SAHABAT BLOG

29 December 2013

Demo TURUN Perbuatan Sia-Sia

Kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang adalah lumrah alam. Ianya satu fitrah yang tidak boleh dielakkan. Kerajaan hanya boleh membantu untuk mengawal harga beberapa barangan keperluan seperti minyak masak, minyak petrol dan lain-lain lagi. 

Setiap tahun, harga barang naik, samada kerajaan umumkan rasionalisasi subsidi ataupun tidak. Yang menaikkan harga barang adalah para pengusaha dan para peniaga dan bukannya kerajaan. Sekarang ini bila harga barang naik, kerajaan yang menjadi mangsa. Politik semuanya ini.

Ada pula yang bengong bercadang hendak berhimpun untuk mendesak kerajaan menurunkan harga barang. Harga barang apa yang hendak diturunkan? Para ketika yang sama, para pengusaha hanya tersenyum dan para peniaga tersengih kerana yang menaikkan harga barang adalah mereka, tetapi yang menjadi mangsa adalah kerajaan. Selama ini, para pengusaha dan para peniaga langsung tidak rugi walau satu sen pun jika ada perubahan harga pasaran kerana mereka masih tetap memperolehi keuntungan berdasarkan harga pasaran. Yang menjadi mangsa adalah kerajaan. 

Sebagai kerajaan mereka kenalah sanggup dan bersabar kerana mereka yang terhegeh-hegeh hendak menjadi kerajaan. Kalau tak sanggup, baik kasi sama orang lain yang lebih sanggup dan mampu.

Apa yang boleh aku cadangkan ialah samada rakyat meningkatkan pendapatan ataupun mengurangkan perbelanjaan. Harga barang bukannya mudah untuk diturunkan. Kerajaan pun tiada kuasa untuk menurunkan semua harga barang kerana jika kerajaan bertindak demikian ianya bakal menyebabkan pasaran menjadi tidak bebas. Pasaran yang tidak bebas akan menyebabkan para pelabur ataupun para pengusaha tidak mahu melabur. Jika pelabur tidak mahu melabur untuk mengeluarkan produk-produk, maka barangan menjadi kurang di dalam pasaran. Jika barangan menjadi kurang sedangkan permintaan menjadi semakin tinggi, secara tidak langsung, harga barangan juga akan meningkat. 

Macam aku kata, harga barangan tidak boleh diturunkan atau dinaikkan oleh kerajaan tetapi ianya adalah dikawal oleh permintaan dan penawaran.

Sebagai rakyat, aku sudah jelaskan samada mereka meningkatkan perdapatan masing-masing ataupun mengurangkan perbelanjaan mereka untuk menangani kenaikan harga barang. Bagi yang mempunyai usaha dan ikhtiar untuk meningkatkan pendapatan, maka mereka boleh mengekalkan gaya hidup sedia ada tetapi bagi yang kurang berusaha ataupun tiada ikhtiar untuk menambah pendapatan, mereka bolehlah merancang kembali perbelanjaan mereka. Senaraikan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu dan membazir. Lagipun membazir itu amalan syaitan. Sebenarnya rakyat kita banyak melakukan pembaziran terutama dalam soal makan dan minuman.

Daripada mereka pergi melakukan kerja demo TURUN yang sia-sia itu, lebih baik mereka berkumpul dan melakukan solat hajat memohon kepada Allah supaya negara kita terus aman dan rakyatnya terus  diberikan rezeki melimpah ruah dan mendoakan supaya para pengusaha dan peniaga tidak terlalu mengejar keuntungan yang berlebih-lebihan.  

Kos Sara Hidup ini adalah satu perkara yang hidup yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Yang menjadi masalah ialah, masih ramai rakyat kita yang bersikap tidak mahu mengubah corak perbelanjaan mereka supaya seiring dengan kos sara hidup semasa. 

Cuma satu pintaku kepada kerajaan. Fikirkanlah bagaimana caranya untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan diseluruh pekan dan desa supaya tiada lagi rakyat kita yang menganggur dan tidak bekerja. Pastikan setiap peluang pekerjaan yang dibuka itu diisi oleh anak tempatan dan bukannya oleh warga asing. Tiada guna kerajaan berbangga dengan kewujudan jutaan peluang pekerjaan jika yang mengisi peluang pekerjaan tersebut adalah warga asing. Maknanya udang-undang hendaklah diperkenalkan supaya setiap anak muda kita mesti mempunyai pekerjaan dan bukannya menganggur. Mana-mana yang menganggur, paksa mereka melalui penguatkuasaan undang-undang untuk bekerja. 

No comments: