SAHABAT BLOG

12 March 2014

Missing Aircraft MH370 - Sokong Datuk Azharuddin 100%



Kesian pada Balotelli, kenapalah dia sahaja yang dijadikan contoh. Dalam kes kehilangan MH370, nama dia juga dijadikan contoh. Sesuailah kalau dia keluarkan statement "why always me?" .

Dalam isu ketua pengarah DCA, aku melihat dari sudut positif. Apa yang boleh aku katakan, Datuk Azharuddin ni seorang peminat Liga Itali dan sudah tentu pemain yang beliau minati adalah Mario Balotelli. Kalau tidak macamana nama Balotelli yang boleh berada di dalam kepala beliau diketika situasi yang cukup sukar dan stress.

Datuk Azharuddin cuma mengatakan bahawa rupa dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan pasport curi itu adalah bukan orang Asia. Beliau memberi perumpamaan, adakah muka Balotelli itu kelihatan seperti muka orang Asia. Pada aku ini bukanlah bermakna beliau bermaksud muka pemegang pasport curi itu muka macam Balotelli. Kenyataan beliau ini hanyalah sebagai menjawab kritikan awal yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Zahid Hamidi yang mendakwa bahawa pegawai imigresen tidak boleh membezakan muka orang asia dengan muka orang eropah.

Dala situasi sekarang ini, aku sebenarnya kesian kepada Datuk Azharuddin. Aku kesian kepada beliau kerana diketika situasi yang cukup sukar ini,  kredebiliti beliau dipersoalkan,  termasuklah penggunaan bahasa inggeris beliau. Bagi aku, bahasa inggeri beliau adalah bahasa inggeris universal, senang untuk difahami oleh semua rakyat termasuklah mereka yang mempunyai pemahaman bahasa inggeris yang lemah. 

Ianya sesuai untuk rakyat macam aku ini hendak memahami apa situasi yang sebenarnya berlaku. Lagipun setahu aku di Cina dimana kebanyakkan rakyatnya mempunyai kefahaman bahasa Inggeri yang sederhana. Jadi bahasa Inggeris yang digunakan oleh Datuk Azharuddin adalah pada tahap medium yang mudah untuk difahami. Di samping itu pula, bukan semua pemberita yang membuat liputan itu mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang hebat. Jadi kalau penggunaan perkataan-perkataan yang bombastik dan menggunakan american or british  'slang', mungkin kenyataan yang hendak disampaikan disalah tafsir.

Oleh itu, disini, aku menyokong dan berpendapat bahawa datuk Azharuddin memangnya layak untuk mengetuai misi mencari dan menyelamat ini dan penguasaan bahasa inggeris beliau langsung tidak patut dipersoalkan. Aku mengutuk sesiapa yang mempertikaikan kredebiliti Datuk Azharuddin kerana sesungguhnya beliau berusaha keras untuk itu dan sesungguhnya aku percaya beliau lebih selesa dan berbangga dengan Bahasa Melayu di dalam percakapan harian beliau. 

No comments: