CATATAN PERIBADI

09 January 2009

pERHIMPUNAN aMAN bNATAH iSRAEL

Hari ini selepas sholat Jumaat, aku sertai perhimpunan aman membantah kekejaman Israel terhadap penduduk Plastine anjuran NGO. Aku turut pegang kertas yang mengutuk perbuatan Israel berkenaan. Ramai yang hadir. Kawan aku yang tak pernah aku nampak sembahyang di Tabung Haji pun kelihatan. Aku cari-cari dalam internet, apa yang sebenarnya berlaku di Bumi Plastine. Aku dapat dua artikel yang ditulis oleh rakyat Malaysia.


Artikel 1


Siapakah bangsa Yahudi ini ?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.
Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).
Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.

Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh.Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina. Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.Awal terbentuknya IsraelSetelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah.Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;

1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.1914 Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.1917 Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestine.1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80.000 orang Yahudi tinggal di Palestine1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.(Gambar Atas kanan - Peta Palestine tahun 1946 sebelum peristiwa Nakba )

1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine1945 Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi - Palestine.1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.(Gambar kiri - Peta pembahagian Palestine oleh PBB pada 1947 - Palestine berwarna Hijau)Bagi memahami persoalan Palestin secara yang lebih mendalam, boleh Menelusuri Sejarah Baitul MaqdisFirst Qibla - Bait-al-Maqdis (Al-Aqsa):

AT THE HEART OF JERUSALEM is the Al-Aqsa mosque or Al-Haram Ash-Shareef (The Noble Sanctuary). It is the third most sacred mosque in the world (after Masjid al-Haram in Makkah and Masjid Nabawi in Medinah), enclosing over 35 acres of fountains, gardens, buildings and domes. At its southernmost end is al-Aqsa Mosques, which was built by Khalifa Omar Bin Al-Kattab in the year 19 Hijri. At its center is the celebrated Dome of the Rock. The entire area is regarded as Baitul-Maqdis or Al-Qudus and comprises nearly one sixth of the walled city of Jerusalem. In the picture on the left, the following are identified:-->Bertanda Hijau - Masjid al-Qubbatus-Sakhra (The Dome of the Rock)-->Bertanda Merah - Masjid al-Aqsa (The Farthest Mosque)-->Bertanda Biru Muda - Al Madrasa An-Nahawiah-->Bertanda Biru - Al Musalla Al-MarwaniGambar Bawah - Propaganda Israel - Kuil yang akan menggantikan al-Aqsa

Nota : Artikel dan Rencana ini adalah sempena Ceramah Nuzul Quran Isu Palestine yang diadakan di Masjid rhusila semalam 18 September yang turut disertai oleh Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Dr. Sheikh Mahmud Siyam.




Artikel 2


Eramuslim - Menjelang pilihan raya pemilihan presiden Palestin di Gaza dan Tebing Barat, pihak media pro Israel dan juga pihak lobi zionis antarabangsa semakin giat mencanangkan slogan damai. Bagi mereka kematian Arafat merupakan satu petanda yang baik. Diktator tua yang degil dan pro keganasan itu perlu mati dan segera digantikan dengan mereka yang lebih terbuka, sederhana dan pro kedamaian. Alasan mereka, kedamaian di rantau tersebut hanya akan boleh dicapai jika pihak Palestin semata-mata sanggup tunduk dan memberhentikan aktiviti keganasan mereka. Dendangan mereka ini disambut baik pula oleh sesetengah pemimpin dunia Arab dan Islam. Tidak ketinggalan juga mereka yang menelan bulat-bulat dendangan tersebut adalah sesetengah jurnalis dan penggiat media Muslim dan Arab. Bagi mereka, Arafatlah penghalang kedamaian, Arafatlah penyebab kegagalan segala pelan-pelan damai yang dianjurkan oleh AS dan rejim Zionis Israel. Kematian Arafat menjanjikan terbitnya fajar baru yang lebih cerah ke arah Timur Tengah yang lebih aman dan damai.


Benarkah Seperti Apa yang Didakwa? Ternyata AS dan Zionis merupakan pembohong nombor wahid di dalam dunia kontemporari ini. Ternyata juga pihak Arab dan Muslim yang turut mengalunkan dendangan keroncong mereka, samada mereka (Arab dan Muslim) itu naif ataupun rabun sejarah. Adakah benar Arafat anti perdamaian dan pro keganasan? Adakah benar rejim Zionis pro kedamaian dan pihak Palestin merupakan penganjur keganasan? Adakah benar juga kedamaian anjuran AS satu-satunya jalan penyelesaian konflik di rantau tersebut? Biarkan sejarah menjadi kayu ukur sejauhmana kebenaran dakwaan-dakwaan tersebut. Apakah benar Arafat anti kedamaian? Tohmahan ini merupakan tuduhan yang paling tidak berasas dan hanya mereka yang bahlol sahaja akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Bagi sesiapa yang mengiyakannya juga, ternyata mereka rabun jika tidak buta sejarah! Mengapa tidak? Bukankah jasa paling besar Arafat terhadap usaha damai anjuran AS dan rejim Zionis ialah apabila beliau bersetuju menerima perjanjian Oslo tahun 1993.


Perjanjian tersebut telah menyaksikan bagaimana Arafat telah memilih untuk menggadaikan perjuangan rakyat Palestin dan umat Islam untuk membebaskan bumi tersebut semenjak 1948 di meja rundingan. Bukan sekadar erjuangan umat digadaikan, malah bumi Palestin telah dilelong secara borong. Sebagai ganjarannya, beliau telah mendapat jawatan presiden pihak berkuasa tempatan Palestin dengan kuasa autonomi yang amat terhad. Tidak cukup sekadar itu, rejim Zionis yang telah dilabel ebagai gerakan pengganas dan perkauman telah disunatkan menjadi sebuah gerakan yang halal, bersih dan suci lagi menyucikan yang lain. Kita yakin Arafat ikhlas dan telus dalam usahanya meneroka usaha diplomatik dan pro "kedamaian" versi AS dan Zionis. Usaha pengkhianatan beliau ini telah membuahkan hasil, pada tahun 1994 beliau dihadiahkan hadiah Nobel Keamanan. Natijah yang Pahit dari Kedamaian Sayangnya, beliau rabun sejarah. Beliau hanya mengikuti nafsu akalnya sahaja di dalam merasionalkan perdamaiannya dengan rejim pengganas Zionis. Beliau lupa bahawa bangsa Yahudi bukanlah bangsa yang mengenal erti ketulusan dan kejujuran. Sudahlah rakyat Palestin hilang negara secara sah melalui Oslo, mereka terus mengungkiri perjanjian tersebut dengan menggiatkan usaha pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Gaza. Penggalian terowong di bawah masjid al-Aqsa semakin hebat, penempatan Arab di Baitul Maqdis semakin pupus, pelarian Palestin tidak diberikan jaminan untuk pulang ke tanah air mereka seperti yang diperuntukkan melalui ketetapan 194 Majlis Umum PBB, kawasan-kawasan di Tebing Barat dibahagi-bahagikan dengan sekatan-sekatan jalan dan pos-pos kawalan tentera Zionis. Ini semua terus berjalan selepas Oslo, namun Arafat yang telah diikat tangan dan kakinya dengan Oslo tetap tunduk dan patuh dengan Oslo. Lebih menarik lagi beliau telah memberikan khidmat yang tidak ternilai harganya apabila menjadi anjing Zionis untuk menangkap para pejuang Palestin di Gaza dari fraksi penentangan seperti HAMAS dan Jihad Islamiy (Lihat tulisan: Dr Muhsen Salleh, Palestine Issue: From the Year 1948-2000, Falcon Publisher, Malaysia).


Jika ada yang masih lagi mengatakan Arafat dan rakyat Palestin tidak pernah mencuba jalan damai dan diplomatik, ternyata mereka silap! Persoalannya apakah pula yang menyebabkan beliau menerima kembali cap mohor sebagai pengganas dan anti kedamaian? Inilah bukti sikap sebenar rejim Zionis. Arafat yang cuba untuk husnul zan dan bersikap optimis akhirnya telah mempelajari satu pelajaran yang amat berharga: "Rejim Zionis tidak mengenal erti kedamaian dan kejujuran". Amat bodohlah sesiapa yang masih lagi menyeru agar usaha berdamai dengan Zionis diteruskan. Bagi Zionis, berdamai dengan mereka bererti berikan pisau dan tadahkan leher kepada mereka untuk disembelih! Melalui perundingan di Camp David pada bulan Julai 2000, pertemuan tiga penjuru telah diadakan. Bill Clinton mewakili AS sebagai moderator, Ehud Barak mewakili Israel (rejim Zionis) dan Arafat mewakili Palestin. Dua persoalan utama yang tidak dapat dikompromikan oleh Arafat yang menyebabkan beliau kembali dinobatkan sebagai pengganas dan terpaksa menjalani perintah tahanan rumah di Ramallah. Yang pertamanya berkaitan kedudukan Baitul Maqdis sebagai milik rakyat Palestin dan ibu negara Palestin yang berdaulat (Israel menuntut hak mereka ke atas Baitul Maqdis yang disifatkan oleh Barak sebagai ibu Negara Israel sepanjang hayat, Clinton pula mencadangkan agar rakyat Palestin memindahkan Masjid al-Aqsa ke satu tempat lain di Tebing Barat yang mereka namakan sebagai Baitul Maqdis juga demi menjaga keamanan rantau tersebut) dan juga hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka melalui resolusi majlis umum PBB 194. Dua perkara yang menjadi penghalang kejayaan rundingan yang mengambil masa dua minggu tersebut sekurang-kurangnya telah menjadi aset kepada Arafat untuk mendapatkan kembali sokongan dari rakyat Palestin dan juga kepercayaan dari umat Islam dari seluruh dunia. Bagi pihak Zionis, berdamai dengan mereka bererti rakyat Palestin hendaklah melucutkan senjata mereka, menghentikan perlawanan dan juga mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat. Berdamai juga menurut mereka adalah penyerahan diri rakyat Palestin kepada Zionis dan menurut apa sahaja yang mereka lakukan tanpa banyak bicara, walau apapun yang rejim tersebut lakukan ke atas mereka. Sebab itulah apabila Arafat menolak permintaan mereka yang keterlaluan (terutamanhya untuk memindahkan Masjid al-Aqsa) dan juga boleh dilihat sebagai penggadaian maruah yang terbesar mereka, mereka anggap Arafat sebagai pengganas dan anti perdamaian. Perdamaian versi apakah ini? Sekadar meminjam kata-kata Dr Azzam Tamimi, penggiat isu Palestin di peringkat antarabangsa: “Mereka yang menyuruh rakyat Palestin berdamai dengan pengganas Israel dan melucutkan senjata mereka adalah seupama seseorang menyuruh wanita yang sedang dirogol agar tidak melawan, tetapi memberikan ciuman di mulut perogol itu agar dia berpuas hati”


Tentu masih segar lagi diingatan masyarakat dunia bagaimana Syeikh Ahmad Yassin, mantan pemimpin spiritual HAMAS yang syahid dibedil tentera Zionis pernah menawarkan untuk melakukan gencatan senjata bersama dengan rejim Zionis tanpa syarat selama 15 tahun untuk membina semula Palestin. Natijahnya, Syeikh yang lumpuh tersebut telah dibedil dengan tiga roket yang dilancarkan dari helicopter Apache sewaktu pulang dari solat Subuh pada 23 Mac 2004 yang lalu. Kedamaian apakah yang diinginkan dari spesis manusia sekejam ini. Perdamaian dan perjanjian damai yang diinginkan oleh Zionis perlu difahami oleh dunia dan oleh mereka-mereka yang rabun sejarah adalah perdamaian dengan 1001 syarat ke atas pihak Palestin dan tiada apa-apa syarat dikenakan ke atas mereka. Jika ada sesiapa lagi yang melaungkan agar usaha diplomasi digunakan untuk berhadapan dengan Zionis Israel, ternyata mereka terlalu bebal dan bengap untuk memahami sejarah! Seperti al-Syahid Dr. Abdul Aziz al-Rantisi pernah mengatakan di dalam salah satu rapat umumnya selepas kematian Syeikh Ahmad Yassin, “Zionis tidak memahami apa-apa bahasa mengenai kedamaian, mereka hanya mengenal satu bahasa sahaja, iaitu “Bahasa Peperangan”!”. Beliau bukanlah beremosi sewaktu melaungkan kata-kata tersebut, tetapi kata-katanya itu berasas. Lihatlah jalan-jalan diplomasi dan perundangan yang dilakukan ke atas mereka, semuanya mereka langgari dan mereka tolak ketepi. Mereka jugalah yang menyalahi segala ketetapan-ketetapan majlis umum PBB berkaitan isu Palestin. Contohnya seperti resolusi 194 yang membenarkan rakyat Palestin untuk pulang ke negara mereka. Penentangan Bersenjata Bukan Caranya! Mungkin ada yang bersikap skpetikal, siri-siri peperangan yang sekian lama ini tidak membuahkan hasil. Sekali lagi kenyataan seperti ini datangnya dari mereka yang rabun sejarah. Mengapa tidaknya. Tidakkah mereka lihat betapa rejim Zionis Israel telah menjadi semakin lemah kerana penentangan dan kekalahan mereka di dalam pertempuran. Sebagai contoh, siri-siri penentangan rakyat Palestin dan sukarelawan Muslim dari seluruh dunialah yang telah berjaya menghalang pihak Zionis dari mendapatkan kekuasaan di seluruh bumi Palestin sebelum tahun 1948, tetapi apabila PBB masuk campur dengan sokongan kuasa-kuasa besar dunia pada masa itu, terutamanya AS, mereka telah berjaya mewujudkan entity haram Israel melalui resolusi 181 pada 29 September 1947. Sayangnya, negara-negara Islam bersama pemimpin-pemimpin mereka yang pengecut tidak segera bangkit dan membantu rakyat Palestin membersihkan bumi mereka dari golongan Zionis. Apa yang berlaku, mereka tunduk dan akur kepada keputusan PBB yang telah membawa kepada tertubuhnya negara haram Israel pada 14 Mei 1948. Lebih menyayat hati lagi ialah apabila para pemimpin negara-negara Arab, seperti Jeneral Gamal Abdul Naser telah menangkap tentera-tentera mereka yang telah berjuang menentang Zionis dan membunuh mereka. Alasan yang mereka kemukakan ialah, mereka-mereka ini adalah pengganas. Jika tidak kerana para pemimpin-pemimpin tersebut, nescaya Israel tidak akan wujud di muka bumi ini.


Contoh yang lain pula, peperangan Karamah pada 21 Mac 1967 di Jordan yang telah berjaya membendung kemaraan tentera Zionis dari memasuki dan menguasai keseluruhan Jordan. Begitu juga dengan kejayaan tentera Hizbollah mengusir keluar tentera Zionis dari selatan Lubnan. Ianya bukan melalui rundingan damai ataupun melalui saluran diplomasi, ianya melalui peperangan. Bagitu juga dengan keadaan Israel selepas intifadah 1987, jika tidak kerana Arafat dan PLO bersetuju untuk berkerjasama dengan rejim Zionis, nescaya masa depan yang lebih cerah telah dapat disaksikan dunia pada tahun-tahun 90’an, sayangnya melalui saluran diplomatiklah para pemimpin Palestin (Pihak berkuasa tempatan Palestin) di bawah pimpinan Arafat telah menangkap dan memenjarakan para pejuang Palestin dan sekaligus membantutkan perjuangan mereka.


Intifahdah 2000 pun memberikan impak yang kuat. Lihatlah pengunduran rejim Zionis dari Gaza pada tahun hadapan seperti yang telah diumumkan oleh Sharon. Adakah ianya kerana perjanjian damai? Tidak, ianya adalah kerana serangan-serangan para pejuang terhadap para tentera Zionis setiap hari yang telah mengorbankan banyak nyawa tentera mereka. Tiada sesiapa yang memaksa mereka (tentera Zionis) untuk berundur, tiada sesiapa yang berunding dengan mereka, tiada sesiapa yang merayu kepada mereka…Semuanya kerana perlawanan dan penentangan bersenjata. Hanya jika Mahmud Abbas, bakal presiden Palestin menjadi presiden, ternyata pihak Zionis akan mengenakan beberapa syarat ke atas Palestin untuk pengunduran yang sememangnya akan berlaku samada Palestin bersetuju ataupun tidak… (tambahan pula Mahmud Abbas merupakan di kalangan mereka yang pernah bersetuju dengan cadangan untuk memberikan Zionis hak sepenuhnya ke atas Baitul Maqdis lewat Oslo) Ada juga di kalangan mereka yang rabun sejarah telah memberikan contoh-contoh kejayaan usaha diplomasi dalam mendapatkan kemerdekan sesebuah Negara. Malaysia dijadikan contoh, India dijadikan contoh, dan pelbagai lagi contoh yang tidak ada langsung dasar untuk disamakan di antara isu-isu tersebut dengan isu Palestin. Kebanyakan mereka memberikan kiasan terhadap pendudukan British di Negara-negara komanwel yang berakhir dengan diplomasi tanpa melihat kepada tabiat penjajahan British di negara-negara tersebut. Kedatangan mereka adalah untuk menghisap kekayaan negara-negara yang dijajah dan bukannya untuk menduduki dan mendiami Negara-negara tersebut. Pegawai-pegawai dan tentera-tentera British yang datang ke negara-negara yang dijajah tidak pernah bermimpi untuk menjadi warga negara tersebut. Yang penting bagi British ialah mengaut kekayaan dan membawanya pulang ke negara mereka. Fenomena ini berlainan dengan penjajahan Zionis ke atas bumi Palestin, mereka datang ke Palestin untuk mendudukinya dan menghalau penduduk asal bumi tersebut. Mereka mendakwa hak mereka ke atas tanah Palestin dan menafikan hak pribumi. Mereka ingin mendiami dan tidak sekali-kali meninggalkannya seperti yang telah dilakukan oleh mana-mana penjajah Eropah yang hanya mendiami sesebuah tanah jajahan mereka hanya untuk menghisap kekayaan dan bukannya untuk mendudukinya.


Oleh kerana perbezaan inilah kita menyaksikan bagaimana era penjajahan (kolonialisme) kuasa-kuasa barat di Asia dan Afrika segera berakhir menjelang pertengahan kurun ke-20 yang lepas, tetapi tidak Israel. Bagi Zionis mereka tidak menjajah Palestin, mereka hanya pulang sebagai rakyat asal tanah tersebut yang sekian lama berada di luar. Perbezaan ini telah disinggung oleh Martin Buber di dalam surat terbukanya kepada Mathma Gandhi apabila Ghandi cuba menegur rejim Zionis sebelum itu. Kerabunan di dalam membaca sejarah hanya akan menyebabkan seseorang itu tersalah di dalam memberikan pandangan dan kritikan terhadap sesuatu isu yang mempunyai sejarahnya yang panjang dan pelbagai. Sayangnya ramai penulis, pemikir dan penganalisis konflik Palestin-Zionis yang terdiri dari kalangan orang Islam sendiri tidak mahu mengaku kerabunan mereka. Mereka tetap dengan kerabunan mereka sehinggakan tanpa disedari mereka mendendangkan irama yang dialunkan oleh Zionis dan AS yang langsung tidak menguntungkan pihak yang dianiaya!


Artikel oleh:Maszlee Malik Penulis adalah pensyarah di Universiti Antarbangsa Malaysia yang juga merupakan kolumnis Majalah I, Milenia Muslim dan laman Malaysiakini
http://www.opensubscriber.com/message/ppiindia@yahoogroups.com/420687.html

No comments:

Post a Comment