CATATAN PERIBADI

28 October 2008

dAFTAR pEMILIH

Berdasarkan beberapa laporan akhbar sebelum pilihanraya Mac 2008, didapati ramai rakyat kita yang layak mengundi tidak dapat berbuat demikian kerana mereka tidak mendaftar sebagai pemilih. Pelbagai pihak telah mengemukan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Tetapi sehingga kini setahu aku, keadaan masih sama dimana seseorang yang ingin menjadi pemilih hendaklah cukup umur 21 tahun dan mereka hendaklah mengisi borang untuk menjadi pemilih. Aku tidak mahu membuat ulasan kebaikan dan keburukan kaedah dan cara ini tetapi aku ingin mengemukan satu cadangan baru yang aku fikir mungkin pernah dicadangkan oleh pelbagai pihak. Namun andaian begitu tidak menyebabkan aku tidak menyatakan buat cadangan kesekian kalinya.

Aku dapati, sekarang ini kebanyakan pelajar kita mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka hingga ke tingkatan 5. Oleh yang demikian, aku cadangkan supaya proses pendaftaran pemilih hendaklah dibuat semasa mereka berada di tingkatan 5. Namun demikian, mereka dibenarkan untuk menukar pusat pengundian mereka sebelum mereka mencapai umur 21 tahun. Apabila kaedah ini dipraktikkan, kita dapati bahawa peratusan penduduk kita yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar akan berkurangan dengan banyak. Mungkin yang tertinggal untuk mendaftar adalah mereka yang tidak bersekolah ataupun mereka yang tidak sempat sampai ke tingkatan 5 ataupun berada di luar Negara. Namun demikian, mereka masih boleh mendaftar pada bila-bila masa sebaik sahaja mereka mencapai umur 17 tahun.

Inilah cadangan yang aku ingin kemukakan sejak sekian lama, tetapi tidak aku nyatakan atau catatkan dimana-mana sebelum ini. Aku juga percaya catatan ini juga tidak akan kemananya kerana tak ada sape-sape yang baca blog aku. He he he he he he . Bukan aku yang rugi.

No comments:

Post a Comment