CATATAN PERIBADI

26 December 2008

Aku dah serik untuk berurusan dengan BIMB pasal terutama pasal pinjaman. lain yang dijanjikan, lain pulak yang datang. Kali pertama pasal personal loan aku, itupun bukan main lambat diuruskan. Kali ini pasal pinjaman kenderaan aku. Hari ini dah masuk hari ke 11 aku submit borang, tetapi aku masih tak ada tandatangan apa-apa lagi. Katanya dah lulus, cuma tunggu boss tandatangan je. Tuan punya kereta terpakai yang aku beli dah begitu banyak kali telefon aku tanyakan pasal kereta bila nak selesai. Aku pun dah naik malu dengan Cina tu.


Hari-hari aku telefon BIMB, tetapi dia orang cakap akan telefon. tetapi habuk pun tiada Apa aku peduli, yang penting mereka siapkan cepat kerana mereka janjikan 3-4 hari sahaja akan siap.

No comments:

Post a Comment