CATATAN PERIBADI

02 January 2009

PEMIMPIN mELAYU 2009

Hari ini dah 2 Jan 2009. Dah dua hari berlalu. Rutin aku seperti biasa diawal tahun ini adalah hendak menyiap dan mengemaskini penyata-penyata tahun 2008 yang lalu. Kereta dah dibawa oleh Cina untuk semakan PUSPAKOM. Katanya hari Isnin ni, akan masuk JPJ untuk tukar nama. Paling lewat hari Khamis depan, bolehlah di bawa keluar. Seperti biasa setiap hari aku akan bukak Blog DR Khir Toyo. Hari ini DSKT membicarakan passal tahun baru. Sebagaimana biasa aku akan buat komen dalam blog beliau. Komen aku kali mencadangkan kepada DSKT supaya mencetuskan seberapa banyak isu atau agenda yang boleh menyatukan suara orang Melayu dari segenap lapisan dan ideologi politik.

Orang Melayu di Malaysia ini sebenarnya dipecahkan oleh ahli politik yang mempunyai agenda mereka sendiri. Ahli-ahli politik memperjuangkan apa yang menjadi agenda mereka dan mereka akan mempertahankan agenda mereka itu dengan mencari pengikut di kalangan orang Melayu yang tak seberapa kerat ini. Setiap pemimpin akan menegak agenda mereka dan menidakkan agenda pemimpin lain yang bercanggah dengan agenda perjuangan mereka walaupun jika dihalusi dan dinilai dengan seadil-adilnya, perkara-perkara itu ada kebenarannya. Tetapi demi untuk menjadi pemimpin, maka mereka tidak sanggup untuk beralah kepada yang lain. Ada dikalangan pemimpin Melayu yang sanggup untuk berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan agenda dan pegangan mereka ditegakkan.

Perlu diakui bahawa rosak binasanya perpaduan orang melayu dulu, kini dan akan datang disebabkan mereka-mereka yang merasakan apa yang orang lain buat tak betul, cuma mereka sahaja yang betul. Pihak-pihak ini yang merasakan mereka betul dan orang lain salah, sanggup untuk mengajak pelbagai pihak yang tidak sealiran dengan mereka untuk berdebat. Sebagaimana diketahui ramai, perdebatan hanyalah satu medan yang dipraktikkan oleh budak-budak sekolah sahaja. Perdebatan politik masih baru dan diyakini para pendengar yang menjadi pengadil masih belum mampu untuk mencari nilai kebenaran dalam setiap debat yang diadakan. Mana pihak yang menang sorak akan dikira sebagai pemenang walaupun isi debat dan pandangan serta pendapat beliau langsung tidak boleh dipakai. Oleh itu, pada pendapat saya debat bukanlah satu medan yang sesuai untuk menegakkan pendapat.

No comments:

Post a Comment