CATATAN PERIBADI

24 September 2008

bAHASA mELAYU bAHASA kU

Baru-baru ini aku ada menerima surat daripada sebuah bank yang berlandaskan Islam terkemuka tanahair yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Aku juga menerima penyata bank daripada sebuah bank terbesar di tanahair juga dalam bahasa Inggeris.

Semalam aku tengok berita TV3. Dalam berita berkenaan apabila memamparkan temuramah dengan tokoh-tokoh ekonomi ataupun ketua-ketua oragnisasi terutama dalam segmen ekonomi, boleh dikatakan hampir 100 % orang-orang melayu yang ditemuramah membuat ulasan atau jawapan dalam Bahasa Inggeris.

Dari gambaran peristiwa yang aku berikan di sini, bolehlah dikatakan penggunaan bahasa Inggeris begitu berleluasa sekarang ini dalam sektor perbankkan dan ekonomi. Perkara ini telah berjangkit ke dalam agensi-agensi kerajaan. Aku bukan marah atau tidak suka kepada penggunaan bahasa Inggeris ke dalam perkhidmatan swasta dan perbankkan kerana ianya sudah begitu lama dibiarkan oleh kerajaan. Kononnya untuk memasarkan perkhidmatan ke luar negeri dan menyahut cabaran globalisasi. Tetapi aku cukup tidak senang bilamana orang-orang melayu yang begitu selesa apabila bercakap dalam bahasa Inggeris di dalam Negara kita ini kerana jika dibiarkan semakin lama ianya seperti membelakangkan bahasa ibunda mereka. Gunakan pengetahuan berbahasa itu apabila keadaan memerlukannya dan bukannya digunakan sewenang-wenangnya. Gelagat mereka ini seolah-olah seperti ‘kera dihutan disusukan, anak sendiri kelaparan”. Kadang-kadangnya para pemimpin UMNO sendiri pun sama juga. Apakah masalah sebenarnya yang sedang mereka hadapi? Jika hendak dikatakan bahasa Melayu ini kekurangan istilah atau perkataan untuk menyatakan sesuatu, aku fikir tak timbul kerana begitu banyak istilah diperkenalkan oleh para sarjana bahasa melayu yang boleh diperolehi dalam kamus dewan pelbagai edisi. Adakah apabila menggunakan bahasa Melayu, maka tidak menampak “Klas”, ini mungkin benar kepada sesetengah golongan yang beranggapan bahawa mereka nampak lebih bergaya apabila bercakap dalam bahasa Inggeris. Persoalan ini perlu dikaji oleh mereka yang mempunyai kepekaan dan kebimbangan terhadap berleluasanya penggunaan bahasa Inggeris di Negara Melayu ini.

Kepada mereka yang pandai berbahasa Inggeris, aku tidak salahkan mereka kerana mereka pandai tetapi hendaklah kepandaian itu digunakan kepada tempat yang sepatutnya dan bukannya sewenang-wenangnya digunakan sehingga menguris hati dan perasaan bahasa Melayu itu sendiri. Lama kelamaan apabila keselesaan ini diamalkan, maka generasi anak cucu mereka langsung tidak pandai dan selesa berbahasa Melayu. Ini pernah berlaku apabila seorang pelakon memberi tahu bahawa dia akan kedengaran bodoh bila bercakap melayu. Aku difahamkan bahawa seluruh keluarganya selesa berbahasa Inggeris dalam kehidupan sehari-harian. Dia pun akan melakukan perkarta yang sama kepada anak-anaknya. Jika anaknya bukan seorang pelakon, maka bilamasa anaknya akan bercakap dalam bahasa Melayu. Perkara-perkara ini memberi gambaran bahawa tidak mustahil suatu hari nanti ada orang melayu yang tidak boleh berbahasa Melayu.

Aku ingin berpesan kepada institusi-institusi Kewangan dan organisasi-organisasi yang suka berbahasa Inggeris dalam dokumentasi mereka, berilah peluang kepada pelanggan mereka memilih bahasa apa yang mereka ingin dihubungin atau berurusan. Dalam telefon memang tidak dinafikan telah diamalkan, tetapi dalam dokumentasi masih belum diamalkan lagi, kecuali ada sebuah bank dulu yang masih aku ingat telah menghantar kepada para pelanggannya dalam dwi-bahasa. Langkah begini boleh diterima. Jangan memaksa pengguna untuk menggunakan bahasa yang mereka tidak mahu untuk gunakan atas sebab-sebab tertentu seperti contoh perjanjian pinjaman atau sebagainya. Kalau memang dah reti berbahasa inggeris, aku tak tahu adakah sah kontrak perjanjian yang dibuat tersebut. Samalah seperti kucing yang dikehendaki ikut cakap itik. Jika kucing itu tidak membuat apa yang itik suruh, adakah kucing itu patut disalahkan. Oleh itu jika hendak suruh kucing menurut cakap itik, maka itik hendaklah diminta menyuruh dalam bahasa kucing. Tetapi jika kambing yang telah memasuki kandang harimau, mahu atau tidak dia hendaklah mengaum macam harimau, takkan harimau yang patut mengembek macam kambing. Sape yang cari nahas.

Di samping itu juga aku juga cadangkan kepada kerajaan supaya memastikan badan-badan kerajaan dan juga badan-badan berkaitan dengan kerajaan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa dokumentasi mereka. Jika kerajaan sebagai badan pengawal tidak memainkan peranan mereka, maka bahasa Melayu akan menjadi bahasa untuk orang-orang kampung sahaja.

Aku juga mencadangkan supaya para pemimpin yang hendak membuat ucapan, hendaklah dipastikan ianya dibuat dalam bahasa Melayu jika dikalangan para pendengarnya 2/3 adalah rakyat Malaysia. Jika terdapat orang asing yang menjadi pendengar, maka mereka hendak diberikan terjemahan.

No comments:

Post a Comment