SAHABAT BLOG

06 February 2015

Harga Barang Naik Disebabkan Habit Makan Rakyat

Kuala Berang,06 Feb 2015 - Harga minyak dah turun tetapi para peniaga mencari beribu alasan untuk tidak menurunkan harga barang. Namun demikian semasa harga minyak naik, mereka tanpa bertangguh terus menjadikan ianya alasan untuk menaikkan harga barang. Dalam erti kata lain, faktor kenaikan harga barang hanya satu tetapi tiada faktor yang menurunkan harga barang. Kerajaan sendiri tidak berani untuk menurunkan harga barang kawalan. Isunya, kenapa para peniaga kita langsung tidak mahu berkerjasama untuk membantu mengurangkan beban hidup rakyat.

Perniagaan ini adalah satu pekerjaan yang cukup mulia kerana Nabi S.A.W sendiri pun memulakan kerjayanya sebagai seorang pedagang. Namun demikian kenapa mereka yang menjalankan perniagaan ini tidak memiliki hati yang mulia sebagaimana prinsip perniagaan itu sendiri.

Boikot pada namanya satu hujah yang menarik untuk mengetarkan para peniaga, tetapi perlaksanaannya tidak seindah hujah yang dilafazkan. Para pengguna mempunyai habits ataupun tabiat yang tesendiri yang telah berdarah daging dalam diri masing-masing. Kalau yang mempunyai habit suka makan ayam pada setiap lauk pauk mereka, maka mereka akan tetapi membeli ayam walaupun setinggi mana harga yang dikenakan kepada mereka. Para peniaga tahu mengenai habit atau tabiat makanan rakyat kita ak oleh itu mereka tidak pernah takut dengan apa jua boikot yang dihingarkan.

Kesimpulannya harga barang adalah sesuatu yang tidak akan turun tanpa ada sebab untuk berbuat demikian oleh para peniaga. Sebab yang akan membawa untung kepada mereka. Jika para peniaga menurunkan harga barang ianya tidak dan tidak bukan bagi tujuan promosi atau iklan.

tq

No comments: