Musim Tengkujuh tiba lagi. Apabila terkenangkan musim tengkujuh, aku teringat kepada peristiwa banjir besar yang melanda kampung aku sekitar tahun 1979. Seingat aku banjir ini adalah banjir yanG terakhir yang melanda kampung aku kerana selepas itu, kampung aku tidak lagi dilanda banjir. Banyak harta benda dan haiwan ternakan yang musnah dalam banjir berkenaan. Sebagai mengenangi peristiwa banjir berkenaan, aku akan cuba menceritakan kembali peristiwa berkenaan.
Pada petang itu air sungai Terengganu dah mula naik. Kami sekeluarga dah mula bersiap-siap untuk berpindah, tetapi masih lagi menunggu keadaan dan juga langkah jiran-jiran yang lain. Ayah dah mengarahkan semua barang-barang dibungkus dan diletakkann di tempat yang tinggi. Sekali-sekala ternampak kegusaran diwajah tuanya. Mak aku pulak masih sempat merebus ubi kayu, manakala adik-adik aku dah mula risau. Waktu itu aku berumur 10 tahun. Semua buku-buku sekolah telah aku simpan elok-elok dan disimpan di tempat tertinggi dalam rumah aku.
Kira –kira pukul 10.00 malam, kedengaran suara abang ipar aku dari bawah. Beliau kata ramai dah mula berpindah. Apa lagi, bila dia kata orang ramai dah , mula pindah, kamipun mulalah kelam kabut. Entah macamana dalam keadaan kelam kabut itu, aku terlupa nak pakai seluar. Adik-adik aku dah mula menangis. Hujan masih turun dengan lebatnya. Aku berkali-kali menenangkan keluarga aku dengan mneyatakan : jangan risau , tuhan kita ada” berkali-kali aku meluahkan perkataan tersebut. Bila difikirkan memang tidak masuk akal, macamana aku boleh tak pakai seluar, tetapi itu yang masih bermain-main dalam fikiran aku. Ketika itu aku berusia 10 tahun. Aku sudah lupa bagaimana keadaan aku bila sampai ke masjid tempat kami berpindah. Adakah aku masih tak pakai seluarr ataupun dah berseluar. Namun pada masa itu, bagi kanak-kanak seusia aku di kampung aku, bertelanjang sewaktu mandi sungai bukanlah suatu yang luar biasa. Mungkin disebabkan aku dan kawan-kawan biasa mandi bertelanjang, maka bukanlah suatu yang menhairankan bilamana aku mengharungi banjir dalam keadaan bertelanjang. Wujud perasaan malu juga dalam diri aku pada waktu itu, kini dan selamanya tetapi memang tidak dinafikan waktu itu keadaan cukup panic dan itulah yang telah ditakdirkan.
Keesokan harinya, keadaan telah reda. Ramai penduduk kampung yang berpindah ke masjid. Penduduk kampung bergotong royong memassak nasi dan juga ikan sardin. Aku dan kawan baik aku, saiful bercadang hendak pergi pulang ke rumah kami bagi melihat keadaan. Kami mengharungi banjir dan apabila sampai di hadapan rumah Pak Mail Senik, arus begitu deras. Kami cuba untuk menyeberangi arus berkenaan, tetapi disebabkan arusnya begitu deras, aku hampir lemas. Akhirnya kami mengambil keputusan membatalkan niat kami tersebut.
Lebih kurang 3 hari, air dah surut dan semua penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing. Kami sekeluarga pulang ke rumah dan apabila sampai kerumah, keadaan rumah berselut di sana sini. Oleh kerana rumah kami tinggi , maka lantai rumah tidaklah dimasuki oleh air hujan. Namun demikian, lantai rumah penuh dengan tahi ayam kerana ayam-ayam semuanya menyelamatkan diri. Lebih malang lagi, rumah Saiful hampir roboh sebahagiannya kerana tanah jerlus ataupun dibawa arus. Rumah beliau senget sebelah. Bagi mengatasi tersebut, Cikgu Mezah ( ketika aku menulis cerita ini, Cikgu Mezah dah uzur di rumah beliau) telah mengupah penduduh kampung untuk menimbus kembali tanah yang berlubang dan bergotong royong mengangkat atau menstabil kembali rumah beliau. Sehingga kini, kesan tanah digali untuk menimbus lubang akibat banjir di rumah cikgu Mezah masih ada walaupun rumahnya dahpun diubah suai beberapa kali.

Apabila air bah dah surut ke paras tidak merbahaya, aku dan juga penduduk kampung mulalah memukat, merawai dan menaut ikan. Pantai dah bertukar menjadi pasir yang memutih. Aku gemar untuk menahan taut umpan sejenis ulat tanah yang kami panggil ‘ ulat kumut’’. ‘Ulat kumut’ ini aku fikir adalah larva kumbang. Di samping menaut, merawai dan memukat, penduduk kampung juga mencari kayu api. Pada masa itu penduduk kampung masih memasak menggunakan kayu api.
Setelah peristiwa banjir tersebut, kampung aku taklah dinaiki aior sehingga kena berpindah.
No comments:
Post a Comment