CATATAN PERIBADI

30 December 2008

pIHAK yANG hINA NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN ISLAM

Aku hairan,. masih ada lagi manusia yang tidak bertemadun yang menggunakan hak kebebasan bersuara mereka dengan membuat penghinaan terhadap agama dan kepercayaan seseorang manusia. Sebagai seorang muslim, apabila ada pihak yang terang-terang menghina kesucian Islam dan Keangungan Nabi Muhammad S.A.W., aku begitu geram dan secara langsung aku mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan mereka tersebut.
Aku belum baca blog yang heboh diperkatakan itu, tetapi aku pernah terbaca dan terpandang gambar-gambar yang terang-terang satu penghinaan terhadap Islam. Aku tahu bahawa ruang untuk mereka yang anti Islam terbuka luas menyuarakan rasa tidak senang mereka. Kenapa mereka bertindak mengutuk dan seolah-olah sengaja hendak menaikkan darah orang Islam. Blog-blog yang terang-terang menghina ini samada di dalam negeri ataupun diluar negeri hendaklah dimansuhkan mana-mana perbuatan mereka yang terang-terang menghina tersebut.
Kepada bijak pandai alam siber Islam, hendaklah memantau perkara-perkara ini dan ambil langkah drastik untuk memusnahkan unsur-unsur yang dilihat menghina Islam. Di samping kita mengutuk perbuatan mereka, para bijak pandai alam siber hendaklah menggunakan kepandaian mereka itu untuk berperang dengan blog-blog berkenaan. Sepatutnya begitu. Mereka tidak berhak untuk menghina agama-agama lain dan kepercayaan orang lain walaupun itu hak mereka untuk bebas bersuara.
Pihak berkuasa hendaklah memantau blog-blog yang menghina agama dan kepercayaan rakyat malaysia, tidak kisah Islam, atau agama lain kerana ianya sesuatu perkara yang sensitif dan boleh menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak.

1 comment:

  1. Blog terbaru hina Nabi....

    adibahahmed.blogspot.com

    Jom FLAG!

    Lepas Adibah Ahmad, keluar lah pula blog Adibah Ahmed! Aduhai...

    Short Talk

    ReplyDelete