SAHABAT BLOG

05 March 2016

Sokongan Ahli UMNO Pada Presiden Amat Misteri

Isu yang sedang hangat sekarang ini adalah berhubung deklarasi rakyat untuk menuntut Perdana Menteri DS Najib meletak jawatan. Wajarkan desakan ini? Sudah tentu kalau ditanya kepada merela yang membuat deklarasi dan para penyokongnya akan menyatakan ianya sangat wajar. Pada mereka DS Najib amat perlu digantikan dengan pemimpin lain dan sudah tentu oleh pemimpin dari Barisan Nasional dan khususnya pemimpin UMNO.
     
 Isunya adakah tuntutan mereka itu dibenarkan oleh undang-undang. Perlembagaan menyatakan perdana menteri hendaklah dilantik daripada salah seorang yang mendapat persetujuan majoriti ahli parlimen. Sudah tentu dari kalangan pemimpin BN. Adalah PM sekarang tidak menepati perlembagaan? Aku tidak tahu dan semuanya tidak tahu kerana pemilihan seorang PM itu hanya dibuat 5 tahun sekali. Apa akan berlaku jika sekiranya dalam tempoh itu seorang PM itu gagal dan tidak layak untuk menerajui kerajaan. Sudah tentu parti beliau sahaja yang boleh mengambil tindakan sepertimana pernah berlaku kepada Pak Lah suatu ketika dahulu apabila beliau didesak oleh parti sendiri untuk menyerah kuasa.

Apa yang terjadi jika sekiranya parti beliau tidak mahu mengambil tindakan. Jawabnya rakyat kenalah menerima kesan dan juga akibatnya. Bagi mengelakkan kesan dan akibat buruk disebabkan kegagalan parti mengambil tindakan terhadap pemimpin mereka yang menjadi PM, sudah tentu rakyat ada  hak untuk menuntut supaya parti mengambil tindakan mendesak pemimpin mereka itu meletak jawatan tetapi bukannya mendesak PM yang berundur kerana sudah tentu beliau tidak akan mahu berundur kerana parti beliau tidak menyuruh beliau berundur.
 

Kesimpulan yang boleh aku buat disini ialah rakyat wajar mendesak parti yangmana pemimpin mereka menjadi PM jika sekiranya Pemimpin mereka itu telah gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan terlibat dengan skandal dan sebagainya meletak jawatan. Tidak ada isu kesian, sayang atau takut untuk mendesak beliau.

Isunya sekarang ini berlaku konflik diantara ahli parti tersebut dengan rakyat. Ahli umno bermatian mengatakan pemimpin mereka masih boleh menerajui kepimpinan negara. Kenapa mereka beranggapan begitu. Inilah yang masih menjadi misteri dan seiring dengan misteri kehilangan MH370, misteri motif pembunuhan Altantuya, misteri hutang 1MDB yang berbillion, misteri penderma politik 2.6 billion dan banyak lagi misteri yang tidak ada jawapan atau jawapannya dicuba untuk ditenggelamkan. Ahli UMNO tidak pernah berusaha untuk merungkai misteri ini dan membiarkan diri mereka diperbodohkan dengan jawapan yang berbelit-belit dan juga bermisteri.

Sedangkan rakyat berpendapat sebaliknya. Rakyat merasakan misteri-misteri itu hendaklah mempunyai jawapan yang konkrit dan tidak berbelit-belit sehingga menimbulkan misteri baru. Dalam hal ini aku berpendapat bahawa parti tersebut akan rugi untuk jangkamasa panjang kerana tidak mendengar kehendak rakyat dan rakyat bakal menghukum mereka. Isunya adakah desakan rakyat itu majoriti. Kalau diambilkira kepada keputusan PRU , aku boleh katakan ianya mungkin majoriti kerana dalam PRU 13 baru-baru ini parti kerajaan hanya memperolehi 47% sahaja undi popular. Namun itu dulu sebelum PAS kembali mesra UMNO. Hakikatnya tiada sapa yang benar-benar tahu. Tiada siapa yang tahu adakah DS Najib ini seorang PM yang mendapat sokongan rakyat.
  

1 comment:

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.