dikatakan sambutan tahun baru sudah menjadi satu budaya yang mana ianya mesti disambut oleh seluruh dunia, tetapi kenapa masih ada yang tidak menyambutnya seperti aku dan aku percaya ramai lagi umat manusia yang tidak menyambutnya. Bagi aku dan bagi mereka yang lain, cukuplah menyedari bahawa tahun 2008 pasti berlalu dan tahun 2009 akan menjelma. Buat apa nak hendak disambut kedatangan. Walaupun tidak dibuat satu upacara sambutan samada besar atau kecil, tahun 2009 pasti datang juga, tidak akan merajuk atau berkecil hati jika tidak disambut. Bukannya seperti kedatangan pembesar-pembesar yang mesti diadakan pelbagai protocol untuk menyambutnya. Oleh itu kenapa saban tahun tahun baru mesti diadakan upacara sambutan diseluruh dunia. Ini adalah satu perbuatan membazir dan tidak berfaedah.

Pihak kerajaan hendaklah mengambil ikhtibar dan membuat kajian menyeluruh, perlukah sambutan tahun baru ini diadakah secara rasmi sebagai sambutan Negara. Apakah faedah yang diperolehi daripadanya. Yang aku nampak bukannya faedah, tetapi keburukan sahaja yang pasti berlaku. Ramai pihak bila ditanya kenapa mereka menyambut tahun baru, ada yang mengatakan untuk menghilangkan tekanan dan ingin bergembira. Beginikah cara bergembira yang boleh menghilangkan tekanan. Adakah ini alasan sebenarnya kenapa sambutan ini mesti diadakan setiap tahun.

No comments:

Post a Comment